Sunday 1 July 2012

Nama Baby??

Assalamualakum.
Salam Sahabat.
Salam Hujung Minggu.

Alhamdulillah baru selesai 3 appointment untuk harini.
Dari 3 InsyAllah 1 close G10.
Lagi 2 nampak tak berminat.
Mungkin dah cukup selesa dengan kerja makan gaji dia sekarang.

Semalam punya cerita.
Aku sempat sembang2 kat FB dengan member merangkap bisnes partner aku, Sarina.
Dia duk tanya macam mana keadaan wife aku sekarang.
Thanks for your concern.

Cuma semalam tu ada la dia duk tanya aku dah decide ke nama baby.
Katanya.
"Kalau aku la masa anak pertama keluar je aku & suami dah plan nama untuk anak yang kedua."
Hahaha very the advance.
Memang terbaeekkk beb.

Dulu masa anak pertama memang aku dan isteri dan plan nak letak nama apa.
Siapa beli buku nama2 bayi.
Entah berapa buah buku pun aku tak ingat.
Itu tak kira lagi yang print dari internet.
Macam2 nama yang yang di short listed.
Tapi bila dah bersalin lain jadinya.
Hilang entah ke mana nama2 yang di plan tu.
Itu yang dah malas nak beria2 sangat bab nama tu.

Muhammad Aidil Bin Azhar

Ni gambar Aidil sehari selepas hidup di dunia.
Nama Aidil tu memang dirancang ke??
Sebenarnya memang langsung takde dalam perancangan.
So macam mana boleh jadi Muhammad Aidil??

Sebabnya dia lahir masa Hari Raya Aidiladha.
28 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H.
Nama anak aku tu diambil sempena hari yang mulia tu la.
Asalnya nak letak Aidiladha.
Tapi tak kena la pulak sebab nama abah dia dah Azhar.
Takkan nak Aidiladha Bin Azhar.
Thats why la tukar.
Muhammad Aidil Bin Azhar.

Actually memang saje nak share benda ni kat sini.
Atleast dah besar nanti Aidil tahu mana datang asal usul nama dia.
Nama aku dulu arwah atuk aku yang bagi.
Sempena nama ustaz yang ajar mengaji kat kampung tu dulu.
Dengan harapan dah besar nanti aku jadi ustaz agaknya.
Tengok perangai pun dah tahu aku tak layak jadi ustaz. Huhuhu.

Berbalik pada nama baby yang bakal keluar nanti.
Akan kami fikirkan kemudian bila baby tu dah betul2 keluar nanti. Hehehe.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...