Tuesday 1 May 2012

Tirai Baru

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

1 Mei 2012.
Dah masuk bulan baru.
Sedar tak sedar 4 bulan dah berlalu.
Masa yang agak sesuai untuk muhasabah diri.
Apa yang kita dah lakukan sepanjang 120 hari yang lepas.
Apa yang kita dah buat untuk diri sendiri dan keluarga.
Untuk anak isteri kita.
Untuk ibubapa kita.
Untuk saudara mara kita.
Untuk jiran tetangga kita.
Untuk sahabat2 kita.
Untuk bangsa kita.
Untuk agama kita.
Dan yang paling penting untuk kehidupan kita.
Bukan sekadar kehidupan di dunia.
Yang lebih penting kehidupan di akhirat kelak.


Bila di fikir2 balik masih banyak lagi benda yang aku belum buat.
Masih banyak lagi janji yang belum tertunai.
Masih banyak lagi hajat yang belum termakbul.
Mungkin kerana aku belum cukup usaha.
Atau mungkin jugak kerana aku belum cukup berdoa.
InsyaAllah aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.

Buat warga Akademi Taipan 181 khususnya rakan2 niaga aku.
Masa lepas adalah pengalaman.
Masa depan adalah perjuangan.
Teruskan perjuanganyang belum selesai.
Jumpa kalian di Pentas Bukit Jalil 2012.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...