Saturday, 24 December 2011

Tak Lama Lagi

Muhammad Aidil.
Satu2nya anak aku buat masa ni.
Pada aku dialah antara sumber inspirasi aku.
Sumber kekuatan aku untuk terus berjuang memperbaiki kehidupan.

Kali ni aku saje nak post gambar Aidil hari Ahad lepas
waktu kami ke Batu Pahat.
Buat kenangan je.
Mana la tahu kot aku tak panjang umur.
Ada jugak la kenangan untuk Aidil tengok2 bila dia dah besar nanti.
Gambar Aidil tidur dalam kereta selepas kekenyangan.
Pekena Nasi Goreng Ayam yang tak berapa sedap
kat Restoran Jejantas Ayer Keroh.

Muka tak puas hati sebab kena kejut bangun dari tidur.
Masa ni baru sampai Batu Pahat.
Merajuk punya pasal semua orang dia tak nak dekat.

Baru nak senyum sikit bila atuk dia umpan coklat Toblerone dari Langkawi.
Baru la nak mula bercakap.
Kalau tak duk muncung je.

Amboiii...
Siap gelak besar lagi bila atuk dia tolong buka coklat tu.
Buku pun dia campak tepi je.
Mama dan abah dia nak pergi mana pun dia tak amik port dah.

Aidil masih bersama Tobleronenya.
Orang lain sibuk baca doa tapi dia sibuk makan.
Yang aku dengar dia duk amin je doa yang orang baca tu
sambil mulut mengunyah.

Aidil bersama Samsung Galaxy Tab.
Gaya macam dah biasa je.
Padahal bukan buat apa pun.
Sekadar layan lagu Alif Ba Ta dia je kat Youtube.

Ini la mainan baru Aidil
bila aku dan isteri lupa nak bawa mainan dia dari rumah.

Wah dapat gift lagi
sempena birthday sepupu dan makcik aku.
Kali ni mulut penuh dengan kek pulak.

Dah rupa apa dah senget je kat kepala tu.
Tak kisah la janji dia enjoy.

Inilah antara gambar2 yang aku sempat snap.
Kenangan seharian Aidil di Batu Pahat.
Dalam masa terdekat ni nak bawa dia berjalan sangat memang tak berapa sempat.
Kadang2 syok jugak tengok kawan2 bawa keluarga pergi bercuti sana sini
sempena Cuti Krismas dan tahun baru ni.
Tapi apa boleh buat dah nama pun saya yang menurut perintah.
Yang masih tak tahu nak sign atau tak Skim Bodek Pegawai Atasan (SBPA) tu.

Berbalik pada cerita cuti tadi.
Aku memang tak boleh nak cuti buat masa ni sampai la 5 Januari 2012 nanti.
Hari kerja dah tentu tak boleh cuti.
Hari cuti pun kena datang kerja.
Ni pun kejap lagi InsyaAllah aku akan ke opis nak setelkan beberapa perkara.
Tapi tak boleh nak lama sangat sebab tengahari aku ada demo kat KL.

Takpe la Aidil.
Lepas 5 Januari nanti abah amik cuti panjang.
Kita pergi bercuti puas2.
Lokasi pun dah ada kat dalam kepala ni.
Sebab baru2 ni ada orang nak jumpa.
Kawan lama aku masa kecik2 kat kem dulu.
1 blok dengan aku.
Sekarang dia duduk nun jauh di sana.
Berminat nak tahu pasal Akademi katanya.
Tu pun sebab dia duk follow blog ni.
TQ ye sis.
Tahun depan kita jumpa.
Bunyi macam lama lagi tapi tak sampai 2 minggu pun lagi.
Dah alang2 ke sana wajib bawa anak isteri sekali.
Alang2 bercuti terus kat sana.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...