Friday 27 July 2012

Luahan Perasaan

Tiba2 rasa tak tahu apa nak tulis.
Fikiran agak buntu.
Terganggu.
Tak boleh nak fokus.
Jiwa kacau.
Hati tak tenteram.
Macam2 perasaan ada.

Solat sudah.
Berdoa pun sudah.
Mengaji sudah.
Mandi air garam pun sudah.
Tapi masih rasa serba tak kena.

Tak tahu nak buat apa dah.
Aidil awal2 lagi tadi dah tidur.
Wife masih di hospital menanti saat melahirkan.
Aku di sini sekadar meluah perasaan.
Mudah2an apa yang aku rasa ni hanya suatu mainan perasaan.

Ya Allah.
Hanya pada Mu aku berserah.
Hanya pada Mu aku memohon pertolongan.

Thursday 26 July 2012

Bonus Kerajaan & Bonus Akademi

Semalam.
Ramai yang tersenyum riang.
Gaji kerajaan dah masuk.
Yang tak berapa senyum tu mungkin sebab tak sempat nak merasa gaji la.
Dapat tengok duit gaji bertahan dalam akaun 1 hari je.
Kadang2 beberapa jam je.
Klik klik klik dalam maybank2u then habis.
Aku dah pernah lalui saat2 macam tu dulu.

Berita baik.
Khabarnya 9 Ogos nanti dapat bonus setengah bulan gaji.
Bagi kakitangan kerajaan la.

Pesara pun dapat jugak RM500.
Syukur alhamdulillah rezeki Allah.
Best tu siapa nak bagi kan??

Tapi pada aku yang lebih best 10 Ogos nanti.
Dapat bonus lagi.
Bonus Akademi Taipan.
Setiap 10 haribulan pasti bonus masuk.
Itu yang buat aku lebih teruja.
Masih ada masa beberapa hari lagi untuk ubah amaun bonus 10 Ogos tu nanti.
Bonus raya.

Ini contoh bonus pertama pasangan suami isteri dalam Akademi Taipan baru2 ni.
10 Julai 2012.
ASP Yus dan isterinya Lin.
Suami dapat RM21,121.54
Dan isteri dapat RM7,670.05
Total dah berapa tu.
Hanya dalam masa 1 bulan.
Tambah lagi dapat 1 tiket ke London & Paris bernilai lebih RM10,000.
Dapat lagi hadiah jam tangan Roscani dari akademi bernilai RM600.
Rezeki melimpah ruah setelah memilih untuk bersama Akademi Taipan.

Aku boleh kongsi peluang buat duit dalam akademi ni pada sesiapa je yang berminat.
Tapi kalau tak minat tak apa la, aku pun tak paksa.
Terpulang pada diri sendiri.

Azhar
010-2207181

Ulangtahun Pernikahan

Sedar tak sedar 4 tahun dah berlalu.
26 Julai 2008 adalah tarikh bersejarah aku memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Actually takde apa pun nak share.
Just nak post gambar2 di saat bersejarah tu buat tatapan anak2 di kemudian hari.

Aku terima nikah.
Masa ni Allah je yang tahu betapa gemuruhnya aku.
Tok kadi ni pun macam2 dia tanya aku sebelum akad tu.
Tanya pasal rukun islam, rukun iman dan rukun nikah.
Syukur la aku masih boleh jawab walaupun dalam gemuruh2 tu.

Syukur la dengan sekali akad aku sah bergelar suami orang.
Alhamdulillah.

Seutas rantai leher emas sebagai hantaran.

Dan seutas gelang tangan emas pelengkap hantaran.

Selesai upacara sarung menyarung.
Aku pun tak tahu sebenarnya apa nama upacara tu. Hehehe.

Sujud syukur tanda kesyukuran kepada Allah.

Akhirnya kami disatukan.
Syukur alhamdulillah.

Dialah isteri aku.
Dialah ibu kepada anak2 aku.
Dialah penyeri hidup aku.

Selamat ulangtahun buat isteri tersayang.
Semoga ikatan murni ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Restoran Village View

Alhamdulillah lewat petang tadi kami sekeluarga dapat berbuka puasa diluar.
Lokasi kali ni di Restoran Village View.
TQ to Yati (Medical Device) yang introduce aku tempat ni dulu.
Very nice place.

2 in 1.
1st kami ke sana bagi meraikan sepupu rapat aku yang baru sampai dari Johor.
Baim dan Aril.
2nd bagi meraikan ulangtahun pernikahan aku dan isteri yang ke-4 tahun.
Syukur alhamdulillah.
Mudah2an jodoh kami kekal selamanya.

Atas permintaan member2 kat opis, jom layan beberapa gambar yang aku sempat snap.

 Restoran Village View.
Awal2 lagi aku dan call untuk booking berbuka kat sini.
Syukur kami dapat meja betul2 sebelah jambatan gantung dan air terjun dia.
Nice view.

Pelayan sambilan. Hehehe.
Gigih serve nasi.
Aidil duk asyik tengok air terjun depan dia.
 
Ini antara menu yang aku order.
Sampai2 je makanan dah terhidang kat atas meja.
 
Selain nasi ini menu wajib.
Sup gearbox 1 set.
 
Ayam Pandan.
Pun menu wajib kalau datang sini.
Ayam yang dipanggang dalam daun pandan.
Memang sedap.
 
Ikan Siakap 3 Rasa.
Tengok gambar pun dah tahu sedap ke tak. Hahaha.
 
Tomyam campur.
Penggemar tomyam seperti isteri dan akak aku kata sedap.
Aku tak berapa sangat tomyam2 ni so tak boleh nak komen.
 
Telur Bistik dan Sayur Kailan Ikan Masin.
Buat tambah2 menu utama.
Air pulak aku order jus tembikai 1 jug.
 
Alhamdulillah rezeki untuk harini.
Tunjuk gambar dah habis makan je.
Gambar tengah makan tak boleh post.
Sensitif. Hehehe.

Makanan kat sini memang sedap dan harga berpatutan.
Siapa2 belum pernah try then kena try la.
InsyaAllah tak menyesal.
Kalau tak tahu jalan dont worry call je aku.
Aku boleh tunjuk jalan.
Tapi2 paham2 la kena la belanja aku. Hahaha.

Azhar
010-2207181
 

Wednesday 25 July 2012

Wong Solo, Bdr Baru Bangi

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni.
Aku nak share sikit cerita yang berlaku masa aku berbuka puasa kat Wong Solo hari Ahad lepas.

Sebelum tu meh layan dulu apa menu menarik yang ada kat Wong Solo.
Aku promote ni bukan aku dpat komisen pun.
Just suggest kat sahabat2 pembaca je.
Benda best kan.
Aku pergi haritu pun sebab wife aku yang teringin makan kat situ.
Aku call dulu petang tu untuk booking tempat dan order makanan.
Alhamdulillah rezeki masih ada kosong.
Sampai2 je makanan dah tersedia kat atas meja.

Set ayam penyet.
Set ayam bakar.
Mee Goreng.
Empal sapi.
Soda gembira dan teh o panas.
Itu je menu yang kami order.
Tapi tak lari la majority yang datang sini akan order either ayam penyet or ayam bakar.
Siapa yang belum pernah cuba kena cuba la.
Yang syoknya masa bulan puasa ni, kurma dan buah2an dia bagi free.
Itulah tips kejayaan dia.
Lebih banyak dia memberi, lebih banyak rezeki yang datang.

Berbalik pada cerita yang aku nak share tu.
Ada sorang perempuan dengan 3 orang kawan dia duduk sebelah meja aku. 
Suara dia boleh tahan jugak la kuatnya sampai aku boleh dengar setiap butir yang dia cakap.
Dia tengah promote something.
PB, PB dan PB.
Itulah yang seringkali aku dengar.
Katanya baru balik dari Guangzhou.
Dan tak lama lagi akan terbang ke London & Paris.
Wow hebat.
Cara dia closing tu sangat spontan.
Syukur la aku dapat 1 lagi pengalaman baru untuk aku cuba praktikkan seberapa segara.

Masa nak bayar kat cashier tu aku sempat bertegur sape dengan dia.
Sahabat baru.
Kita jumpa di London & Paris.

Siapa nak join kami jangan segan2 call/sms no kat bawah ni.

Azhar
010-2207181

Servis Bio Aura

Dah beberapa hari tak sempat nak update.
Ada orang kata daripada aku duk sibuk update blog, lebih baik baca quran di bulan2 puasa ni.
Hehehe benda baik InsyaAllah akan aku lakukan.
Dan aku akan "tulis kat sini" setiap kali aku selesai baca quran.

Ahad lepas seharian aku uruskan urusan akademi dengan akak aku.
Petang tu kami buka puasa kat Restoran Wong Solo Bdr Baru Bangi.
Ada sesuatu yang menarik berlaku kat situ masa tu.
Menarik pada aku la.
Pada orang lain tak sure lagi. Hehehe.
Akan aku kongsikan pada entry seterusnya.
InsyaAllah.

Esok paginya aku bawa wife jumpa doktor.
Appointment sebab dah overdue.
Aku duk lepak dalam kereta je sambil layan buku sebab Aidil tidur.
Tiba2 suatu haruman menusuk kalbu menerobos masuk dalam kereta aku.
Setelah diselidiki, rupa2nya Aidil melepaskan hajatnya walaupun dalam mata terpejam lena.
Terpaksa la aku mencemarkan duli memperkenankan hajatnya itu. Hahaha.
Lepas tu terus dia segar bugar dan riang ria semula.

 Muka selesa. Hehehe.
Sempat posing walaupun sibuk mengelap seat kereta abah dia.

Dalam perjalanan balik singgah Jaya Jusco Equine kejap.
Tapau KFC untuk Aidil.
Sempat jumpa bakal rakan niaga baru aku kat dalam tu kejap.
Sembang2 kejap.
Tak boleh lama sebab aku rushing nak ke opis.

Malam lepas terawih tu aku ada appointment kat rumah jiran.
Kali ni appointment untuk servis Bio Aura dia.
Alhamdulillah tak sampai setengah jam dah selesai.
Siapa2 yang ada Bio Aura tapi tak pernah servis boleh la call aku.
Aku boleh tolong servis.
Dont worry, free of charge.

Apa tanda2 atau syarat nak kena servis??
Banyak sebenarnya.
Antaranya.
1) Dah pakai lebih dari setahun.
2) Air yang keluar semakin kecil atau tak keluar langsung.
3) Rasa air pun dah berbeza.

Call segera.
Servis PERCUMA.

Azhar
010-2207181

Sunday 22 July 2012

Berbuka Puasa Dengan Family

Alhamdulillah.
Semalam dapat bawa anak isteri aku berbuka puasa dengan seluruh family aku kat Ampang.
Seluruh family tu bunyi macam ramai je.
Sebenarnya tak ramai pun.
Family abg aku, akak aku, family aku dan parents aku.
Tu je. Hehehe.

Sebelum buka semalam, aku bawa anak isteri aku ke pasar ramadhan Pandan Indah.
Menapak je sebab dekat dari rumah.
Malas nak bawa kereta sebab dah tentu susah nak parking.
Ya Allah ramainya manusia kat situ.
Nak berjalan pun susah.
Nak tengok apa yang dijual pun tak nampak.
Tujuan aku pergi tu sebab nak beli ikan bakar je.
Ikan pari dengan ikan terubuk kegemaran abah aku.
Kakak yang jual tu pun dah kenal aku.
Pelanggan tetap dia.
Ikan bakar dia memang sedap.
Ala2 ikan bakar kat Muar dulu.
Lain2 menu yang dibeli murtabak ayam, kebab dan air.

Juadah berbuka semalam memang menyelerakan.
Akak aku masak butter prawn, sayur campur dan daging masak apa entah namanya aku tak sure.
Nenek Aidil goreng jemput2 istimewa.
Kurma, kuih-muih dan koktail pun ada.
Abg aku bawa.
Aku punya yang beli kat pasar ramadhan tu je la. Hehehe.
Syukur alhamdulilah rezeki Allah.
Macam2 menu ada.
Gambar masih tak dapat nak ambil.
Harini InsyaAllah aku akan ambil gambar banyak2 untuk upload kat sini.

Azhar
010-2207181

Welcome to S Club

Welcome to S Club.
Itulah kata2 leader hebat aku.
Tak lain tak bukan akak aku sendiri.

Balik dari Nilai semalam aku terus ke rumah abah aku kat Ampang.
Macam yang aku tulis kat entry sebelum ni, fon aku buat perangai lagi.
Terus akak aku ajak ke Low Yatt.
Kedai member dia.
Mana tahu kot2 boleh repair.

Tiba2 lain jadinya.
Terkenan pulak kat fon ni.
Member akak aku tu recommend yang ni compared to others.
Memang detail la dia punya explanation.
Aku dan wife aku terus tak boleh nak kata apa.
Terus tak jadi repair fon lama.
Tak pasal2 je kena beli yang ni.
Mungkin aku telah ditakdirkan untuk tukar fon lain. Hehehe.

Moral of the story.
Aku respect cara mamat tu.
Aku tak nampak pun yang dia nak convince aku.
Yang aku nampak dia betul2 ikhlas nak tolong aku.
Itulah faktor yang mendorong aku beli.
Syukur aku dapat belajar sesuatu dari pertemuan yang tak dirancang tu.

Azhar
010-2207181

Nilai

Pagi semalam aku ke Nilai.
Tapi takde la pagi sangat.
Pukul 11 juga la.
Suka tak suka wife aku pun kena ikut sekali.
Tak boleh nak tinggal dia kat rumah macam tu je dalam masa terdekat ni.

Dalam perjalanan tu tiba2 dia buat 1 permintaan.
Drop dia kat Nilai 1.
Saje nak cuci2 mata katanya.
Kira ok la rumah member aku tu dengan Nilai 1 dekat je.
Ape2hal senang nak lari.

Settle appointment aku terus ke Nilai 1 semula.
Punya la susah nak cari wife aku.
Akhirnya jumpa jugak.
Macam2 jugak la yang dia beli rupanya.
Kat sana tu jual kain je la.
Dia beli untuk raya tahun depan katanya.

Again.
Gambar tak dapat nak ambil.
Fon buat hal.

Dia dah merancang untuk 1 tahun akan datang.
Aku pun sama.
Aku ada perancangan yang sangat jelas dalam hidup aku.
Perancangan bersama Akademi Taipan.
Perancangan menuju ke puncak kejayaan.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Saturday 21 July 2012

Aktiviti 1 Ramadhan

1 Ramadhan.
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia hingga ke saat ini.
Masih berpeluang merasai kemanisan ramadhan di tahun ini.
Mudah2an akan terus diberi kesempatan untuk bertemu Lailatul Qadar.
InsyaAllah.

Apa aktiviti harini??

Jadual aku penuh sampai berbuka nanti.
Aku kena lawan sikap malas dalam diri.
Aku tak boleh jadikan puasa sebagai alasan untuk aku hanya duduk rumah tak buat apa2. 
Lepas dhuha nanti akan ke Nilai.
Ada 2 bisnes appointment kat sana.
Bezanya kali ni jumpa kat rumah.
Tak dapat nak lepak minum kat kedai mamak. Hehehe.
Kemudian ke Serdang urusan family.
Seterusnya ke area KL.
Dan akhir sekali berbuka puasa dengan family aku kat Ampang.
Mudah2an segala yang dirancang akan menjadi kenyataan.
Mudah2an segalanya akan dipermudahkan.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Friday 20 July 2012

Selamat Tinggal Digi

Akhirnya servis telah bertukar tangan.
Aku dan isteri start pakai digi dari November 2008 lagi.
Kalau ikutkan nak dekat 4 tahun dah.

Sebelum ni servis semua ok je.
Cuma lately ni agak kureng sikit.
Bukan sikit tapi banyak sebenarnya.
Bukannya aku ada outstanding payment pun.
Bikin panas je.

Kalau ikutkan ni dah dekat sebulan aku dan isteri tak boleh buat call.
Last 2 week aku ada call helpline.
Katanya 13 Julai akan kembali normal.
Ni dah 20 Julai still out jugak.
Asal buat call je, the other side tak dengar apa2.
Terpaksa call dan call lagi macam orang bodoh.
Cakap sorang2.
Baru ni nak call domino's pun berkali2 putus.
Tapi nasib la dia call balik
Dekat 5 kali jugak la dia call baru dapat confirm order.

Semalam yang buat aku betul2 panas hati.
Aku call digi helpline.
Dah la kena sila tekan 1 tekan 2 dan tekan macam2 tekan lagi.
Bila dah dapat cakap dengan customer service line buat hal pulak.
Dia tiba2 tak dengar suara aku.
Yang aku panas tu bukan dia nak call balik.
Domino's pun boleh call aku balik.
Inikan pulak digi yang aku dah guna hampir 4 tahun, sebulan bayar minimum RM300.
Kalau 4 tahun dah berapa.
Atleast appreciate la sikit.
Terus harini tanpa teragak2 aku tukar line lain.
Tapi no tak tukar.
Still pakai no yang sama.

Jangan salah faham ye.
Aku buat entry ni bukan nak hentam digi or promote line2 lain.
Aku just nak luahkan perasaan yang terpendam ni je. Hehehe.

Bukan apa.
Bengang la jugak.
Aku dan isteri dua2 pakai digi postpaid.
Bil aku RM250 sebulan.
Wife aku RM50 sebulan.
Total macam aku cakap tadi RM300 sebulan.
Ini minimum.
Means kalau aku tak guna pun still kena bayar RM300 jugak sebulan.
Kalau aku tak guna sebab aku koma ke hospital takpe lagi.
Ini aku nak guna tapi tak boleh.
Abistu yang dah sebulan aku tak boleh nak buat call ni ape cerita??
Bukan ada diskaun pun.
Sorry la ye.
Officially harini aku dan isteri dah beralih arah.
Selamat tinggal digi.

Sorry ter emo sikit.
Kejap lagi dah nak masuk ramadhan.
InsyaAllah akan cool balik. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

Syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup di bulan mulia, Ramadhan 1433H.
Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh dunia.
Semoga segala amalan kebaikan diterima oleh Allah s.w.t.
Amin.

Ini merupakan peluang untuk kita melipatgandakan amalan di dunia untuk kebaikan di akhirat.
Yang wajib itu dilaksanakan.
Yang sunat itu diperbanyakkan.
Contohnya solat sunat tarawih.
Amalan sunat yang hanya ada pada bulan ramadhan je.
Malam ni dah mula.
Jangan lepaskan peluang ni.
Kalau boleh berjemaah kat surau/masjid.
Kalau tak boleh sangat, kat rumah pun still boleh buat.
Jemaah dengan family.

Yang ingin berubah, kita ambil peluang ni untuk berubah.
Ambil peluang ni untuk bertaubat.
Perbanyakkan baca Al-Quran.
Kalau tahun lepas tak sempat khatam, tahun ni cuba khatamkan.
Kalau tahun lepas khatam sekali, mungkin tahun ni boleh 2 kali.
Dan macam2 amalan lain lagi.
Pesanan buat diri sendiri yang selalu lupa.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Semoga kita semua beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

Dapat Hadiah

Sampai tengah malam tadi aku masih lagi berkeliaran ke sana sini dengan baju batik.
Bermakna dari siang sampai ke malam aku tak sempat nak balik rumah.
Tengahari semalam pun singgah kejap je ambil isteri dan hantar kat rumah mak dia.

Petang pulak balik dari opis aku singgah Maulana Sri Serdang jumpa Hizam.
Contact bank aku.
Ada kes sikit pasal member bisnes yang nak diselesaikan.
Lagipun aku memang tengah plan nak turun Nilai dengan dia.
Untuk benefit jangka masa panjang.

Lepas maghrib semalam, aku plan nak bawa anak isteri aku balik rumah.
Adik ipar aku pun ikut sekali nak tumpang kereta.
On the way tu dapat call dari bisnes partner.
Ada member dia kerja kat AEON Equine nak tahu pasal akademi.
Tapi bisnes partner aku ni duk Nilai tak dapat nak join.
Aku terjah sorang je la.
Isteri aku dan yang lain2 pergi makan KFC kat dalam tu jugak.
Aku dengan kerja aku la.
Membantu bisnes partner selagi terdaya.
Alhamdulillah positif.
Dia dah sedar sebenarnya dia yang kena ubah diri dia dulu sebelum orang lain boleh bantu.
Ikutkan malam tadi terus pergi Easycash kat dalam tu jugak tapi tutup pulak.
Harini akan turun sekali lagi untuk urusan dana dia.
Mudah2an semuanya berjalan lancar.

Rupa2nya dalam masa yang sama isteri aku sempat pergi shopping lagi malam tadi.
Tapi kali ni untuk aku la.

Dia hadiahkan aku sandal polo ni.
Sangat suka.
Harga boleh tahan jugak aku tengok.
Tapi tak tahu la kalau ada sales. Hehehe.
Resit isteri aku dah sorok.
Dia tak nak cakap apa2.
Sempena apa dia bagi hadiah pun aku tak tahu.
Apapun TQ sayang.
Love u.

Moral of the story.
Lepas ni kalau aku pergi demo mesti kena bawa dia.
Dan yang paling penting mesti kat dalam shopping complex. Hahaha.

Azhar
010-2207181

Selera Utara

Sepatutnya ini semalam punya entry.
Tapi baru pagi ni berkesempatan menulis kat sini.
Aktiviti sementara menanti azan subuh berkumandang.

Pagi semalam cuaca agak luar biasa.
Rupa2nya hujan rahmat nak turun dengan lebatnya.
Syukur la masa tu aku dah sampai opis baru hujan lebat.
Sampai2 opis aku terus ke PICC naik kereta jabatan untuk event APC 2011 tu.
Terasa macam pelumba di jalanraya.
Sekejap je dah sampai.
Sempat breakfast lagi kat cafe sementara menunggu tetamu VVIP sampai. Hehehe.

Pelancaran Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 & APC 2011, KKM.
Dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai.

Cantik cover ni.
Buat kenang2an.

Sijil anugerah.
Pun sama buat kenang2an.

Ini yang paling best.
Dapat RM1,000.
Buat kenang2an jugak ke?? Hahaha.
Mustahil.

Selesai event, pilot ajak makan luar.
Aku, En Syed, Diyana & Lia on je.
Dia bawa pergi Restoran Selera Utara kat Dengkil.
Terbaeekkk lah.
Aku tak tahu pun kat Dengkil ada branch.
Yang aku biasa pergi kat Ampang je.
Apa lagi semalam kami pekena ikan bakar la.
(Again so sorry lupa ambil gambar)
TQ bro bawa port baru.
Next time boleh repeat lagi.
Tapi lepas bulan puasa la.

Azhar
010-2207181

Thursday 19 July 2012

Indahnya Hidup Bersyariat


Dah berhari2 aku try cari buku ni tapi tak jumpa2.
Anjung.
Kedai buku Giant.
Kajang.
MPH Alamanda.
Popular AEON Equine.
Merata dah aku pergi semuanya hampa.

Actually member opis aku yang promote buku ni.
Fairuz a.K.a Ayus.
Aku pun tak pasti dia dah baca ke belum. Hehehe.
Yang aku tahu family dia yang suggest baca buku ni.

Aku dah try cari kat internet.
Banyak jugak article atau blogger yang ulas pasal buku ni.
Bila baca komen2 diorang tu, bertambah excited pulak aku nak dapatkan buku ni.
Aku sangat yakin memang tak rugi kalau beli.

InsyaAllah akan dapatkan jugak sikit masa lagi.
Rasanya kat KL mesti ada.
Area Jalan TAR tu.
Kat sana serba serbi ada.
Tinggal nak cari masa je nak pergi sana.

Azhar
010-2207181

Wednesday 18 July 2012

Bonus Setengah Juta


Setengah juta??
Siapa punya pulak ni??
Riak gila nak tunjuk benda2 macam ni.

Takde niat pun nak riak sebenarnya sebab dah tentu bukan income aku. Hehehe.
Ini income salah seorang dari kami kat dalam akademi.
Kalau income aku macam ni dah lama aku berhenti makan gaji.
Buat semak kepala mengadap orang "gila" hari2.

Ada jugak terfikir kan best kalau ini income aku.
RM500,000 setahun.
Kata la simpan dalam Tabung Haji or ASB.
Tapi ASB maksimum RM200,000 je kalau tak salah.
Ala tak kisah la mana2 pun.
Kata la dividen 10% setahun.
So setahun dah dapat RM50,000.
Kalau aku bahagi 12 bulan lebih kurang RM4,000 sebulan.

Ehh dah lebih dari gaji aku sekarang rupanya.
Tak payah nak pening2 mengadap jem hari2.
Tak payah fikir pasal politik kat opis.
Tak payah nak fikir report itu report ini.
Meeting itu meeting ini.
Prosedur sana prosedur sini.
Dapat income lebih dari gaji.
Kann???

InsyaAllah aku akan berusaha dan terus berusaha.
Mudah2an segala yang aku impikan akan jadi kenyataan.

Siapa yang punya cita2 nak dapat income macam kat atas ni, hello2 la ye.
C ya.

Azhar
010-2207181

Akhirnya Domino's Pizza

Full day.
Pagi2 tadi aku ke PICC.
Ada raptai penuh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011.
Aku naik kereta jabatan je.
Malas nak drive sebab dah tentu susah parking.
Esok sekali lagi akan mengadap PICC.
Harap2 la cepat habis.

By the way.
Sangat happy secara tak sengaja dapat jumpa member lama aku kat sana.
Member 1 universiti dulu.
Zety.
Dia yang tegur aku tadi.
Tahniah dapat anugerah kali ni.


Tengahari pulak aku lepak Anjung je.
Tu pun agak lewat sebab ada kerja nak kena settle dulu kat opis.
Aku tak makan pun.
Just lepak dengan member2 je.
Bisnes partner pun ada.
Sembang2 kosong.
Tu pun aku sempat mengular pergi Bank Islam kejap.
Jumpa En Azam.
Dah buat appointment dengan dia.

Petang tadi sharp pukul 5 aku dah gerak.
Agak rushing sikit sebab ada bisnes appointment.
Alhamdulillah sempat sampai seperti yang dijanjikan walaupun hujan turun agak lebat.

Selesai appointment aku terus balik rumah.
Isteri aku baru nak start masak.
Tapi tengok cara dia aku dah tahu dia memang tak larat.
Simpan balik semua bahan2 masakan.
Kalau nak aku yang sambung masak jawabnya malam esok pun belum tentu makan.
Hahaha.
So hello2 Domino's Pizza je la.
30 minit makanan dah sampai rumah. Hehehe.

Aloha Chicken, Prawn Sensation dan lain2 lagi.
Tak ingat nama.
Dapat free gift mug Delivery Pizza.
So nice.
Alhamdulillah rezeki Allah untuk malam ni.

Orang mengantuk disorong bantal.
Macam ni la jadinya.
Tambah pulak perut tengah kekenyangan.
Love u Aidil.

Malam ni ikutkan aku ada 1 lagi bisnes appointment.
Cuma masih 50-50.
Aku tak berani nak cakap lebih.
Takut nanti aku yang terpaksa cancel last minute.
Tengah adjust nak jumpa area dekat2 sini je.
Senang apa2hal nanti kalau aku nak rushing balik.
Ada rezeki InsyaAllah jumpa jugak malam ni.

Azhar
010-2207181

Promosi Dosa

Aku copy ni dari wall sepupu merangkap bisnes partner aku.
Jom baca.


Macam ni punya kes pun ada.
Buat dosa kering je.
Patutnya bulan2 baik macam ni la nak gandakan pahala.

"AM" tak nak komen apa2 ke?? Hehehe.
Bisnes macam ni sepatutnya tak boleh dibiarkan.
Bisa bawa lebih ramai orang islam ke neraka jahanam.
Kan???????

Azhar
010-2207181


Dari Biasa-Biasa

Jam sekarang hampir pukul 5 pagi.
Aku malas nak lelap mata balik.
Kalau tak nanti ada jugak yang terbabas sampai ke pagi.
Sambil layan radio ni, aku update la blog sekejap.

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas,
aku nak share cerita pasal tauke restoran yang aku jumpa baru2 ni.
Restoran Bintang Bistro.
Salah seorang usahawan bumiputera yang telah berjaya.

Mula2 dia buka restoran ni dulu pelanggan tak berapa ramai.
Tapi sekarang sentiasa ramai.
Memang luar biasa.
Dia betul2 berjaya sekarang.
Pekerja ramai.
Sekarang pun dah drive BMW X6.

Aku saje tanya dia berapa lama berniaga sampai boleh jadi macam ni.
Dia tak menjawab soalan.
Cuma katanya.
Dulu dia bermula dari gerai kecik biasa2 je.
Berhijrah sana sini cari pengalaman.
Pasang surut berniaga semua tu perkara biasa.
Bila surut mesti ada sebabnya.
Yang penting tak boleh cepat putus asa.
Kena terus berusaha.

Nak berniaga ni tak boleh main2.
Kena serius.
Nak tarik hati pelanggan ada banyak benda kena ambil kira.
Rasa makanan kena konsisten sedap.
Harga pun tak boleh suka2 ubah.
Servis kena cepat.
Jangan kasi pelanggan tunggu lama.
Pelayan pun kena ramah dan sentiasa senyum.
Dan yang paling penting restoran kena sentiasa buka.
Kalau boleh 24 jam sehari.
7 hari seminggu.
Tak boleh ikut sedap hati.
Rasa nak buka then buka la.
Kalau takde mood tutup.
Pelanggan cepat lari.

Itu la antara benda2 yang dia cakap.
Ilmu dan tips yang sangat berguna buat aku.

(Maaf lupa ambil gambar)

Azhar
010-2207181

Tuesday 17 July 2012

Salah Sendiri

Petang tadi aku ada bisnes appointment pukul 6.
Malangnya pukul 5.40 pun aku masih kat opis lagi.
Banyak kerja nak kena settlekan.
Aku minta wife aku delay sikit appointment tu pukul 6.30 petang.
Member wife aku tu kata ok je.

Alhamdulillah jalan tak jem.
Sempat singgah solat asar kat Shell dulu before ambil wife aku.

Roti Planta

Wife aku sempat pekena roti planta sambil tunggu member dia sampai.
Tunggu punya tunggu tak sampai2.
Dan kesudahannya memang tak sampai.

Nak salahkan member tu pun tak boleh sebab aku yang ubah schedule.
Takpe lah takde rezeki nak jumpa harini..
InsyaAllah akan jumpa jugak nanti.

Azhar
010-2207181

Sejarah Hidup Nabi-Nabi


Buku ni diterbitkan pada tahun 1980.
Aku pun tak lahir lagi masa tu.
Penulisnya H.Salim Bahreisy.

Aku baru beli jugak la buku ni.
Tapi isteri aku yang khatam dulu.
Beberapa hari yang lepas giliran aku pulak.

Kalau ikutkan aku ada banyak buku tentang kisah dan sejarah hidup nabi2.
Tapi yang ini agak lain dari yang lain.
Cara penulisannya agak menarik untuk dibaca.
Susunan ayatnya mudah difahami.
Aku boleh follow chapter by chapter.
Dari zaman Nabi Adam a.s hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Setiap kisah nabi tu punya kaitan dan kesinambungan.
Itu yang bila baca susah nak berhenti.

Alhamdulillah dah habis baca.
Memang tak rugi aku beli.
Harga cuma RM14.90 je.
Tapi ilmu dan nilai yang aku dapat jauh lebih tinggi dari tu.
Setiap pengajaran dari sejarah hidup nabi2 boleh aku kongsikan pada anak2 aku nanti.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Monday 16 July 2012

Sabtu & Ahad

Sabtu ni InsyaAllah dah start puasa.
Tak sabar rasanya nak tunggu Ramadhan kali ni.
Aku pasti Ramadhan kali ni akan lebih bererti.
Itu cerita entry lain nanti.

Sabtu dan ahad yang baru lepas ni.
Aku penuh dengan program dan aktiviti. 
Aktiviti dengan family ada.
Aktiviti bisnes dengan akademi pun ada.

Sabtu pagi tu aku dan family termasuk kakak aku ke Warung Bunian.
Teringin nak pekena nasi lemak dan roti canai dia.
Alhamdulillah parking dah semakin mudah.
Jalanraya kat situ dah bertambah baik.
Lubang2 semua dah ditimbus.
Makin ramai pelanggan la lepas ni.

Tengahari pulak aku ke Serdang atas urusan family.
Kemudian kami ke Kajang ada kenduri doa selamat menjelang Ramadhan ni.
Selesai tu aku terus ke PKNS Bangi ada bisnes appointment.
Alhamdulillah rezeki Syaaban agaknya.
Segala urusan dipermudahkan.
Sementara aku jumpa member tu, isteri aku sempat shopping lagi.
Shopping barang baby.
Penat shopping tu terus tekak kering agaknya.
Destinasi seterusnya pekena cendol bawah pokok  kat area situ.
Sentiasa ramai pelanggan.
Nak duduk pun kena queue.
Kali ni aku try ABC.
Sorry to say.
Out.
Kalau nak pekena cendol, aku recommend la kat situ.
Malam pulak aku stay kat rumah je.
Ada tetamu nak datang.
Tetamu bawa rezeki.

Esoknya Ahad seperti biasa aktiviti ziarah pusara ibu then minum2 dengan kakak aku.
Kali ni aku ajak kakak aku pekena lontong kat Pekan Sg Besi.
Memang terbaekk.
Dari dulu sampai sekarang sama je rasa dia.
TQ ye belanja.
Tengahari sikit aku ke Foodcourt apa entah namanya kat Putrajaya.
Kami panggil port Payung je.
Again for bisnes appointment.
Misi untuk cuba membantunya kurang berjaya kerana dia merasakan dirinya telah berjaya.
No sweat.

Lewat petang pulak aku spend masa dengan family.
Isteri aku nak pergi shopping lagi.
Beli barang dapur untuk Ramadhan katanya.
Biarpun aku sedikit confuse tapi aku turutkan je.
Sebelum tu sempat makan dulu kat Restoran Bintang Bistro.
Sebut pasal restoran ni, nanti aku share kemudian pengalaman aku borak dengan owner nya.
Berbalik pada cerita makan tadi.
Kami pekena sup ekor, telur bistik dan paprik campur.
Memang terbaekkk.
Makanan kat situ kebelakangan ni tak pernah mengecewakan.

Rasa macam dah panjang je cerita aku kali ni. Hehehe.
Maklumlah dah lama tak berkesempatan nak update blog.
InsyaAllah akan cuba update jugak mana2 yang tertinggal minggu lepas tu.
Apapun, TQ la pada yang sudi baca.

Azhar
010-2207181

Muka Makan Durian

Jom Makan Durian.
Ini program kat opis aku jumaat lepas.
Jom layan gambar yang diambil oleh jurukamera professional, Danny.
Maaf la kalau ada muka2 yang tengah tangkap stim ye.
Memang tu pun tujuan entry ni. Hehehe.

Durian D24.
Pahang mari.
Total semua 220 kg petang tu.

Rambutan, Pulasan & Manggis.
Masing2 12 kg.
Buat syarat je kalau2 ada yang tak makan durian.

Pak Ngah (yang tengah on call tu).
Aku dapat contact dia dari member aku.
Memang terbaeekkk durian yang dia bawa.

Bakal artis ni.
Boleh jadi duta durian.

Alamak.
Terpancar kesungguhan pada raut wajahnya.
Yang belakang tu pun sama.
Muka puas.

Orang kuat ni.

Menang durian ke?? Hehehe.

YM Engku Azman.
Big bos J/K Kebajikan & Sukan yang menganjurkan event ni.

Orang kanan JKS.

Aksi jurukamera.

Alamak ada jugak.

No komen (sebenarnya tak berani nak komen). Hehehe.

Makan durian pun sempat mengelamun.


Alhamdulillah.
Rezeki dapat makan durian free.
TQ J/K Kebajikan & Sukan.
Lain kali buat la lagi.
Yang penting objektif tercapai.

Azhar
010-2207181
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...