Wednesday 2 May 2012

Ada Hantu

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini.
Terima kasih kepada yang masih sudi membaca.

Awal pagi tadi aku lepak Hj Tapah Presint 15.
Lepak dengan Abg Rahman.
Rezeki nak datang lagi agaknya.
Tiba2 member Abg Rahman datang duduk meja sebelah dengan isteri dan anak dia.
Nama aku tak pasti.
Pembantu Am Pejabat kalau tak salah.
Member opis sebelah.
Abg Rahman kalau bab2 macam ni dia memang pakar la.
Tahu2 dah set appointment untuk jumpa jumaat ni.
Nak share pagi tadi tak boleh sebab dah nak pukul 8.30.
Waktu kerja dah nak bermula.

Lunch time dengan Abg Nasir pulak.
Terima kasih tuan sebab sudi amik kat opis.
Hujan terlalu lebat sampai tak berapa nampak jalan.
Tapi dalam nampak tak nampak tu sampai ke Jenderam jugak la kitorang. Hahaha.
Abg Nasir punya penangan.
Dah lama tak datang situ katanya.
Bertambah maju.
Warung makin besar, dulu kecik je.
Baru renovate hujung tahun 2011.
Alhamdulillah rezeki orang berniaga.
Dia tetap bertahan walaupun dah ramai yang kecundang.

Petang lepas kerja tadi aku ke Restoran Bintang Bistro pulak.
Jumpa member bank.
Agak lewat jugak la sebab aku keluar opis pun dah pukul 6 lebih.
Jumpa sekejap je sebab nak settlekan dokumen.

Malam ni aku free je.
Nak siapkan kerja sikit.
Kerja opis yang terpaksa bawa balik buat kat umah.
Nak buat kat opis malam2 tak berani sebab ada hantu. Hehehe.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...