Monday, 26 December 2011

Aku Hanya Merancang


Syukur Alhamdulillah.
Masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati kehidupan
di dunia yang sementara ni.

Harini lebih kurang pukul 3.30 pagi tadi aku dah bangun.
Buat apa2 yang patut.
Lepas tu macam biasa buka laptop duk tengok apa2 info
kot2 ada yang aku ketinggalan sepanjang semalam.
Tiba2 rasa lapar pulak sebab duk tengok gambar Nasi Goreng Istimewa
dengan Murtabak Diraja kat blog Cikgu dan Mentor Faridah Mohd Ali.
Nak cari pagi2 buta ni memang tak dapat la.
Tak dapat makan pun takpe.
Dapat tengok gambar pun jadi la.

Apa aktiviti harini??
Macam2 benda yang aku dah rancang.
Mudah2an akan terlaksana.
Tak berani nak cakap lebih takut jadi macam semalam.
Sebelah pagi sepatutnya aku nak ke USJ Taipan.
Bakal rakan niaga baru aku pun dah tunggu kat Presint 15
sebab tak tahu jalan nak ke USJ.
Last2 lain pulak jadinya.
Aku yang ada emergency tak dapat nak pergi ambil dia.
Tapi syukur la dia masih positif.
Memang sangat minat berniaga.
Tambah pulak baru dapat durian runtuh RM10,000 katanya.
Tak tahu nak buat apa.
Kalau tak pandai guna dalam masa 1 hari pun dah boleh habis.

Semalam.
Macam2 benda yang aku buat.
Keluar awal pagi tengah malam baru sampai rumah.
Dari Ampang ke KLIA.
KLIA ke Serdang.
Serdang ke Putrajaya.
Putrajaya ke Ampang balik.
Lepas tu baru balik rumah.
Macam biasa la selain dari urusan bisnes aku sempat curi masa ke opis sekejap.
Nak kata sekejap pun tak jugak.
Lebih kurang 3 jam jugak la paling kurang.
2 hari berturut2 dah aku ke opis di hari2 cuti macam ni.
Harini tak sure lagi tengok keadaan macam mana nanti.

Sebelah siang sibuk kerja dan berniaga.
Malam semalam pulak bersama keluarga.
Sempat pergi tengok wayang kat MBO, Galaxy Ampang.
Layan cerita Suatu Malam Kubur Berasap.
Orang nak belanja aku layan je la. Hehe.
Tapi tak boleh nak tengok sangat.
Anak aku pun duk sibuk buat show sekali kat dalam panggung tu.
Orang bercakap dia pun nak bercakap.
Orang gelak dia pun ikut gelak.
Tapi bila orang diam dia tak nak pulak diam.

Ok lah nanti sambung kemudian.
Azan subuh pun dah berkumandang.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...