Friday 6 January 2012

Dah Tak Sama

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Rasanya macam dah lama je aku tak update blog.
Padahal baru nak masuk 2 hari. Hehehe.
Rasa seronok pulak menulis kat sini.
Kalau sehari tak tulis rasa lain je.
Kalau sibuk pun tetap cari masa nak menulis.
Kecuali memang betul2 sibuk la.
Macam lately ni la aku memang sibuk tak hengat dengan urusan opis.
Year end closing.
Tu yang terbantut nak menulis kat sini.
Tapi alhamdulillah la semua dah selesai.

Apa je yang nak ditulis.
Depends la tengok pada kesesuaian.
Bukan semua benda boleh cerita.
Yang penting santai2 je.
Kalau ada yang boleh mendatangkan faedah kepada permbaca itu lebih baik.

Semalam punya cerita.
Lunch hour aku sempat melarikan diri dari opis ke Bank Rakyat Presint 15.
Selesaikan beberapa urusan bisnes kat sana.
Alhamdulillah sekejap je dah selesai.
Langsung takde pelanggan kat bank semalam.
Ambil no giliran terus dipanggil ke kaunter.
Syukur la segalanya dipermudahkan.

Lepas tu kami plan nak makan kat Ani Sup Utara area2 situ jugak
tapi tutup la pulak.
Tutup sementara atau tutup terus aku pun tak pasti.
Tapi dah 2 kali aku pergi kat situ tutup.
Last2 aku ke Dengkil je.
Lunch kat sana sambil cuci kereta kat tempat yang aku biasa pergi tu.
Sorry to say.
Lately aku rasa service cuci kereta kat situ dah out.
Bukan aku je yang cakap.
Ramai lagi kawan2 aku pun cakap benda yang sama.
Semua duk merungut service dah tak macam dulu.
Cuci ala kadar.
Cuci pun tak bersih.
Dan macam2 lagi la.
Aku dah bercakap sendiri dengan owner dia (Melayu).
Tapi jawapan dia sangat mengecewakan.
Macam mana la kita nak bersaing dengan bangsa lain kalau meniaga macam ni.
Wallahualam.

Pada aku sayang la.
Customer makin ramai tapi service tak jaga.
Kualiti tak jaga.
Lama2 nanti customer pun beralih arah.
Sendiri yang rugi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...