Monday 30 January 2012

Superbike Spyder

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tengahari tadi aku dapat 1 sms dari sorang bisnes partner aku.
Dia nak ajak aku pergi tengok Superbike yang bakal dilancarkan 1 Februari ni.

Superbike Spyder.
Mempunyai reka bentuk menarik keluaran DRB Hicom.
Ada 2 variasi.
Spyder RT dan Spyder RS.

Antara ciri2nya :
Semi Automatik (boleh pandu manual atau auto)
Sistem Penstabil Kenderaan
Sitem Pandu Arah Global (GPS)
Kawalan Perjalanan Automatik (Auto Cruize)
Sistem Audio AM/FM Bersepadu
Ipod Supported
Kuasa pecutan hebat enjin berkembar V-Rotax 998cc

Menarik kan??
Berapa pulak harganya??
Antara RM108,000 hingga RM138,000.
Yang memang minat superbike mesti teruja.
Dalam Akademi Taipan pun dah ramai yang main Superbike sekarang.
Kalau ada yang minat jom kita ber"bike" beramai2.
Akademi akan pastikan impian anda utuk memiliki motorbike bakal tercapai.
InsyaAllah.

Sunday 29 January 2012

Pantai Remis

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Harini merupakan hari yang menyeronokkan.
Dapat luangkan masa pergi makan2 dengan family aku kat Pantai Remis.
Dah lama tak lepak2 macam ni.
Ini kali ke-2 aku makan kat situ.
Makanan sedap.
Fresh.
Dan harga berpatutan.
Bajet makan untuk 4 family biasanya tak lebih la dari RM250.
Makanan melambak2.
Makan sampai lebam.
Kadang2 siap boleh tapau lagi.
Environment pun menarik.

Apapun terima kasih kepada penaja makanan untuk harini
Tak lain tak bukan trainer Akademi merangkap kakak aku, Azlindawati.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan aku cepat2 dapat abg ipar. Hehehe.

Seperti biasa konvoi 2 kereta kembar Akademi Taipan 181.
Kakak aku bawa abg aku sekeluarga.
Aku bawa anak isteri dan kedua parents aku.

Sampai2 tadi terus order makanan dulu.
Macam2 ada pilih je.
Semuanya fresh2 belaka.

Boring pulak duduk je sementara tunggu makanan.
Aidil pun dah tak senang duduk bila nampak pantai.
Malangnya tak boleh nak mandi sebab air tengah surut.
So buat aktiviti lain la.
Aktiviti yang boleh mengurangkan duit. Hehehe.

Isteri aku sempat pekena Aiskrim Goreng lagi.

Si kecik aku ni bukan main eksyen lagi dia.
Nak jalan sorang2.
Tak kasi orang pegang tangan dia.
Mata liar je duk tengok kiri kanan apa benda yang dia berkenan.
Dia main tunjuk je.
Tukang bayar abah dan mama dia la.

Dalam banyak2 Upin Ipin yang dia pilih.
Cik Inda dia jugak yang belanja.
TQ Cik Inda.

Pada aku tempat ni memang okay la.
Semua benda ada.
Nak mandi pantai boleh.
Tempat permainan kanak2 ada.
Tandas dan surau pun ada.

Finally makan time.
Jom layan gambar2 makanan yang aku sempat snap.
Ikan Siakap Stim

Ikan Gegerut 3 Rasa

Udang Sambal

Udang Goreng Kunyit

Mentarang

My favourite, Kupang

Inilah antara yang kami sekeluarga makan tadi.
Sayur je terlupa nak order.

Syukur la rezeki harini.
Alhamdulillah kenyang sangat2.
Anak aku pun bukan main lazat lagi dia makan.
Sampai licin pinggan dia.
Sebutir nasi pun tinggal.
Nak kata lapar tak jugak.
Sebelum datang tadi dia dah makan McDonald dulu.
Licin semuanya.

Overall aku memang happy la tadi.
Lebih2 lagi bila tengok anak aku pun happy je.
Bukan main riang ria lagi dia ke sana ke sini.

Kalau panjang umur dan ada rezeki nanti boleh datang lagi.
InsyaAllah.

Suara Dari Langit

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Suara dari langit.
Hangat betul isu ni.
Sana sini duk bercakap benda yang sama.
Kat FB melambak2 orang post video ni.
Kat Youtube pun banyak.
Kat akhbar pun sama.
Akhbar tempatan dan luar negara.
Semua duk cerita benda ni.
Aku jumpa bakal rakan niaga kat Putrajaya tadi pun duk cakap isu yang sama.
Jiran sebelah rumah tadi pun duk tanya benda tu jugak.
Suara yang kedengaran di beberapa tempat di dunia termasuk Malaysia.


Betul ke tak tu aku pun tak tahu la.
Cuma aku memang dah tengok la video tu.
Benda2 macam ni memang orang boleh reka.
Tapi kalau betul2 jadi pun bukan 1 benda yang mustahil.
Allah Maha Kuasa.
Apa2pun boleh jadi.
Yang pasti kita semua kena sentiasa bersedia
tak kira la sama ada benda tu betul ataupun tak.

Akhbar Berita Harian harini pun ada tulis tentang isu ni.
Suara dari langit sekitar jam 1 hingga 5 pagi pada 11 dan 12 Januari yang baru lepas
telah menggemparkan penduduk2 Kota Samarahan.
Pakar2 dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sedang membuat siasatan.
Dan keputusannya dijangka akan diumumkan minggu depan.

Okay lah.
Sorry la tek sempat nak upload video tu sebab kesuntukan masa.
Aku pun nak keluar balik dah ni.
Nak pergi Hospital Serdang.
Lepas tu nak pergi makan2 dengan family aku kat Pantai Remis.
Kepada yang nak tengok video tu cari je kat Youtube sure ada.

Jemputan Raya Cina

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Malam tadi aku sempat ke rumah kawan isteri aku berbangsa cina.
Yang juga merupakan pelanggan tetap produk Garam Buluh.
Setiap kali nak beli Garam Buluh mesti dia minta aku yang belikan.
Ah Mei dan suaminya Ah Fock jemput kami datang sebab mereka ada buat makan2 sikit
sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Ingatkan ramai la yang datang rupanya kami 1 keluarga je yang dijemput.

Menu utama Mihun Goreng Pedas tak hengat (sebab dia ikut melayu punya selera).
Selain tu ada Ayam yang dibeli kat Ayamas.
Ada makanan2 ringan macam kacang, keropok, gula2, coklat dan macam2 lagi.
Dan tak ketinggalan Limau Manderin.

Last year menu utama dia Sushi.
Tekak kami pulak yang tak boleh nak telan. Hehehe.
Maklumlah orang kampung.
Tapi rasanya orang kampung sekarang pun dah advance.
Setakat sushi, steambot semua tu dah biasa sangat.

Anak aku ni mula2 malu2 kucing.
Bila dia dah dapat mood dia habis tak ingat dunia.

Dia dah mula geng dengan anak2 Ah Mei ni.
Ke sana ke sini dengan diorang.
Mentang2 la amoi2 belaka.

Makan coklat.

Dan makan lagi.
Bukan main khusyuk lagi Aidil duk makan coklat yang amoi tu bagi.
Sampai habis comot sana sini.
Bila mama dia amik dia mengamuk pulak.
Bagi makanan lain pun dia tak nak.
Sebenarnya aku kenal sangat anak aku ni.
Dia bukan suka sangat coklat2 semua ni.
Dia cuma suka sebab ada bekas macam tu yang dia boleh pegang dan buat main.
Ish ish perangai siapa la dia ikut ni.
Mesti perangai mama dia masa kecik2 dulu. Hehehe.

Actually banyak lagi gambar2 yang aku snap.
Tapi maaf la tak boleh upload atas sebab2 privacy.
Apapun TQ to Ah Mei dan suami.
Next year panjang umur jemput lagi ye.

Saturday 28 January 2012

Tips Untuk Bermula

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Awal pagi tadi aku ke Restoran Mamak apa entah namanya aku pun tak ingat.
Sebelah Apartment Rusella, Taman Equine.
Plan asalnya nak jumpa sorang hamba Allah ni.
Tapi last minute dia cancel pulak.
Dah alang2 aku tercongok sorang2 kat situ apa lagi cuci kereta la.
Sebelah je dengan tempat aku lepak tu.
Sambil tu pekena roti canai dan teh tarik layan jugak.

Kebetulan ramai pulak yang call aku masa tu.
Semuanya urusan bisnes la.
Member bank ada.
Rakan niaga baru dari Kuala Kangsar ada.
Rakan niaga lama dari Nilai pun ada.
Shahir dari Kuala Kangsar inform urusan dana dah selesai.
Dan ada kawan2 dari sana pun sibuk nak jumpa
untuk dengar sendiri peluang dalam Akademi.
Aku minta dia set esok je.
Nanti dia akan bagitahu balik.
Mudah2an jadi la.
Tapi kalau tak jadi pun aku memang dah ada agenda lain.
Kiranya esok memang full la.
Kak Azwa @ DSM Azwa dari Nilai pun ada call.
Tengah plan nak jumpa aku dalam masa terdekat ni.
Khabarnya rakan2 niaga dia kat sana pun ramai nak join sekali.

Punya la sakan borak tadi sampai aku tak sedar brader meja sebelah duk dengar je
apa yang aku borakkan.
Selang berapa minit lepas tu dia tegur aku.
"Cuti ke harini?
Kerja mana?.."
Bagaikan orang mengantuk disorong bantal,
aku pun layan je la.
Borak punya borak rupanya brader ni kerja kerajaan jugak.
Selasa lepas dia baru je dengar 1 bisnes yang agak menarik pada dia.
Dia ingat aku pun buat bisnes yang sama sebab tu la dia tegur aku.
Dia nak tanya betul ke bisnes tu ok.
Wallahualam.
Aku pun tak dapat nak bantu dia.

Pada aku nak buat apa2 bisnes 1st make sure kena ada ilmu dulu.
Siapa yang akan bagi ilmu dan dekat mana nak dapat ilmu tu.
2nd syarikat mesti kena betul2 kukuh dan dah lama bertapak kat Malaysia.
Kalau boleh usia dah lebih 10 tahun dan tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia.
Kalau nak buka syarikat sendiri pun boleh sebenarnya.
Tapi mana nak cari modal sampai ratusan ribu ringgit untuk bermula.
Nak create produk lagi.
Nak promote produk lagi.
Pada aku agak rumit la.
And 3rd definitely la kena ada support team yang kuat.
Sebab tu la aku pilih Akademi Taipan.
Banyak lagi faktor2 lain yang perlu diambil kira sebelum buat apa2 bisnes.
3 tadi ni antara yang utama je.
Kalau ada yang nak tahu lebih detail boleh la call/sms aku.
InsyaAllah aku akan berkongsi ilmu sekadar yang aku tahu.

Kepada brader Sham tadi fikir baik2 sebelum buat apa2 keputusan.
Kalau tak tahu jangan segan2 tanya je.
Aku doakan semoga dia buat keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga dia.

Tawaran Kerja

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Actually baru2 ni ramai kawan2 aku call dan sms.
Katanya ada post kosong kalau aku nak tukar environment kerja.
Kalau aku nak deal dengan orang2 baru.
Kalau aku nak belajar buat benda2 baru.

1 kat jabatan kerajaan yang tak jauh pun dari opis aku sekarang ni.
1 lagi jabatan kerajaan jugak tapi jauh sikit la dari opis aku sekarang.
Dan 1 lagi jabatan kerajaan jugak yang akan diperbadankan dalam masa terdekat.
Berbelah bagi jugak aku dibuatanya.
Nampak macam menarik.
Apa tidaknya peluang datang di saat2 macam ni kan?? Hehehe.

Puas aku fikir.
Berbincang pun sudah.
Dan akhirnya aku dah buat keputusan.
Aku dah decide tawaran mana yang aku nak pilih.
Jawapan muktamad takde talian hayat.
Antara tiga2 tu aku tetap pilih tawaran dari Akademi Taipan.
Peluang kerja yang Akademi sediakan.
Memang gaji tak tetap.
Cuma yang menariknya gaji berdasarkan usaha.
Usaha lebih dapat la lebih.
Usaha kurang maka kurang la hasilnya.
Tak perlu nak bodek membodek.
Tak perlu nak tindas menindas.
Tak perlu nak rebut2 pangkat.
Dalam Akademi mereka berlumba2 nak bantu aku untuk naik pangkat.
Mereka berlumba2 nak bantu aku untuk berjaya.
Hari2 bagi aku semangat dan motivasi.
Bukan sekdar bantu, malah mereka sanggup turun padang untuk bimbing aku.
Sentiasa bagi ilmu kat aku.
Ilmu untuk berjaya dan kaya.
Bukan setakat di dunia malah di akhirat kelak.

Jujur aku cakap.
Dulu aku memang tak minat.
Tak minat nak buat bisnes2 macam ni.
Tak suka berkawan atau berjumpa dengan orang2 yang buat bisnes macam ni.
Aku sangat negatif.
Aku cipta macam2 alasan untuk tak nak ambil tahu peluang macam ni.
Aku sibuk takde masa lah.
Aku tak suka jumpa orang lah.
Aku tak pandai jual barang lah.
Aku tak suka balik lewat malam lah.
Dan macam2 lagi.
Itu semua pandangan aku je.
Awal2 lagi dah fikir macam2.
Orang nak share peluang je aku dah reject awal2.
Kalau aku dengar pun muka aku macam tutt je.

Tapi apa yang aku dapat??
Bila aku susah takde siapa pun boleh bantu aku.
Alasan2 yang menjadi peneman setia aku tu pun langsung tak membantu aku.
Paling kuat pun aku hanya mampu bersujud atas sejadah mengadu pada Allah.
Mohon rezeki dari Allah.
Tapi hakikatnya Allah takkan bagi rezeki kalau aku sendiri tak usaha.
Kalau aku sendiri tak sanggup nak korban masa dan tenaga untuk usaha.

Apapun aku bersyukur sangat2 pada Allah.
Pertamanya Allah buka pintu hati aku yang macam batu ni
untuk dengar dulu peluang perniagaan yang Akademi sediakan.
Dan keduanya Allah buka jugak pintu hati aku untuk berniaga bersama Akademi.
Mungkin itulah jalan yang Allah nak tunjuk pada aku.
Mungkin inilah rezeki yang Allah nak bagi kat aku.


Akhirnya aku sedar dengan hanya makan gaji,
aku tak boleh nak harap gaji naik setiap bulan walaupun aku berdoa siang dan malam.
Tak boleh nak harap dapat bonus tiap2 bulan walaupun aku berdoa sepanjang masa.
Hakikatnya aku kena berusaha.
Aku kena berniaga.
9/10 rezeki dari berniaga.
Tak mustahil Allah akan bagi rezeki yang berlipat kali ganda.
Tak mustahil Allah akan bagi rezeki yang melimpah ruah setiap bulan.
Dan tak mustahil Allah akan bagi rezeki yang sentiasa bertambah setiap bulan.
Dengat syarat aku sendiri mesti berusaha.
Wallahualam.


Wahh panjang pulak cerita aku kali ni.
Itu la serba sedikit pengalaman hidup aku yang tak seberapa.
Mudah2an ada la benda2 baik yang boleh dijadikan tauladan.
Yang boleh beri manfaat kepada yang sudi baca.
Tapi kalau ada benda2 yang tak baik aku mohon maaf.

Kalau ada siapa2 yang berminat nak tahu peluang yang Akademi sediakan,
jangan segan2 call/sms aku.
010-2207181
Percayalah.
Takde siapa yang boleh ubah hidup kita melainkan diri kita sendiri.
Siapa tahu 20 minit masa yang Anda luangkan,
bakal merubah kehidupan Anda sehingga 20 tahun akan datang.
InsyaAllah.

Kerja Dan Solat

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu.
Mudah2an hari minggu kita dipenuhi dengan aktiviti2 yang bermanfaat.

Tiba2 aku terasa nak cerita 1 insiden yang berlaku minggu lepas.
Masa aku dalam perjalanan pergi opis jumaat lepas.
Hujan turun lebat tak hengat.
Hujan rahmat agaknya.
Jalan dah tentu la jem lebih teruk dari hari2 biasa.
Apa boleh buat redah je la.
Dah memang itu pilihan yang aku buat sendiri.
Lain la kalau aku bisnes sepenuh masa.
Masa aku yang tentukan sendiri.
Boleh keluar bila2 masa ikut suka hati.
Takde punch card.
Takde bos.

Ceritanya masa tengah jem tu ada 1 kereta depan aku ni
suka hati dia je buat jalanraya tu macam dia yang punya.
Selambe je langgar lampu isyarat merah.
Hampir2 accident la dengan kereta2 lain.
Ingatkan emergency ke apa ke.
Rupa2nya sebab nak kejar punch card pukul 8.30 pagi.
Aku tahu pun sebab aku nampak dia parking kat tepi jalan je
pastu duk terkejar2 masuk opis.
Aku ni dah tentu la punch merah sebab masuk pukul 8 pagi.
Tu yang cool je.
Kalau tak mungkin aku pun macam dia jugak. Hehehe.

Kadang2 aku ada jugak terfikir.
Waktu kerja bukan main lagi aku duk kejar.
Kalau punch merah tu bukan main lagi menyesalnya.
Tapi kalau waktu solat 5 waktu tak kejar pulak.
Padahal benda wajib tu.
Patutnya lagi la kena kejar.
Punch kad kat masjid/surau tepat pada masanya.
Paling kurang pun kat rumah la solat dengan family.
Kalau bab kerja sanggup langgar traffic light.
Kalau solat boleh pulak layan tv sampai habis cerita baru nak solat (aku la tu).

Teringat 1 artikel yang aku baca baru2 ni pasal lengah2kan solat.
Atau kumpulkan solat contohnya tunaikan solat Zohor pada penghujung waktu
sehingga hampir masuk waktu Asar.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
mereka neraka jahanam tempat kembalinya".


Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahualam.

Mulai saat ni aku sendiri kena berubah.
Aku mesti berubah.
Jom sama2 kita berubah.
Berubah ke arah yang lebih baik.
Solat tepat pada masanya.
Jangan berlengah atau bertangguh.
Allah nak cabut nyawa kita pun tepat pada masanya.
Tak akan sesaat lewat.
Tak akan sesaat awal.

Friday 27 January 2012

PruBSN

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah aku baru sampai rumah.
Hari yang agak busy.
Awal pagi pergi minum2 dengan rakan niaga dulu kat Dengkil.
Macam2 benda yang dibincangkan.
Maklumlah dah 2 hari tak jumpa sebab aku MC (hehe macam lama sangat je).
Waktu kerja dah tentu la sibuk dengan kerja.
Tambah pulak ada meeting petang tadi so banyak la benda aku kena prepare pagi tadi.
Tengahari pulak aku kena balik rumah sebab tertinggal ubat.
Lupa nak bawa pergi opis.
Pukul 11 tadi badan dah rasa lain je tu yang terpaksa balik jugak.
Dah alang2 balik tu solat jumaat kat area rumah je.

Tadi lepas habis meeting aku terus gerak.
Ada appointment dengan member bank kat Tmn Equine.
Tu pun terpaksa cancel appointment dengan member aku
yang nak promote Education Plan PruBSN untuk anak kalau tak salah.
Plan terbaru katanya.
InsyaAllah akan set balik weekend ni.

Malam ni pun ada 1 bisnes appointment kat Serdang.
Tapi masih 50-50.
Harap2 jadi la.
Tengah excited nak kongsi peluang kat kawan2 ni.
Maklumlah dah berapa hari duk berkurung kat rumah
tak mampu nak bergerak ke mana2.
Alhamdulillah harini dah kembali cergas untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Mudah2an segalanya dipermudahkan.
InsyaAllah.

Sharing is Caring.
Siapa2 berminat nak tahu pasal Plan Terbaru Akademi Taipan,
boleh la call/sms aku.
010-2207181

Thursday 26 January 2012

Kerja Dari Rumah

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Apa khabar semua yang sudi membaca??
Aku Alhamdulillah bertambah sihat.
Berkat doa keluarga dan kawan2.

Harini aku masih bercuti sakit.
Tak masuk opis.
Tapi rasanya macam hari kerja jugak walaupun duduk rumah je.
Fon tak berhenti2 bunyi.
Semuanya pasal urusan kerja.
Kebetulan dekat opis ada masalah pulak harini.
Masalah yang memang aku dah duga dari awal lagi.
Tapi aku tak kisah pun.
Kawan opis tengah susah aku bantu la mana yang termampu.
Nanti kalau aku pulak tengah susah mereka jugak yang akan bantu aku.
Punya la banyak call sampai fon pun habis bateri.
Call opis.
Call Commerce Dot Com.
Call Kementerian Kewangan.
Yang pelik tu call Kementerian Pertahanan pun ada.
Opis lama aku dulu.
Ada sorang pesara tentera ni merangkap buyer Bio Aura aku minta tolong.
Katanya pencen bulan ni tak masuk.
Rupanya ada masalah bank.
Settle jugak la tadi.
Terus dia bayar habis RM200 baki Bio Aura dia.
Alhamdulillah rezeki. Hehehe.

Malam ni ada event menarik di Akademi Taipan.
Mentorship Programme.
Trainer2 akan bagi tips macam mana nak manfaatkan ICT dalam perniagaan masa kini.
Semuanya hanya di hujung  jari.
Kepada yang berminat nak belajar jemput la datang.
Masuk free je.
Tapi jangan lupa bawa Laptop, Broadand atau yang seangkatan dengannya. 

Malaysia No 3


Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Malaysia ranking ke-3 selepas Indonesia dan India.
Ranking apa ni??
Ranking tabiat berbelanja setiap kali berlaku kenaikan pendapatan.
Especially pada masa musim perayaan.
Apa tidaknya.
Masa tu la melambak2 iklan jualan murah.
Masa tu la sana sini ada potongan harga.
Dan macam2 lagi la promosi untuk tarik perhatian pelanggan.

Statistik di atas menunjukkan rakyat Malaysia berada dalam kumpulan
yang mempunyai kecerendungan tinggi untuk berbelanja.
Pada aku kira ok la.
Itu membuktikan Malaysia tergolong dalam negara
yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan.
Tapi kajian Bank Negara pula menunjukkan rakyat Malaysia
mempunyai tabiat perbelanjaan terhadap barangan bukan keperluan.
Contohnya restoran dan hotel.
Komunikasi.
Rekreasi dan kebudayaan.
Peningkatan yang agak mendadak berbanding perbelanjaan terhadap barang keperluan asas.
Ini yang buat aku sedikit confused.

Tapi tak kisah la the point is mereka mampu.
Mereka ada kenaikan dalam pendapatan sedia ada.
Atau mungkin juga mereka ada pendapatan tambahan/sampingan.
Actually isu kat atas ni boleh dilihat dari pelbagai sudut.
Terpulang pada individu.
Aku lebih suka pandang dari sudut positif.
Malaysia adalah negara yang mempunyai peluang perniagaan yang sangat baik.

Kepada sesiapa yang memang tengah tercari2 sumber
untuk menambah pendapatan melalui perniagaan,
kami di Akademi sedia membantu.
Boleh call atau sms aku.
010-2207181
Aku cuma berkongsi peluang.
Kami hanya memberi bimbingan.
Anda Dengar
Anda Fikir
dan anda Buat Keputusan tanpa sebarang paksaan.

Wednesday 25 January 2012

Urusan Dunia Akhirat

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Hari ni sepatutnya aku dah start masuk opis.
Tapi disebabkan masalah kesihatan aku dapat MC pulak.
2 hari pulak tu.
Doktor suruh rest cukup2.
Tapi nak kata rest tak rest sangat la.
Macam yang aku cakap la banyak benda nak kena selesaikan harini.

Walaupun tak semua benda aku dapat selesaikan tadi,
tapi sekurang2nya ada jugak la progress.
Pergerakan agak terbatas sebab tak boleh nak drive.
Tapi syukur la Allah permudahkan segala urusan aku harini.

Tengahari tadi member MBSB datang rumah.
Patutnya jumpa kat luar tapi nak buat macam mana kan.
Alhamdulillah la dia jenis tak kisah.
Lagipun dah macam kawan2.
Hampir 3 tahun aku berurusan dengan dia.
Boleh kata tiap2 minggu mesti ada jumpa dia.
Setengah jam lepas dia balik member CIMB pulak datang atas urusan yang sama.
Dah nak closing ni terpaksa la kejar jugak.
Tak lama lepas tu abg ipar aku pulak datang.
Syukur sangat2 dia sudi nak tolong aku uruskan 1 urusan penting di Masjid UPM.
Urusan akhirat.
Kebetulan dia cuti harini.
Terima kasih banyak2 bang.
Allah je yang dapat balas jasa baik abg.

Kat opis apa cerita la agaknya.
Aku pun tak sempat nak call opis.
Tapi tadi ada jugak la member opis call tanya pasal kerja.
InsyaAllah kalau semuanya ok aku datang la esok.
Tapi kalau tak ok kita jumpa Jumaat la.

Tuesday 24 January 2012

Waktu Kecederaan

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Hari ni dah 24 Januari 2012.
Dah masuk waktu kecederaan.
Tinggal berapa hari je lagi masa untuk fight ke Vietnam.

Tapi masih belum terlambat pada mereka yang betul2 berazam nak pergi.
Esok dah habis cuti.
Semua orang dah start kerja.
Cepat2 la uruskan mana2 yang masih pending.
Calling2 balik kawan2 yang kita baru jumpa dalam 2 ke 3 hari lepas ni.
Especially yang tengah excited tu.
Maklumlah formula dan strategi yang sangat mudah.
Yang dah tahu memang semangat la.
Yang tak tahu memang akan kata susah.

Aku pun sebenarnya tengah plan ni.
Macam2 benda yang aku kena buat esok.
Mudah2an akan dikekalkan kesihatan yang baik
untuk terus berjuang di saat2 akhir ni.
Amin.

Kepada kawan2 yang free esok dan sudi nak tolong aku sikit2,
calling2 la hp aku 010-2207181.
Kalau boleh pertolongan yang percuma la.
Tapi kalau nak berbayar pun boleh jugak la.
Kita runding harga. Hehehe.

Kecilnya Dunia

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Kelmarin (Ahad yang baru lepas ni) aku sempat ke Kem PGA Cheras.
Ada kenduri kahwin adik kepada kawan baik aku dari kecik dulu.
Wah lepas rindu bila dapat masuk balik dalam kem tu.
Maklumlah kat situlah tempat aku dibesarkan dari lahir sampai umur aku 18 tahun.
Terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan.
Terutama sekali kenangan bersama arwah mak yang sentiasa segar dalam ingatan.

Pengantin lelaki tu nama dia Mohd Safry atau nama glamour Yop.
Adik kepada kawan baik aku, Syukri
(partner aku masa buka kedai repair basikal kecik2 dulu).
Dan juga merangkap adik kepada rakan niaga aku, Azman.
Nak dijadikan cerita isteri dia ni pulak
adik kepada kawan kelas aku masa form 5 dulu, Ida Syafizul.
Hahaha kecik betul dunia ni.
Pusing2 kat situ jugak.
Dan kalau tak salah isteri dia ni dulu anak buah aku
dalam Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya masa zaman sekolah dulu.
Dulu aku bimbing rakan sebaya.
Sekarang aku bimbing rakan niaga. Hehehe.

Ini gambar yang aku copy dari wall FB dia.
Hari tu aku memang terlupa nak bawa kamera.

Yang pasti masa tu ramai kawan2 lama yang aku dapat jumpa balik.
Dah macam jejak kasih la.
Jiran2 termasuk kawan2 arwah mak aku pun ramai yang aku dapat jumpa.
Pada kawan2 yang aku tak sempat nak jumpa hari tu,
call2 la aku.
Boleh kita buat reunion kumpul balik ramai2.
Hari tu aku terkejar2 sikit bukan apa sebab dah ada janji dengan developer.
Nak pergi tengok show unit rumah yang baru siap kat Cheras Hartamas tu.
Janji pukul 2 petang tapi terlajak jugak.
Maklumlah jumpa kawan2 lama.
Macam2 yang kami duk sembang.

Apapun tahniah dan Selamat Pengantin Baru aku ucapkan pada Yop dan isterinya.
Aku doakan semoga korang kekal bahagia dunia dan akhirat.
InsyaAllah.

Kalau nak honeymoon free, rojer2 je aku.
Boleh honeymoon kat London.
Fully covered.
Bawa duit untuk shopping je.

Monday 23 January 2012

Makan Besar

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Pagi tadi aku ada bisnes appointment kat Restoran Bintang Bistro.
Punya la susah nak parking kereta.
Tak pernah2 macam tu.
Bila masuk Restoran pun sama penuh orang.
Nak cari seat pun susah.
Rupa2nya kaum Cina masih lagi makan besar.
Restoran Cina tutup so mereka pergi la Restoran Melayu.
Aku ingatkan malam semalam je mereka makan besar.
Rupanya pagi tadi pun ada lagi.
Bukan main meriah aku tengok.
Terdetik jugak dalam hati aku mesti untung besar tauke ni hari ni.
2 atau 3 kali ganda dari hari2 biasa.
Itulah rezeki orang berniaga.
Kadang2 banyak kadang2 sikit.
Kadang2 untung kadang2 rugi.
Yang pasti kena terus berniaga.
Kalau tak dah memang sah2 akan rugi.

Cerita pasal peluang bisnes yang aku share pagi tadi,
katanya nak fikir dulu.
InsyaAllah malam esok dia akan join aku ke USJ Taipan
untuk berjumpa sendiri dengan trainer2 dalam Akademi.
Mudah2an dia tak ubah fikiran.

Chinese New Year

Asslamualaikum.
Salam Sahabat.

Terima kasih kepada yang masih sudi membaca.
Maaf la kebelakangan ni tak sempat nak update sangat.
Agak busy dengan urusan bisnes.
Tambah pulak internet agak slow.
Alhamdulillah sekarang dah okay.
Petang tadi agen datang pasang Unifi.
TQ pada rakan2 yang bagi pandangan hari tu.
4 orang yang datang petang tadi.
Sekejap je dah siap pasang.
Yang pasti mereka berempat sangat bertuah
sebab aku jamu mereka dengan air Garam Buluh.
Tak sampai setengah jam salah seorang dari mereka dah flush habis.
Lega katanya. Hehehe.

Owh ye rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Happy Chinese New Year
pada semua rakan2 aku yang berbangsa Cina.
Semoga tahun ini akan memberi kalian lebih ong dari sebelum2nya.


2012 tahun Naga Air @ Water Dragon.
Macam2 benda yang diramalkan.
Itu kepercayaan mereka.
Itu Feng Shui mereka.
Tak kisah la apapun.
Yang pasti tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Sunday 22 January 2012

Beautiful Punya Cerita

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Semalam seharian aku agak sibuk dengan macam2 urusan.
So awal pagi tu aku keluar bawa anak isteri breakfast dulu kat Warung Bunian.
Isteri aku teringin nak makan Nasi Lemak kat situ.

Lepas hantar mereka balik aku terus ke opis.
Packing barang2 untuk moving ke opis baru 8 Februari nanti (kalau jadi la).
Jadi memang jadi tapi date tu je tak pasti lagi.
Ramai jugak yang datang opis semalam.
Dah macam hari bekerja pulak aku rasa.
Masing2 bukan main bersemangat lagi.
Bersemangat nak pindah ke
atau bersemangat nak kemas je aku pun tak pasti.
Yang pasti aku memang tak rasa apa2.
Yang aku nampak kerja akan lebih banyak.
Bukan kata sekarang je.
Lepas pindah nanti pun sama.
Tanggungjawab semakin besar.

Ramai yang tanya ok tak tempat baru nanti.
Aku pun tak tahu nak jawab apa sebenarnya.
Terima je la.
Tak terima nanti orang kata tak reti bersyukur pulak.
Cuma lepas ni kalau ada pegawai2 nak jumpa aku atau bos aku
jangan la datang tempat kami.
Call je.
Kalau ada no hp sms pun boleh.
Bukan kami tak kasi datang.
Takut nanti pegawai2 tak selesa pulak takde tempat nak berdiri.
Apa lagi kalau nak duduk. Hehehe.
Aku sendiri pun tengah duk fikir ni mana nak letak dokumen2 penting aku nanti.
Nak tinggal tak boleh.
Nak bawa takde tempat pulak nak letak.

Tutup cerita pasal berpindah atau berhijrah ke arah yang lebih baik tu.
Yang penting semalam hati aku riang gembira.
Sampai je rumah isteri aku kata ada kawan dia nak beli Premium Beautiful (PB).
Cash lagi.
Maklumlah baru dapat Angpau CNY dari bos.
Yang beli ni sepupu kepada kawan isteri aku.
Bunyi macam pelik je.
Isteri aku bukan kenal pun orang tu.
Tapi bila benda tengah hangat kat pasaran memang orang akan cari punya.
Alhamdulillah inilah rezeki namanya.


Petang dan malam semalam pun aku ada bisnes appointment.
Petang kat Taman Equine.
Malam kat Kg Sg Ramal Dalam/Luar (aku pun kurang pasti).
Dua2 kawan isteri aku jugak.
Wahh dah semakin rancak isteri aku sekarang.
Teruja dengan kerancakan rakan2 dalam Akademi agaknya.
Semuanya bermula bila dia sms beberapa orang kawan2 rapat dia pasal PB.
Tak sangka ramai pulak yang respon.
Memang ajaib la PB ni.
Dari sihat boleh jadi cantik.
Dari cantik boleh jadi kaya pulak.
InsyaAllah.

1 lagi aku rasa isteri aku ni tengah teruja
sebab dia dah dengar2 khabar next trip akan ke London.
Itu yang rancak je agaknya tu.
Bulan Mac ni Vietnam.
Lepas tu bulan April pulak Holland dan Belgium.
Dah tentu la dia cuma boleh hantar rakan2 Akademi sampai airport je
sebab dia tak boleh naik flight.
Tapi kalau London nanti dekat2 hujung tahun boleh la agaknya.
Aku doakan mudah2an impian dia akan tercapai.
InsyaAllah.

Siapa minat nak try PB boleh call isteri aku.
Iya 016-3318173
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...