Sunday 27 May 2012

Aku, Anak & Isteri

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.
Salam Hujung Minggu.

Apa aktiviti anda di hujung2 minggu macam ni??
Harap2 enjoy semuanya.

Tengahari tadi aku dengan anak isteri ke Serdang.
Ada kenduri kahwin.
Bestfriend wife aku sejak zaman sekolah lagi.
Merangkap bisnes partner aku.
SSM Naziah.
Kerja kat UPM.

 Wife aku & mempelai.

Tahniah Naz & suami.
Semoga silaturrahim antara kalian berkekalan selamanya.
Saya dan isteri doakan agar Naz kekal bahagia dunia akhirat.
Cepat2 dapat anak ye.
Rezeki paling berharga tu.
Aidil pun memang tengah cari member tu. Hehehe.
Dan yang paling penting honeymoon kat Paris ye??
Land of Romance.

Wife aku yang paling happy.
Dapat jumpa ramai member2 sekolah dia.
Yang aku kenal 2 orang je.
Rohaiza & Shidot (nama glamour).
Yang lain aku tak berapa kenal.
Lupa nak ambil gambar.

Selesai kenduri aku terus ke The Mines.
Saje nak pergi Pameran Buku.
25 Mei sampai 3 Jun.
Jalan jem tak hengat.
Parking pun penuh.
Orang Malaysia ni memang kebanyakannya ulat buku agaknya.
Alang2 sampai The Mines, aku pun jalan2 la layan anak isteri.
Masa aku tengah solat zohor kat sebelah tempat boling tu,
Aidil sibuk tarik wife aku nak main boling.
Aku layan je la.

Layan dia main 1 frame je.
Buat syarat.
Jerit je lebih.
Main tak seberapa pun.

Masa untuk window shopping.
Wife aku punya permintaan.
Harini spend masa dengan family katanya.
Esok dia dah tahu jadual aku penuh sampai malam.
Kiranya esok masa untuk akademi taipan la.

Habis tawaf The Mines, wife aku ajak pergi Jusco pulak.

Mula2 kata nak tengok2 je.
Bila tengok diskaun sampai 70% terus tak jadi tengok.
Baju raya Aidil katanya.
Puasa pun belum lagi.
Puasa tahun lepas pun tak habis ganti lagi. Hehehe.

Aidil pun sibuk nak pilih baju sendiri.

Tengok beg pulak.
Tapi memang betul tengok je la kali ni.
Dia tak beli pun.
Jimat katanya.
Pecah rekod la kali ni dia langsung tak beli apa2 untuk diri sendiri.
Aku pulak yang dapat.
Wife aku belikan hadiah harini.
TQ very much my dear.
Rezeki aku la dapat seluar jeans 2 helai.
Yang beli minggu lepas tu pun baru pakai berapa kali je.
Apapun Alhamdulillah rezeki Allah.

Ini yang buat aku confius ni.
Pink lagi.
Takkan nak bagi Aidil pakai pulak.
Baby dalam perut tak keluar lagi.
Sekali keluar tak sama dengan apa yang doktor cakap baru berakal nanti.

Aidil lagi.
Tadi Polo.
Ni Baby Kiko pulak.
Yang ini untuk hari raya kedua katanya.
Aku senyum je.
Dalam hati dah tahu rasanya masa tu tengah beraya kat hospital je. Hehehe.

Thats all for today.
Esok masa untuk gempur.
G10.
G15.
Umrah , London & Paris.
Siapa minat boleh call.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...