Monday 14 May 2012

William Corner

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Sempena hari ibu semalam aku dan family sebelah wife pergi keluar makan2.
Lokasi kali ni William Corner kat Kelana Jaya.
Selama ni aku selalu dengar orang cerita je.
Ni kali pertama aku sampai.

Aidil tak sabar2 tunggu makanan.

2 beranak ni sempat posing lagi.

Antara ibu yang diraikan.
Ibu kepada anak aku.
Ibu kepada isteri aku.

Yang baju belang ni otai.
Abg Fendi.
Dia yang introduce tempat ni.
Sambung berapa meja ni.
Ni pun ada lagi 2 family tak dapat join.
Kalau tak lagi panjang la.

Nah amik tembikai laici.
1 gelas ni rasanya 3 orang boleh minum.
Dah macam 1 jug la.

Ni air apa entah aku tak ingat nama.
Tapi sedap la.
Macam2 sayuran ada dalam tu. Hehehe.
Buah pun penuh.
Memang puas hati.

Nasi gorang ketam.
Pinggan pun besar gila.
Nampak gambar macam kecik tapi kalau real besar kuali la.
2 family boleh hadap ni.
Bukan setakat ketam je.
Selak nasi nampak udang pulak dalam tu.

Seafood Spaghetti.
Tengok pun dah tahu.
Macam2 jenis seafood ada dalam tu.

Yang ni apa nama aku tak pasti.
Tapi antara yang menjadi sasaran aku la.
Daging masak apa entah.
Memang sedap.

Ni daging kambing.
Nama pun aku tak pasti.
Yang penting sedap.
Yang bestnya bila order ni pakej dengan nasi arab.
Nasi arab tu dia bagi free je.
Nak tambah berapa kali pun boleh.
Tak payah bayar pun nasi arab tu.
Makan la sampai lebam.

Tengok tu licin.
Tersandar semua lepas makan.

Aidil tak sah kalau tak kena susu dia tu.
Charge tenaga untuk beraksi semula.
Member sebelah pun sengih je.
Aku pun khusyuk je dengan hp tu apa kes??
Biasa la makan2 jugak, bisnes mesti mahu mari.

Dah start beraksi.
Air pulak dia belasah.
Minumnya sikit je.
Eksyen je lebih.

Penutup.
Dessert.
Nama pun aku tak pasti.
Dia bagi free je 3 pinggan.
Sebab kos perbelanjaan telah menepati piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Hehehe.

Wajah2 yang diraikan.
Very colourful.
Semua warna ada.
Kalau tengok muka semua tak lari la masing2.
Boleh tahu adik beradik. Hehehe.

Apapun.
Selamat Hari Ibu.
Semoga menjadi ibu mithali.
Ibu yang taat perintah Allah dan taat pada suami.
Juga ibu yang terbaik buat anak2.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...