Wednesday 2 May 2012

Pelabur Emas Berputih Mata

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Ini tajuk berita dalam akhbar harian metro semalam.
Beribu2 mangsa tertipu dengan skim pelaburan emas.
Mereka mengamuk apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan,
adalah sandiwara pihak syarikat semata2.
Kebanyakan mangsa meminjam wang daripada ceti haram (along)
dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan tersebut.
Skim yang menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun.

Seramai 6,740 pelabur seluruh negara terlibat.
Nilai kerugian kira2 RM411.19 juta.
Kebanyakan pelabur sibuk mengemaskini akaun masing2 sejak kelmarin lagi
bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar ke dalam akaun mereka.

Apa nak buat benda pun dah jadi.
Mudah2an kita semua boleh ambil iktibar dari kejadian ni.
Nak buat apa sekalipun pastikan syarikat tu adalah syarikat yang betul.
Syarikat yang kukuh.
Itulah salah 1 faktor yang akademi selalu tekankan.
Kaji dulu jangan main belasah je ikut cakap orang.
Tambah pulak dengar keuntungan besar terus melabur.
Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...