Thursday, 31 May 2012

Restu Ibu Bapa

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Aku baru sampai rumah.
Tadi keluar santai2 dengan anak, isteri dan kakak aku.
Kakak aku nak belanja makan sempena birthday isteri aku semalam
dan bagi meraikan kejayaan bisnes aku bulan ni.

Asalnya nak ke William Corner, Kelana Jaya.
Dalam perjalanan tu hujan turun bukan main lebat.
Jalam pulak jem sana sini.
Akhirnya ke Restoran Saba, Cyberjaya.

Alhamdulillah harini selesai urusan closing untuk bulan Mei.
Ada yang sempat bulan ni.
Ada jugak yang terpaksa bawa ke bulan depan.
Tak kisah la apapun.
Yang penting tahniah aku ucapkan.
Tahniah kerana berani melangkah.
Kejayaan telah semakin hampir di depan mata.

Petang tadi aku ada sembang2 kosong dengan member opis.
Sembang pasal bisnes.
Sembang pasal family.
Kenapa aku buat bisnes??
Sebab nak naikkan taraf hidup family.
Nak bagi perubahan pada family.
Nak family happy.

Susah ke buat bisnes ni??
Susah tu sebab kita yang fikir susah.
Pada aku yang penting kena usaha sungguh2 dan jangan mudah putus asa.
Jangan hangat2 tahi ayam.
Jangan buat separuh jalan.
Fokus dan buat sungguh2.
Dan yang paling penting jangan lupa berdoa mohon pertolongan dari Allah.
Itu yang paling utama.
Dan jangan lupa mohon restu ibubapa.
InsyaAllah akan berjaya.

Azhar
010-2207181

Wednesday, 30 May 2012

Special For Your Birthday

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

30 Mei 2012.
Harini merupakan ulangtahun hari lahir isteri aku yang ke 26.
Semoga dinaugi kasih dalam kebahagiaan.
Ditingkatkan darjat dalam kemuliaan.
Ditambahkan ilmu dalam keimanan.
Dan dimurahkan rezeki dalam keberkatan.
(Copy paste ayat mentor aku, CDM Faridah)

Petang tadi aku sempat spend masa dengan isteri dan anak aku.
Kami pergi makan2 ala2 romantik la konon. Hahaha.

Garden Lifestyle Store & Food, Alamanda

1st time sampai sini.
Selalu dengar member2 opis je bercerita.
Ada yang kata best.
Ada yang kata mahal.
Ada yang kata makanan tak sedap.
Tapi majority kata tempat memang class.
Itu kata orang.
Nak kasi puas hati kena try sendiri.

Birthday girl.
Orang yang diraikan.
Dia yang teringin sangat nak makan kat sini.
Memang tempat class la.
Penuh dengan bunga2an dan kehijauan.

Anak kepada birthday girl.
Duduk atas buaian lagi.
Bukan main happy lagi dia.

Aku la yang jadi tukang hayun buaian.
Mama dia kaki bengkak. Hehehe.

Bersama tetamu VVIP.
Ibu kepada birthday girl.
Cukup korum.
Katanya..
"Semua insan terpenting dah ada depan mata.."
Dan apa yang paling penting bagi aku, dia happy.

Orange, Mango and Watermelon Juice.
Very nice.

Salted Egg Fried Rice.
Menu untuk anak aku.
Sedap memang sedap.
Cuma kurang pedas je. Hehehe.
Tapi tetap habis 1 pinggan.

Hot Sizzling Chicken Chop.
Aku punya menu.
No comment.
Superb.

Crispy Chicken Chop with Black Pepper.
Menu untuk birthday girl.
Licin walaupun katanya black pepper agak manis sikit.

Fish & Squid.
Menu untuk tetamu VVIP.
Main order je sebab tak tahu nak makan apa.
Nice.
No comment.

Selesai makan jalan2 cuci mata.
Aidil tiba2 terpaku dek kerana terlihat tempat kegemarannya.
Lantas tanganku ditarik masuk ke dalam untuk menemaninya. Hehehe.

MPH Bookstore.
Apa lagi kalau bukan ke section cartoon dia.
Bukan main khayal lagi dia duk belek buku2 yang dia suka.
Yang kat tangan dia tu memang tak dapat la nak letak balik.

Siap duduk lagi duk tengok buku2 lain yang paling dia berkenan.
Cashier nak scan pun dia tak bagi.
Pening kepala aku melayan karenah dia kat dalam MPH tu.

Mama dia pulak ada agenda lain.
Duk tengok2 perfume.
Mana tahu kot boleh dijadikan hadiah harijadi katanya.

Akhirnya benar2 terjadi. Huhuhu.

Euphoria Calvin Klein yang jadi pilihan hati dia.

Aku pun dapat jugak.
Free gift miniature.
Carolina Herrera and Eternity.
Dua2 ni memang favourite aku.
Jadi la kan free tu siapa nak bagi walupun kecil.

Dapat baucar diskaun kalau nak beli apa2 barang lepas ni.
RM30 + RM30.
Tak sempat guna pun tadi.
Member2 yang nak rojer2 la.

Happy Birthday Sayang.
Love u forever.

Azhar
010-2207181
  

12 New Messages

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Macam tak percaya.
Tapi ini la yang berlaku pada aku lewat petang semalam.


12 New Messages dalam masa lebih kurang 15 minit.
Terkejut jugak aku bertalu2 sms masuk.
Lain2 orang.
Lain2 cerita.
Kebanyakannya pasal Akademi Taipan 181.
Pasal Umrah.
Pasal London & Paris.
Pasal PB, BA, BZF, GB, BE dan JTX.

Syukur Alhamdulillah.
Rezeki dari Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Akademi Taipan 181.

Azhar
010-2207181

Tuesday, 29 May 2012

Kerja Lebih Masa (OT)

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Baru berkesempatan nak update.
Terlalu busy 2 hari ni.
Bukan busy di opis.
Tapi busy dengan aktiviti di luar opis.
Dan yang lebih penting di luar waktu opis.
Lebih enjoy.
Lebih tenang.
Berbaloi2.
And really satisfied.

Kali ni aku malas nak cerita pasal opis.
Walaupun hati ni terlalu sakit.
Allah je yang tahu.
Aku hanya mampu bersabar dan berdoa je.
Mudah2an dilimpahkan nikmat yang tak pernah aku duga.

Petang semalam lepas kerja aku ada bisnes appointment kat Dengkil.
Sebelah malam pulak ada lagi 2 appointment.
Kat Bangi dan Serdang.
Petang tadi pun sama.
Gambar nanti upload kemudian.
Handphone tengah charge.
Malam ni pulak aku akan ke USJ Taipan.
InsyaAllah.

Ada jugak member tanya aku appointment apa??
Ini la kerja luar yang aku buat.
Part time bersama Akademi Taipan 181.
Jadi trainer dalam akademi.
Dalam masa yang sama aku masih lagi dilatih oleh senior2 dalam akademi.
Itu yang betul2 best.
Susah nak dapat teamwork macam ni kat luar.
Kiranya ini la overtime aku kat luar opis.
Sharing, sharing and sharing.
Berapa boleh dapat??
Alhamdulillah kadar yang aku dapat tak ikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa.
Range RM500 ke RM1,000 sejam.
InsyaAllah.
Sehari berapa jam boleh kerja??
Seminggu berapa jam??
Sebulan berapa jam??
Bergantung sejauh mana kerajinan kita.

Aku tak peduli apa orang nak kata.
Yang penting aku tahu apa yang aku buat.
Sekurang2nya aku takde la .......

Pada rakan2 akademi di luar sana, jom gempur.
Umrah, London & Paris dalam genggaman.
Jumpa anda di Pentas Bukit Jalil 22 Nov 2012.

Azhar
010-2207181

Monday, 28 May 2012

Mudahnya ICT

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Benar kata orang.
Tak tahu bukan alasan untuk tak buat.
Tak tahu adalah peluang untuk belajar.

Mudahnya nak lebarkan sayap perniagaan melalui ICT.
Contohnya melalui website, blog, wordpress, email, fb, twitter, skype dan sebagainya.
Semuanya di hujung jari je.
Tinggal nak atau tak je.


Mula2 dulu aku pun tak yakin.
Tak pandai nak fully utilised benda2 ni semua.
Tak berani pun ye jugak sebenarnya.
Tapi setelah diajar dan dibimbing dalam akademi, aku try jugak la.
 Sangat memberangsangkan.
Tak sangka semuanya betul2 mudah.

Yang susah dah jadi mudah.
Yang jauh dah jadi dekat.
Yang tak tahu dah jadi tahu.
Yang tak kenal dah jadi kenal.
Yang bukan kawan dah jadi kawan.
Yang mustahil pun dah jadi tak mustahil.

Mudah nak berinteraksi.
Mudah nak cari kawan2 yang dah lama terpisah.
Mudah nak search and share information.
Mudah nak sebarkan berita.
Mudahnya nak buat promosi.
Dan macam2 lagi.

To all my bisnes partners di seluruh Malaysia, jom sama2 kita manfaatkan kemudahan yang ada.

Pada aku yang penting kena ada 2 perkara.
Keinginan untuk belajar.
Dan keberanian untuk mencuba.
InsyaAllah pasti berjaya.

Azhar
010-2207181

Rahsia Di Sebalik Solat

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Awal pagi tadi aku terbaca kat wall FB member aku, Faizah.
Agak menarik untuk dikongsikan.
Benda mudah yang mungkin ramai orang terlepas pandang termasuk diri aku sendiri.


Jom sama2 kita baca, fahami dan praktikkan.
Mudah2an dapat dijadikan pedoman dalam perjalanan hidup kita ke sana kelak.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Sunday, 27 May 2012

Aku, Anak & Isteri

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.
Salam Hujung Minggu.

Apa aktiviti anda di hujung2 minggu macam ni??
Harap2 enjoy semuanya.

Tengahari tadi aku dengan anak isteri ke Serdang.
Ada kenduri kahwin.
Bestfriend wife aku sejak zaman sekolah lagi.
Merangkap bisnes partner aku.
SSM Naziah.
Kerja kat UPM.

 Wife aku & mempelai.

Tahniah Naz & suami.
Semoga silaturrahim antara kalian berkekalan selamanya.
Saya dan isteri doakan agar Naz kekal bahagia dunia akhirat.
Cepat2 dapat anak ye.
Rezeki paling berharga tu.
Aidil pun memang tengah cari member tu. Hehehe.
Dan yang paling penting honeymoon kat Paris ye??
Land of Romance.

Wife aku yang paling happy.
Dapat jumpa ramai member2 sekolah dia.
Yang aku kenal 2 orang je.
Rohaiza & Shidot (nama glamour).
Yang lain aku tak berapa kenal.
Lupa nak ambil gambar.

Selesai kenduri aku terus ke The Mines.
Saje nak pergi Pameran Buku.
25 Mei sampai 3 Jun.
Jalan jem tak hengat.
Parking pun penuh.
Orang Malaysia ni memang kebanyakannya ulat buku agaknya.
Alang2 sampai The Mines, aku pun jalan2 la layan anak isteri.
Masa aku tengah solat zohor kat sebelah tempat boling tu,
Aidil sibuk tarik wife aku nak main boling.
Aku layan je la.

Layan dia main 1 frame je.
Buat syarat.
Jerit je lebih.
Main tak seberapa pun.

Masa untuk window shopping.
Wife aku punya permintaan.
Harini spend masa dengan family katanya.
Esok dia dah tahu jadual aku penuh sampai malam.
Kiranya esok masa untuk akademi taipan la.

Habis tawaf The Mines, wife aku ajak pergi Jusco pulak.

Mula2 kata nak tengok2 je.
Bila tengok diskaun sampai 70% terus tak jadi tengok.
Baju raya Aidil katanya.
Puasa pun belum lagi.
Puasa tahun lepas pun tak habis ganti lagi. Hehehe.

Aidil pun sibuk nak pilih baju sendiri.

Tengok beg pulak.
Tapi memang betul tengok je la kali ni.
Dia tak beli pun.
Jimat katanya.
Pecah rekod la kali ni dia langsung tak beli apa2 untuk diri sendiri.
Aku pulak yang dapat.
Wife aku belikan hadiah harini.
TQ very much my dear.
Rezeki aku la dapat seluar jeans 2 helai.
Yang beli minggu lepas tu pun baru pakai berapa kali je.
Apapun Alhamdulillah rezeki Allah.

Ini yang buat aku confius ni.
Pink lagi.
Takkan nak bagi Aidil pakai pulak.
Baby dalam perut tak keluar lagi.
Sekali keluar tak sama dengan apa yang doktor cakap baru berakal nanti.

Aidil lagi.
Tadi Polo.
Ni Baby Kiko pulak.
Yang ini untuk hari raya kedua katanya.
Aku senyum je.
Dalam hati dah tahu rasanya masa tu tengah beraya kat hospital je. Hehehe.

Thats all for today.
Esok masa untuk gempur.
G10.
G15.
Umrah , London & Paris.
Siapa minat boleh call.

Azhar
010-2207181

Bersama AT 181

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Flashback lagi.
Hari rabu lepas.
Tengok gambar terus teringat nak share. Hehehe.
Lepas kerja terus shoot pergi Presint 16.
Jumpa Abg Nasir & CC Ayub.
CC Hamid pun patut ada sekali tapi dia ada kerja pulak nak kena settle last minute.

Kongsi ilmu.

Mereka berdua baru je kenal seminggu dua tapi akrab macam dah kenal lama.
Inilah sebenarnya antara keseronokan bersama Akademi Taipan 181.
Kelebihan bersama akademi.
Rakan2 baru sentiasa bertambah.
Malah boleh dikatakan hari2 bertambah.
Contact number kat hp kadang2 sampai dah tak ingat yang mana 1. Hehehe.

Ramai kat luar sana kata takut nak buat bisnes sebab nanti kawan2 lari.
Pada aku tanggapan tu tak betul.
Kita je yang rasa macam tu.
Niat kena betul.
Share peluang untuk bantu kawan2.
Baru la rasa seronok nak buat.
Takde stress.
Kalau untuk kepentingan diri je macam mana nak kekal lama.

Ramai orang tercari2 peluang menambah pendapatan.
Kat sini la sebenarnya pentingnya akademi.
Platform dah ada.
Bimbingan pun sentiasa ada.
Tinggal nak atau tak nak je berubah.
Kami di akademi tak pernah paksa.

Ayub bersama Roscani nya.

Sambung balik cerita CC Ayub tadi.
Tak sampai 2 minggu bersama akademi, alhamdulillah rezeki mencurah2.
Baru je dapat bonus lebih kurang RM5,000.
Khabarnya wife pun dapat bonus jugak.
Berapa aku tak pasti.
Dapat lagi free gift jam tangan Roscani bernilai lebih RM500.
Tahniah SM Ayub.
InsyaAllah bakal SSM Ayub.
Teruskan perjuangan.
Bertemu kita di London & Paris.

Azhar
010-2207181

Takut Air

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tahniah Aidil.
Tahniah anak abah.
Akhirnya dah berani.
Sebelum ni punya la penakut.
Kena air je dah melalak.

Sabtu lepas masa kat PD.
Aku bawa Aidil mandi kat sini.
Baru je tengok dari jauh dia dah menjerit2.
Pijak pasir pantai pun takut.
Aku paksa jugak.
Tengok ombak datang je dia dah lari dulu.
Tapi bila dia dah tergolek sekali basah kuyup terus dia naik syok.
Paling dia suka masa ombak datang belasah dia.

Bila dah syok mandi, terus dia taknak naik.
Menangis2 la bila aku dukung dia ajak balik.
Tak puas mandi lagi agaknya.
Tapi nak maghrib dah masa tu.
Nak tak nak kena naik jugak.
Ada rezeki nanti datang lagi.

Tahniah anak abah sebab dari takut dah jadi berani.
Betul kata trainer2 di Akademi Taipan.
Bila kita takut, kita kena kejar ketakutan tu.
Kalau tak sampai bila2 kita tetap takkan berani.

Azhar
010-2207181

Saturday, 26 May 2012

2 in 1

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tengahari tadi aku ada appointment di Summit USJ.
Wife aku punya member.
Dia berminat nak pakai Premium Beautiful (PB).

Disebabkan traffic light menghala ke Summit tu jem teruk, terus tukar plan.
Jumpa kat Restoran Cina Muslim USJ9.
Dia yang cadangkan jumpa kat situ.
Sementara tunggu dia sampai kami belasah la makan dulu.
1st time wife aku sampai situ.
Selalu aku tapau je.

Bisnes time.
Wife aku explain pasal PB.
Aku layan Aidil.
Bila dia minat nak beli, aku suggest la dia beli 2 set.
Senang nak basuh.
Dia kata mana ada duit.
Bila aku cakap akademi boleh bagi pakai free je.
Next moonth boleh dapat duit lagi RM6,000.Mula2 dia tak percaya.
Bila aku dah explain terus tak berkelip2 mata dia.
Tambah pulak dengar dapat pergi London & Paris.
Apa salah mencuba katanya.

Mudah2an semuanya akan berjalan dengan lancar.
InsyaAllah.

Selesai tu aku saje lalu kat stokis kejap.
Memang rezeki la buka pulak.
Sempat rembat JTX 1000 dan Tabung A Bio Aura.
Customer kirim.
Aku pun ada beli jugak barang lain untuk pakai sendiri.

Spirulina Blackcurrant dan Garam Buluh

Spirulina untuk anak aku.
Dan 1st time beli Garam Buluh untuk masak punya.
Selalu aku beli untuk minum je.
Ini pun aku ikut nasihat mentor aku, Abg Din.
Dia kata kalau minum aku sorang je yang minum.
Kalau masak, 1 family makan.
Itu lebih penting.
TQ sifu.

Dah alang2 sampai USJ, aku singgah jugak la Summit USJ.
Jalan pun dah tak jem masa tu.
Jumpa bisnes partners aku yang kerja kat dalam tu.
Abg Karim and the group.
Kebetulan frame cermin mata aku patah, terus singgah Focus Point.
Bisnes partner aku Sitti kerja kat situ.
Dia kata dah tak boleh nak repair.
Kena tukar frame baru.

Free gift

Anyway, TQ Sitti for the special promotion.
Beli frame baru macam2 aku dapat.
Tapi sorry tak dapat lepak lama sebab ada appointment lain kat Kajang.

Pukul 4.30 petang aku sampai Kajang.
Sebelah Metropint.
Nama Restoran Mamak tu aku tak ingat.
Aku mendemo dan didemokan. Hehehe.
Wife aku pulak handle Aidil sambil shopping barang2 baby katanya.
2 in 1.
Dekat pukul 6 lebih baru wife aku selesai.
Berjanggut aku tunggu.
Tahu2 penuh 1 bonet kereta.

Masuk je kereta Aidil terus pengsan tak ingat dunia.
Sampai rumah pun masih tak sedar2 lagi.
Enjoy betul dia dan mama dia agaknya.

Apapun syukur alhamdulillah.
Hari ni berjalan seperti yang dirancang.

Azhar
010-2207181

Kerja & Makan

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

18 - 20 Mei baru2 ni aku berkampung kat Port Dickson.
Ada kursus kat Hotel Seri Malaysia.
Alang2 tu bawa anak isteri sekali.
Lepak2 tukar angin kat sana.

Kalau ikutkan kursus tu agak heavy jugak la.
Maklumlah weekend pun masih mengadap kerja.
Prosedur kerja.
Tapi pada aku ok la.
Still santai jugak.

Itu dari segi kursus.
Bab makan pulak. Hehehe.
Pada aku makan agak "kureng" la kat hotel tu.
Aku tengok ramai jugak member2 opis duk belasah makan kat luar.
Aku pun merupakan salah seorang dari mereka la. Hahaha.

Breakfast luar.
Dinner or supper pun luar.
Lunch je tak keluar sebab cuaca panas dan masa agak suntuk.
So anak isteri aku pun makan kat hotel je.

Nasi Lemak Ayam

Menu breakfast Sabtu tu.
Saje try.
Kira ok la.
Wife aku try lontong.
Anak aku seperti biasa roti canai.
Gambar lupa nak ambil.

Ikan Siakap 3 Rasa

Ikan Pari Bakar

Supper Time

Inilah antara menu kami malam minggu tu.
Ada jugak menu2 lain yang aku tak teringat nak ambil gambar.
Dah lapar sangat agaknya.
Sampai pukul 1 pagi kami masih kat sini.
Siang cerita kerja.
Malam cerita bisnes pulak.

Makanan kat restoran ni memang superb.
Sedap la.
Ikan pun fresh.
Dan yang paling mengejutkan harga murah.
Kalau kat tempat lain tak dapat rasanya harga macam tu.

Ini je antara gambar yang ada.
Yang takda gambar tak payah la cerita. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Bukan Rezeki

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Saje nak flashback balik cerita jumaat sebelum aku bertolak ke PD petang tu.
Aku ke The Mines dulu.
Sebelum tu dah pergi Giant dan Jaya Jusco.
Cari charger notebook dan netbook aku.
Malangnya semua tempat aku pergi tapi tak jumpa.
Berjam2 jugakla mencari.

Yang aku beria2 mencari tu bukan apa.
1st sebab memang aku nak guna netbook.
Susah kat PD tu kalau takda netbook.
Banyak kerja nak kena buat.
2nd sebab anak aku pun ikut sama ke PD tu.
Dia kalau tak dapat layan video2 dia kat notebook tu tak sah.
Mahu habis 1 hotel tu dikemasnya nanti.

Tapi dah memang bukan rezeki la.
Bagai nak gila cari pun tak jumpa jugak.
Akhirnya tawakal je pergi PD.
Aku ok la sebab ramai je member2 opis yang bawa notebook.
Anak aku kat hotel pun kira ok la.
Layan je la suara mama dia menyanyi.
Sama je macam dia tengok notebook. Hehehe.

Dalam kehidupan memang macam tu la.
Bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat.
Tapi dalam kes ni sekurang2nya aku dah usaha untuk dapatkannya.
Walaupun tak dapat, aku puas hati sebab aku dah usaha.
Berbeza kalau aku langsung tak usaha.
Mulut kata "bukan rezeki aku la."
Tapi hati kata "kalau aku cari silap2 boleh jumpa."

Moral of the story.
Lebih baik banyak usaha daripada banyak fikir.
Sebab masa yang bergerak tetap sama tak kira kita sedang berusaha atau sedang berfikir.

Wallahualam.

Azhar
010-2207181

Ole2 Bandung

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah banyak benda yang dapat diselesaikan harini.
Kerja di opis selesai.
Kerja akademi pun selesai.
Esok buka buku baru.
Cerita baru.
Perjuangan baru.

Hari jumaat yang menenangkan.
Kat opis pun tenang dan aman je.
Langsung takde gangguan.
Kalau hari2 macam ni kan bagus.
Baru semua orang rasa enjoy nak kerja.

Tengahari tadi lunch and solat jumaat kat Dengkil.
TQ to my bisnes partner, Syed yang ambil aku kat opis tadi.
Lunch kat port biasa.
Sambil makan sambil sembang bisnes.
JTX JTX dan JTX.
Betul2 dah pecah market.
Syed share pasal JTX.
Cara nak market.
Aku pulak share pasal cara gandakan income dengan JTX.
Apa lagi kalau bukan pakej.
Memang hangat.
Makanan yang dah sejuk pun terasa hangat. Hehehe. 

Solat pun kat port biasa.

Antara jemaah sebelah luar.
Aku port sebelah luar je tadi.
Dalam dah penuh.
Pukul 1.45 dah habis solat.
Agak cepat kalau nak dibandingkan dengan tempat2 yang lain.

Petang lepas kerja aku terus pergi jumpa member bank.
Janji nak jumpa pukul 6 tapi terlewat sikit.
Baru nak gerak dari opis, tiba2 big big big bos panggil mengadap.
Pukul 6.30 baru aku sampai McD.
Nasib la member tu ada lagi.
Jumpa sebab nak minta form je.
Form kat aku pun dah habis.
Macam goreng pisang panas jugak. Hehehe.
Dah alang2 jumpa tu macam2 jugak la borak.

Malam tadi lepak rumah je.
Kakak aku datang bawa ole2 dari Bandung.
Baru sampai Malaysia kelmarin.
Macam2 dia bagi.
Aidil dapat.
Wife aku dapat.
Aku pun dapat.
TQ kak.
Lain kali pergi la lagi. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Friday, 25 May 2012

Out of Stock

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Cerita malam selasa lagi.
CC Ayub dapat buyer PB.
Cash 2 set.
Terkejut jugak aku macam mana dia ukur.
Rupanya isteri dia memang otai dalam bab ukur mengukur PB ni.

Aku tolong punch kat stokis.
Malangnya ada saiz yang dah habis.
Angie cakap kat HQ pun stok habis.
Kena order and tunggu sikit.
Nanti stok dah sampai dia inform.

Wahh hebat penangan PB.
Sana sini orang bercakap pasal PB.

Kalau ada yang nak try boleh call aku or wife aku.
Wife aku lagi expert.

Ada yang tanya PB tu apa??
Premium Beautiful.

Azhar / Amy
010-2207181 / 016-3318173

Tauke JTX 1000

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Just nak share cerita malam selasa baru ni.
Seperti biasa aktiviti aku ke USJ Taipan.
Ada BOP Akademi Taipan 181.
Semakin hangat.
Semakin ramai yang hadir.
Maklumlah semua tengah excited nak terbang ke Londan & Paris.

Bisnes Partner aku, Syed

Dah jadi tauke besar JTX 1000 sekarang.
Nama Syed dan JTX 1000 memang tak dapat dipisahkan.
Semakin menjadi2.
Semakin ramai yang mencari2.
Semakin ramai yang tertanya2 tentang JTX 1000 ni.

1 kotak JTX 1000

Tuu dia.
1 kotak terus dia borong.
Tak sampai sehari dia dah sms aku.

"Beb ko ada stok JTX lagi tak.
Aku nak pakai urgent ni 2 botol.
Member aku nak harini jgk.
Stok aku dah habis."

Itulah penangan Syed.
Tengahari tadi aku sempat lunch dan solat jumaat dengan dia.
Banyak benda yang aku belajar dari dia harini.
Macam mana dia boleh pecah market dalam masa yang singkat.
Memang hebat.
Tahniah beb.
Khabarnya minggu depan nak beli lagi 5 kotak.
20 botol la gamaknya.
Dah ramai sangat yang tanya.

Itu baru cerita pasal JTX.
Belum cerita pasal PB lagi.
Akan diceritakan di entry akan datang.
Tungguuu!!!! Hehehe.

Azhar
010-2207181

Selamat Kembali

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur alhamdulillah kerana masih berpeluang menulis di sini.
Laptop dan netbook dah kembali sembuh.
Lebih dari seminggu la benda2 ni bagai terkulai layu di tasik madu. Hehehe.

InsyaAllah.
Lepas ni aku akan kembali menulis seperti biasa.
Rasa macam tak syok pulak bila sehari tak menulis.

Apapun terima kasih kepada sahabat2 yang sudi bertanya khabar.
Ada jugak yang tanya kat facebook mana menghilang??
Kenapa lama tak update blog??
Wife dah bersalin ke upload la gambar?? Hahaha.
Thanks guys.
Teruskanlah membaca.
Mudah2an ada benda yang bermanfaat untuk dipraktikkan.
Yang tak berapa baik, aku minta maaf.
Sekadar luahan hati dan perkongsian pengalaman yang tak seberapa.

Azhar
010-2207181

Monday, 21 May 2012

Charger Punya Pasal

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Apa khabar sahabat2 pembaca??
Dah lama rasanya aku tak update blog ni.
Pagi ni bila buka blog rakan2 seperjuangan, aku tengok link aku kat tepi tu 4 days ago.
Hahaha lama tu.

Bukan takde benda nak share.
Banyak sebenarnya.
Cuma ada sikit masalah teknikal.

Isnin lepas charger laptop aku kong.
Still boleh pakai netbook.
Selang berapa hari lepas tu charger netbook aku pulak kong.
Semuanya disebabkan masalah wiring kat rumah aku.
Terus dua2 tak boleh pakai sekarang.

Jumaat lepas sebelum gerak ke PD, aku dah pusing 1 The Mines cari charger baru.
Tapi semua tempat takde stok.
Last2 aku order je dari PJ.
Minggu ni baru dapat.

Mudah2an semuanya akan berjalan dengan lancar.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181



Thursday, 17 May 2012

Stok Garam Buluh

Pagi ni baru tersedar stok garam buluh kat rumah aku dah habis.
Itupun isteri aku yang bagitahu tadi.
Tinggal 1 ni je.
Selalu sibuk dengan orang je, stok sendiri habis pun tak sedar. Hehehe.

Sebenarnya bukan apa.
Selalunya pagi2 isteri aku yang tolong bancuhkan.
Aku tinggal minum je.
Last week lagi dia dah remind aku.
Aku yang terlupa.
Maklumlah faktor usia.
Jawabnya harini kena pergi beli lagi la.
Lagipun memang nak kena pergi stokis.
Ada member nak PB 2 set.

P/S : Sehari tak kena Garam Buluh rasa macam tak je lengkap hari tu. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Di Ambang Maut

Assalamulaikum.
Salam Sahabat.

Jam sekarang dah pukul 5.20 pagi.
Mata ni macam tak boleh nak lelap balik.
Tiba2 rasa macam nak share 1 cerita yang aku terbaca minggu lepas.
Penuh iktibar kalau kita betul2 menghayatinya.

Kisah tentang seorang usahawan dengan malaikat.
Pada suatu hari, seorang usahawan yang sangat berjaya telah terjatuh di bilik mandi.
Akhirnya beliau disahkan lumpuh 1 badan.
7 malam terlantar di ICU, masih tiada tanda2 positif.
Dan pada malam tu, beliau didatangi seorang Malaikat dalam dunia Rohnya.

Malaikat memulakan bicara..
"Kalau dalam waktu 24 jam, ada 50 orang yang berdoa buatmu, maka kau akan hidup.
Tapi jika sebaliknya, itu bererti kau akan meninggal dunia."

Dengan yakin beliau menjawab..
"Kalau hanya mencari 50 orang, itu mudah saja".
 
Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang semula 1 jam sebelum waktu yang dijanjikan.

Tepat pukul 11 malam keesokannya, Malaikat tersebut kembali semula.
Dengan yakin beliau bertanya kepada Malaikat..
"Adakah esok pagi aku sudah pulih?
Pasti ramai yang mendoakan aku.
Aku usahawan berjaya.
Aku punya lebih dari 2000 orang pekerja.
Kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan sesuatu yang sukar".

Dengan lembut si Malaikat berkata..
"Anakku, aku sudah berusaha mencari suara hati yang berdoa buatmu.
Tapi hingga saat ini hanya 3 orang sahaja yang berdoa buatmu.
Sementara waktu untukmu hanya tinggal 60 minit sahaja.
Rasanya mustahil kalau dalam masa terdekat ini ada 47 orang yang berdoa buatmu".

Si Malaikat terus menunjukkan layar besar umpama TV siapakah sebenarnya 3 orang yang berdoa itu.
Di layar itu terlihat wajah duka isteri dan 2 orang anak kecil yang sedang berdoa dengan khusyuk.
Jelas kelihatan titisan air mata membasahi pipi mereka.

Kata Malaikat..
"Aku akan memberitahumu, kenapa Allah suka memberikanmu peluang kedua.
Itu kerana doa isterimu yang tidak henti2 berharap agar kamu segera sembuh".
Si isteri terus berdoa..
"Ya Allah, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik.
Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami.
Aku tahu dia tidak jujur dalam pernigaannya.
Dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk menunjuk2 semata2.
Tapi Ya Allah, tolong pandang anak2ku yang telah Engkau kurniakan.
Mereka masih memerlukan seorang ayah.
Dan aku tidak mampu membesarkan mereka seorang diri".
Biarpun setelah isterinya berhenti berdoa, namun air matanya semakin deras mengalir di pipinya.

Melihat peristiwa itu, tanpa disedari air mata beliau pun mengalir.
Timbul rasa kesal yang amat dalam.
Selama ini dia bukanlah suami yang baik dan ayah yang boleh menjadi contoh bagi anak2.
Dan malam ini baru dia sedar betapa besar cinta isteri dan anak2 kepadanya.

Masa terus berjalan.
Hanya tinggal 10 minit lagi.
Melihat masa yang makin suntuk, semakin menangislah usahawan tadi.
Penyesalan yang sungguh luar biasa tapi malangnya semua sudah terlambat.
Tak mungkin dalam masa 10 minit ada 47 orang yang akan berdoa untuknya.
Dengan nada cemas dia bertanya..
"Apakah tiada antara pekerja2ku, sahabat2ku, rakan2 bisnesku, saudara mara ku yang berdoa buatku?"

Jawab si Malaikat..
"Ada beberapa yang berdoa buatmu tapi mereka tidak ikhlas.
Bahkan ada yang mensyukuri penyakitmu itu.
Itu kerana selama ini kamu sombong, ego dan bukan pemimpin yang baik.
Bahkan kamu sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah".

Si usahawan tertunduk lemah dan pasrah.
Malam ini adalah malam terakhir buatnya.
Dia minta waktu seketika untuk melihat anak dan isterinya buat kali terakhir.
Air matanya bertambah deras melihat anak2 dan isterinya tertidur di sisinya.

Ketika jam menunjukkan pukul 12 malam, tiba-tiba si Malaikat berkata..
"Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu.
Kau tidak jadi meninggal dunia kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 12 malam".

Dalam kehairanan dan tidak percaya, beliau bertanya siapakah 47 orang itu?
Sambil tersenyum Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi beberapa bulan lepas.

Bukankah itu Rumah Anak Yatim? Kata si usahawan..

"Benar anakku, kau pernah memberi bantuan kepada mereka beberapa bulan yang lalu.
Walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk menunjuk2 dan untuk menarik perhatian orang ramai".

"Pagi tadi, salah seorang anak yatim tersebut terbaca tentang kamu di akhbar.
Setelah melihat gambar, dia yakin usahawan itu adalah kamu.
Orang yang pernah menolong mereka.
Dan akhirnya anak-anak yatim di situ sepakat berdoa buatmu.
Bersyukurlah kerana kamu masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia yang sementara ini".

Moral yang kita boleh dapat dari kisah di atas :
1) Doa sangat besar kuasanya.
Tiada batasan kerana kita sentiasa boleh berdoa walau di mana dan tak kira masa.

2) Jika kita tiba2 teringat seseorang sahabat lama / keluarga, maka berdoalah buat mereka.
Mungkin juga di saat kita mengingatinya, dia sedang memerlukan bantuan doa kita.

3) Disaat kita berdoa untuk orang lain, kita mampu mendapat kekuatan baru dan menyedari kebesaran Allah di atas setiap yang berlaku.

Wallahualam.

BOP - USJ Taipan

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Sambungan entry sebelum ni.
Selasa, 15 Mei 2012.

Macam biasa la masa kat opis dah tentu busy dengan kerja.
Dah la busy, ditambah pulak benda2 yang tak sepatutnya lagi la busy.
Tapi takpe la malas nak cerita panjang.

Petangnya aku ke Bdr Baru Bangi.
Ada urusan masa depan sikit. Hehehe.
Selesai tu ke Restoran Bintang Bistro pulak.
Jumpa member BR.
Setting apa2 yang patut.
Dah lama tak deal dengan BR.

Malam pulak aku ke USJ Taipan.
Bonus Night buat warga Akademi Taipan 181.
Hadiah jam tangan Roscani pun diserahkan pada mereka yang diraikan.
Untung la mereka.
Dah la dapat bonus.
Paling kurang pun RM4,500 khabarnya.
Dapat jam lagi.
Dapat bergambar dengan jutawan2 lagi.
Memang untung la.
Conform malam tak nyenyak tidur.

Aku sampai awal malam tu.
Lepak Restoran Cina Muslim dulu.
Dah plan dengan Abg Nasir ada discussion sikit.
Tapi sebelum tu sempat pergi beli Garam Buluh 400 gram dulu kat stokis.
Kali ni bukan untuk minum tu.
Tapi untuk masak punya.
Bos besar kirim.
Ramai betul orang tanya Garam Buluh sekarang ni.
Benda bagus agaknya tu yang ramai cari.

Suasana kat akademi betul2 hangat malam tu.
Otai2 dari Penang pun turun.
Pada aku paling mantap masa DDM Shukri sharing.
Penuh semangat.
Cara cakap memang saling tak tumpah macam tokoh politik yang berjaya.
Masa hujung2 tu ada macam Ustaz Don sikit. Hehehe.
Memang best.
Rugi la siapa tak datang.

Sekarang ni tengah hangat pasal pakej melancong ke London & Paris.
Siapa teringin nak join calling2 la.
Melancong free memang rugi kalau tak ambil peluang.

Azhar
010-2207181


Wednesday, 16 May 2012

Aku Tanpa AT 181

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Isnin, 14 Mei 2012.
Aku cuti. Hehehe.
Ada urusan family + peribadi sikit.
Pukul 2 lebih baru selesai.
Rehat2 kejap lepas tu petang keluar balik.
Ada bisnes appointment kat Restoran Wong Solo, Bangi.
Malam pulak ke Mr Kabab & Beryani, Putrajaya.
Dinner dengan anak, isteri dan kakak aku.

Demo petang tu berjalan dengan lancar.
Macam2 benda jugak dia tanya.
Nak buat atau tak belakang kira.
Yang penting aku kena kasi dia betul2 faham.
Alhamdulillah positif.

Dia ada tanya aku ok ke bisnes dengan akademi taipan??
Best ke??

Pada aku memang enjoy la.
Boleh hilang stress kat opis.
Aku tak dapat bayangkan kalau aku tak buat bisnes ni.
Pagi pergi kerja.
Pukul 1 rehat.
Petang sambung kerja.
Pukul 5 balik rumah.
Spend masa dengan family sampai malam.
Weekend pun dot dot dot.
Mungkin itu la life aku.

Tapi kenapa aku tak pilih life yang macam tu??
Allah Maha Mengetahui.
Ada matlamat yang harus aku perjuangkan.
Bukan sekadar kepentingan di dunia malah untuk akhirat kelak.
Itu janji aku.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181


Selamat Hari Guru 2012


16 Mei 2012.
Selamat Hari Guru.

Terima kasih guru.
Terima kasih cikgu.
Terima kasih pendidik.
Terima kasih kepada mereka yang mencurah ilmu demi agama, bangsa dan negara.
Jasa mereka memang tiada bandingan.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik mereka.

Masa di bangku sekolah, aku rasa terhutang budi pada semua cikgu.
Masa di universiti, aku rasa terhutang budi pada semua pensyarah.
Masa di pejabat, aku rasa terhutang budi pada bos dan rakan2 sekerja yang memberi tunjuk ajar.
Masa di akademi taipan, aku rasa terhutang budi pada semua trainer yang tak jemu2 membimbing.

Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan.

Ya Allah yang Maha Pengampun.
Aku mohon kau ampunilah dosa2 guru2ku.
Kau kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan buat mereka dan keluarga mereka.
Amin.

Selamat Hari Guru

Azhar
010-2207181

Monday, 14 May 2012

Umrah, London & Paris

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Berita baik untuk di war2kan.
Khususnya untuk semua rakan niaga aku dalam Akademi Taipan.
Dan am nya buat semua rakan2 pembaca sekalian.

Destinasi seterusnya bersama Akademi Taipan.
Umrah, London & Paris.
1 Mei dah mula.
Wisel penamat lambat lagi.
Ada 4 bulan untuk kita sama2 usaha.
Tapi jangan tunggu last minute baru nak usaha.
Kita pulun dari sekarang.
InsyaAllah impian akan jadi kenyataan.

Umrah, London & Paris.
Mana 1 jadi pilihan aku??

Paris aku dah pernah pergi selepas beberapa bulan bersama akademi.
Pergi berdua lagi honeymoon dengan wife aku.
Umrah aku dah pernah qualified.
Masa tu sekali dengan Switzerland.
Tapi aku jual tiket sebab ada masalah kesihatan sikit masa tu.
London memang aku tak pernah pergi dan tak pernah qualified.

Semua destinasi menarik.
Tambah pulak free of charge.
Rugi siapa tak nak.
Tapi kali ni kalau aku for sure aku akan choose Umrah.
InsyaAllah.

Kalau ada yang berminat boleh la call/sms aku.
Pintu sentiasa terbuka.
Peluang datang tanpa dijangka.
Jika anda salah seorang yang tengah baca ni, bererti peluang dah terhidang di depan mata.
Terpulang pada anda.

Gambar kenangan di Kota Paris

Azhar
010-2207181

William Corner

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Sempena hari ibu semalam aku dan family sebelah wife pergi keluar makan2.
Lokasi kali ni William Corner kat Kelana Jaya.
Selama ni aku selalu dengar orang cerita je.
Ni kali pertama aku sampai.

Aidil tak sabar2 tunggu makanan.

2 beranak ni sempat posing lagi.

Antara ibu yang diraikan.
Ibu kepada anak aku.
Ibu kepada isteri aku.

Yang baju belang ni otai.
Abg Fendi.
Dia yang introduce tempat ni.
Sambung berapa meja ni.
Ni pun ada lagi 2 family tak dapat join.
Kalau tak lagi panjang la.

Nah amik tembikai laici.
1 gelas ni rasanya 3 orang boleh minum.
Dah macam 1 jug la.

Ni air apa entah aku tak ingat nama.
Tapi sedap la.
Macam2 sayuran ada dalam tu. Hehehe.
Buah pun penuh.
Memang puas hati.

Nasi gorang ketam.
Pinggan pun besar gila.
Nampak gambar macam kecik tapi kalau real besar kuali la.
2 family boleh hadap ni.
Bukan setakat ketam je.
Selak nasi nampak udang pulak dalam tu.

Seafood Spaghetti.
Tengok pun dah tahu.
Macam2 jenis seafood ada dalam tu.

Yang ni apa nama aku tak pasti.
Tapi antara yang menjadi sasaran aku la.
Daging masak apa entah.
Memang sedap.

Ni daging kambing.
Nama pun aku tak pasti.
Yang penting sedap.
Yang bestnya bila order ni pakej dengan nasi arab.
Nasi arab tu dia bagi free je.
Nak tambah berapa kali pun boleh.
Tak payah bayar pun nasi arab tu.
Makan la sampai lebam.

Tengok tu licin.
Tersandar semua lepas makan.

Aidil tak sah kalau tak kena susu dia tu.
Charge tenaga untuk beraksi semula.
Member sebelah pun sengih je.
Aku pun khusyuk je dengan hp tu apa kes??
Biasa la makan2 jugak, bisnes mesti mahu mari.

Dah start beraksi.
Air pulak dia belasah.
Minumnya sikit je.
Eksyen je lebih.

Penutup.
Dessert.
Nama pun aku tak pasti.
Dia bagi free je 3 pinggan.
Sebab kos perbelanjaan telah menepati piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Hehehe.

Wajah2 yang diraikan.
Very colourful.
Semua warna ada.
Kalau tengok muka semua tak lari la masing2.
Boleh tahu adik beradik. Hehehe.

Apapun.
Selamat Hari Ibu.
Semoga menjadi ibu mithali.
Ibu yang taat perintah Allah dan taat pada suami.
Juga ibu yang terbaik buat anak2.
InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...