Friday, 30 December 2011

Muhasabah


Muhasabah.
Inilah salah satu tajuk yang dibincangkan dalam agenda meeting kat opis aku semalam.
Macam2 idea dan pendapat yang diutarakan.
Semuanya benar2 belaka.

Cuma yang betul2 membuka minda aku
bila ada sorang bos ni mula bercakap tentang pendapat dia secara spontan.
Katanya muhasabah ni mengingatkan kita pada umur kita hari ni.
Setiap hari umur kita semakin meningkat.
Bererti semakin dekat kita kepada hari kematian
yang sememangnya tarikh keramat tu telah ditetapkan dari azali lagi.
Cuma kita je yang tak tahu bila.
Semakin panjang usia kita semakin dekat pula kita dengan ajal.
Maka sebaiknya kita muhasabah diri setiap hari.
Apa kebaikan atau keburukan
yang kita telah lakukan hari ni, semalam atau hari2 sebelumnya.
Yang buruk harus diperbaiki.
Yang baik harus ditambahbaik dari masa ke semasa.
Itulah lebih kurang pengertian muhasabah diri baginya.
Saya memang setuju dengan penuh2 (kata salah sorang ahli mesyuarat berbangsa India).

Secara peribadi.
Aku memang setuju sangat dengan idea yang diberikan.
Tak kira la apa orang nak kata
tapi sekurang2nya aku dapat 1 ilmu baru yang sangat menginsafkan.
Tambah lagi nak masuk tahun baru ni.
Semakin hampir kita kepada tahun kematian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...