Saturday 26 May 2012

Bukan Rezeki

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Saje nak flashback balik cerita jumaat sebelum aku bertolak ke PD petang tu.
Aku ke The Mines dulu.
Sebelum tu dah pergi Giant dan Jaya Jusco.
Cari charger notebook dan netbook aku.
Malangnya semua tempat aku pergi tapi tak jumpa.
Berjam2 jugakla mencari.

Yang aku beria2 mencari tu bukan apa.
1st sebab memang aku nak guna netbook.
Susah kat PD tu kalau takda netbook.
Banyak kerja nak kena buat.
2nd sebab anak aku pun ikut sama ke PD tu.
Dia kalau tak dapat layan video2 dia kat notebook tu tak sah.
Mahu habis 1 hotel tu dikemasnya nanti.

Tapi dah memang bukan rezeki la.
Bagai nak gila cari pun tak jumpa jugak.
Akhirnya tawakal je pergi PD.
Aku ok la sebab ramai je member2 opis yang bawa notebook.
Anak aku kat hotel pun kira ok la.
Layan je la suara mama dia menyanyi.
Sama je macam dia tengok notebook. Hehehe.

Dalam kehidupan memang macam tu la.
Bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat.
Tapi dalam kes ni sekurang2nya aku dah usaha untuk dapatkannya.
Walaupun tak dapat, aku puas hati sebab aku dah usaha.
Berbeza kalau aku langsung tak usaha.
Mulut kata "bukan rezeki aku la."
Tapi hati kata "kalau aku cari silap2 boleh jumpa."

Moral of the story.
Lebih baik banyak usaha daripada banyak fikir.
Sebab masa yang bergerak tetap sama tak kira kita sedang berusaha atau sedang berfikir.

Wallahualam.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...