Monday, 26 December 2011

Sekolah Nak Mula

Semalam aku ada la share bisnes pada sorang kawan aku ni kat Serdang.
Lepas dah selesai semua tu kami borak2 kosong je.
Dia duk bercerita pasal belanja anak2 nak naik sekolah ni.
Itu mahal ini mahal.
Itu tak cukup ini tak cukup.
Aku pun tak boleh nak komen sangat la sebab aku tak rasa apa yang dia rasa.
Anak aku kecik lagi.
Tak sekolah pun lagi.
Tapi memang pun sekarang ni.
Sana sini duk cerita pasal musim sekolah dah nak mula.
Pening kepala katanya.
Duit duit duit.

Ini bukan aku kata.
Kawan2 aku yang kata.
Average sorang anak kurang2 kena ada RM1,000 bila nak naik sekolah ni.
Tu sorang.
Kalau ada 2 ke 3 orang anak macam mana.
Itu baru sekolah2 biasa.
Belum cerita sekolah2 yang tak berapa nak biasa.
Tapi ok apa.
Kan baru dapat RM100 untuk sorang anak yang bersekolah.

Aku tiba2 teringat ada 1 pagi tu aku tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O.
Kalau tak salah dalam minggu lepas la.
Tetamu dia ni seorang pakar apa entah.
Wanita la tapi nama aku tak ingat.
Bukan main emosional lagi dia bila ada orang kata RM100 tu tak cukup.
Dia kata kita semua kena bersyukur sebab dapat RM100 tu.
Kalau ikutkan itu lebih dari cukup.
Dengan syarat jangan la beli barang2 sekolah yang branded2.
Ikut kemampuan masing2.
Any comments??
Kalau aku no komen la sebab anak masih belum sekolah lagi. Hehehe.

Bila cakap pasal duit RM100 tu,
aku nak cerita apa yang aku dengar pagi jumaat lepas.
Aku pergi minum pagi dengan 2 orang rakan opis aku.
Dia kata baru2 ni pergi ambil RM100 tu kat sekolah anak dia kat Presint 16.
Lepas tu terus pergi beli buku2 wajib seperti list yang sekolah tu dah bagi.
Baru beli setengah je dari list tu duit dia dah habis RM76.
Ada la baki lagi RM24.
Agak2 baki RM24 tu cukup ke nak beli sepasang baju dan kasut sekolah yang takde brand.
Tapi takkan nak beli sepasang je.
Kurang2 kena 2 pasang.
Beg sekolah dan lain2 tu belum kira lagi.
Wallahualam.

Syukur la.
Sekurang2nya aku boleh ambil iktibar dari pengalaman kawan2.
Aku kena bersedia dari sekarang.
Tak lama lagi giliran aku pun akan tiba.
Jangan tunggu dah terhantuk baru nak terngadah.
Masa tu dah tak guna.
Nasi pun dah jadi bubur.
Wah macam2 peribahasa dah keluar ni.
Entah betul entah tidak aku pun tak tahu.
Janji ada bunyi kira ok la tu. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...