Monday 16 July 2012

Sabtu & Ahad

Sabtu ni InsyaAllah dah start puasa.
Tak sabar rasanya nak tunggu Ramadhan kali ni.
Aku pasti Ramadhan kali ni akan lebih bererti.
Itu cerita entry lain nanti.

Sabtu dan ahad yang baru lepas ni.
Aku penuh dengan program dan aktiviti. 
Aktiviti dengan family ada.
Aktiviti bisnes dengan akademi pun ada.

Sabtu pagi tu aku dan family termasuk kakak aku ke Warung Bunian.
Teringin nak pekena nasi lemak dan roti canai dia.
Alhamdulillah parking dah semakin mudah.
Jalanraya kat situ dah bertambah baik.
Lubang2 semua dah ditimbus.
Makin ramai pelanggan la lepas ni.

Tengahari pulak aku ke Serdang atas urusan family.
Kemudian kami ke Kajang ada kenduri doa selamat menjelang Ramadhan ni.
Selesai tu aku terus ke PKNS Bangi ada bisnes appointment.
Alhamdulillah rezeki Syaaban agaknya.
Segala urusan dipermudahkan.
Sementara aku jumpa member tu, isteri aku sempat shopping lagi.
Shopping barang baby.
Penat shopping tu terus tekak kering agaknya.
Destinasi seterusnya pekena cendol bawah pokok  kat area situ.
Sentiasa ramai pelanggan.
Nak duduk pun kena queue.
Kali ni aku try ABC.
Sorry to say.
Out.
Kalau nak pekena cendol, aku recommend la kat situ.
Malam pulak aku stay kat rumah je.
Ada tetamu nak datang.
Tetamu bawa rezeki.

Esoknya Ahad seperti biasa aktiviti ziarah pusara ibu then minum2 dengan kakak aku.
Kali ni aku ajak kakak aku pekena lontong kat Pekan Sg Besi.
Memang terbaekk.
Dari dulu sampai sekarang sama je rasa dia.
TQ ye belanja.
Tengahari sikit aku ke Foodcourt apa entah namanya kat Putrajaya.
Kami panggil port Payung je.
Again for bisnes appointment.
Misi untuk cuba membantunya kurang berjaya kerana dia merasakan dirinya telah berjaya.
No sweat.

Lewat petang pulak aku spend masa dengan family.
Isteri aku nak pergi shopping lagi.
Beli barang dapur untuk Ramadhan katanya.
Biarpun aku sedikit confuse tapi aku turutkan je.
Sebelum tu sempat makan dulu kat Restoran Bintang Bistro.
Sebut pasal restoran ni, nanti aku share kemudian pengalaman aku borak dengan owner nya.
Berbalik pada cerita makan tadi.
Kami pekena sup ekor, telur bistik dan paprik campur.
Memang terbaekkk.
Makanan kat situ kebelakangan ni tak pernah mengecewakan.

Rasa macam dah panjang je cerita aku kali ni. Hehehe.
Maklumlah dah lama tak berkesempatan nak update blog.
InsyaAllah akan cuba update jugak mana2 yang tertinggal minggu lepas tu.
Apapun, TQ la pada yang sudi baca.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...