Monday 2 January 2012

Kisah Benar

Assalamualaikum.
Salam Persahabatan.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi.
Aku masih tak boleh tidur.
Teringat 1 kisah benar yang isteri aku cerita baru2 ni.
Mula2 berbelah bagi jugak nak tulis atau tak kat sini.
Tapi bila mengenangkan kisah ni boleh dijadikan tauladan kepada pembaca
then aku tulis jugak la.

Kisah ni berlaku sekitar tahun 2001.
Kisah mengenai seorang pelajar perempuan tingkatan 3
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah, Serdang.
Aku minta maaf sebab tak boleh nak tulis nama sebenar dia
atas dasar privacy keluarganya.
Tapi aku yakin siapa2 yang pernah bersekolah kat situ
atau cikgu2 yang pernah mengajar kat situ mesti tahu cerita ni.

Pelajar ni merupakan salah seorang dari kawan rapat isteri aku.
Dia jugak adalah seorang pelajar yang aktif dan pintar.
Wakil sekolah dalam pertandingan pidato dan macam2 lagi.
Dia juga bergiat aktif dalam bidang penulisan karangan
dan yang seangkatan dengannya.

Ceritanya bermula pada masa tu
dia ada hantar 3 buah karangan hasil ideanya
untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
Seperti biasa dia akan minta ibunya baca dulu karangan2 tu sebelum dihantar.
Cuma masa tu ibu dia agak pelik dengan karangan2 tulisan anaknya tu.
Lain dari yang lain.
Tak macam biasa.
Cerita berbeza2 tapi isunya adalah sama.

Beberapa minggu lepas tu
pelajar ni ada mengikuti kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah
selama 3 hari 2 malam di Sungai Congkak, Hulu Langat.
Lepas pulang dari kem tu
ibu dia agak pelik dengan perubahan sikap anaknya tu.
Sebelum ni dia seorang anak yang manja dan lemah lembut. 
Tapi tiba2 dah bertukar menjadi sebaliknya.
Sampai la 1 hari tu isteri aku dapat berita yang kawan baik dia ni sakit teruk.
Mak mertua aku yang sempat pergi tengok.
Maklumlah berjiran.

Keadaannya memang teruk.
Terbaring tak boleh nak buat apa2.
Muka dan badan2 semua bengkak seolah2 macam kena pukul.
Berubat sana sini.
Boleh kata 1 Malaysia dah bawa berubat tapi masih tak sembuh.
Cuma ada seorang ustaz terakhir yang merawat dia tu ada kata,
dia tersampuk jin.
Niat aku cerita ni bukan nak aibkan sesiapa.
Sekadar pengajaran buat kita semua.
Khabarnya masa kem kat Sungai Congkak tu,
secara tak sengaja dia tercuai buang darah haidnya
di tempat yang tak sepatutnya dalam hutan tu.
Dan secara tak sengaja jugak dia ada terpijak cucu jin sehingga mati.
Sebab itulah dia diganggu.
Kebanyakan ustaz yang merawat dia cakap
memang sukar nak keluarkan jin yang 1 tu.
Dia nekad mati mesti dibalas dengan mati.
Malam tu jugak lepas ustaz tu dah balik,
dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Itu semua hanya sekadar penyebab kematiannya.
Hakikat sebenar adalah Allah lebih sayangkan dia.

Betapa besar rahmat yang Allah beri padanya.
Masjid UPM penuh dengan umat Muhammad yang berjemaah solat jenazah untuknya.
Dalam masjid penuh.
Luar masjid pun penuh.
Masa nak kebumi jenazah pun sama.
Kawasan perkuburan UPM tu penuh dengan manusia.
Pengetua sekolah tu pun mengizinkan semua pelajar
pergi ke kawasan perkuburan sebagai tanda penghormatan terakhir.
Berpusu2 pelajar berjalan kaki dari sekolah.
Sepanjang jalan penuh pelajar2 sekolah yang nak ke sana.

Beberapa minggu lepas tu
keputusan pertandingan karangan peringkat kebangsaan tu pun keluar.
Dan karangan arwah ni berjaya dapat Johan.
Ibunya hadir sebagai wakil arwah anaknya untuk naik ke pentas ambil hadiah.
Deraian air mata ibunya tak perlu la aku tulis kat sini.
Aku yakin semua orang telah sedia maklum
macam mana perasaan seorang ibu yang kehilangan anak buat selama2nya.

Isteri aku merupakan salah seorang yang berpeluang baca karangan arwah tu.
Karangan yang di tulis beberapa minggu sebelum dia meninggal dunia.
Karangan yang berkisahkan kematian.
Ketiga2 karangannya menceritakan pasal kematian.
Seolah2 dia dah tahu yang dia akan pergi meninggalkan semua buat selama2nya.
Salah 1 dari karangannya menceritakan
detik dia pergi bercuti di Cameron Highlands.
Saat ketika dia pergi bermandi manda di Air Terjun kat sana.
Masa tengah seronok mandi tiba2 dia ternampak ada 1 cahaya dari dalam air terjun tu.
Dia cuba menghampiri cahaya tu.
Makin dia cuba menghampiri makin jauh cahaya tu pergi.
Namun akhirnya dia berjaya jugak masuk dalam cahaya tu.
Betapa indah permandangan di dalam tu sampai dia sendiri tak boleh nak gambarkan.
Kanak2 bermain2 riang sambil menyanyi2 dalam 1 bulatan berpegangan tangan.
Suasana yang cukup menenangkan.
Suasana yang dia tak pernah lalui sebelum ni.
Sedang asyik dia melihat segala keindahan di situ
tiba2 dia terdengar suara memanggil2 namanya.
Dia boleh melihat dengan jelas wajah sedih rakan2 dan cikgu2
yang memanggil2nya untuk naik semula ke atas.
Ada juga yang sedang menangis memanggilnya.
Tapi dia enggan naik kerana dia berasa tenang dan gembira kat dalam tu.
Dia hanya mampu mohon maaf kepada semua rakan2 dan cikgu2 yang panggil dia tu.
Baginya kehidupan barunya disitu adalah kehidupan yang dicari2 selama ni..

Begitu la lebih kurang cerita dalam karangannya.
Satu per satu nama rakan2 dan cikgu2 dia tulis dalam karangan tu.
Betapa mendalamnya erti di sebalik karangan tu.
Apa yang ada dalam fikiran dia masa dia buat karangan ni hanya dia yang tahu.
Semua orang yang baca karangan tu pasti akan menitiskan air mata.

Macam yang aku cakap tadi tujuan aku cerita ni
hanya sekadar memperingatkan diri aku dan para pembaca.
Mungkin juga boleh beri keinsfan pada kita semua.
Kita hanya mampu merancang.
Ajal dan maut ditangan Tuhan.
Masa kita entah bila.
Mungkin kejap lagi.
Mungkin esok.
Mungkin minggu depan.
Minggu bulan depan.
Atau bila2 masa je.
Yang penting kita kena sentiasa bersedia.
Mungkin kita tak rasa apa
sebab yang aku cerita tadi ni takde kena mengena dengan kita.
Tapi cuba kita bayangkan kalau benda yang sama berlaku pada keluarga kita
kenalan rapat kita.

Moral of the story.
Hargailah keluarga, saudara mara atau kenalan kita yang masih ada.
Kita tak tahu bila akan tiba masanya.
Mungkin mereka atau mungkin juga kita.
Wallahualam.


2 comments:

  1. kisah tersebut terjadi semasa cdm kartini masih mengajar kat sekolah tersebut. kisah tersebut benar-benar berlaku...

    ReplyDelete
  2. tu la sy dah agak dah mesti kak tini n kak dah kenal..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...