Sunday 29 January 2012

Jemputan Raya Cina

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Malam tadi aku sempat ke rumah kawan isteri aku berbangsa cina.
Yang juga merupakan pelanggan tetap produk Garam Buluh.
Setiap kali nak beli Garam Buluh mesti dia minta aku yang belikan.
Ah Mei dan suaminya Ah Fock jemput kami datang sebab mereka ada buat makan2 sikit
sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Ingatkan ramai la yang datang rupanya kami 1 keluarga je yang dijemput.

Menu utama Mihun Goreng Pedas tak hengat (sebab dia ikut melayu punya selera).
Selain tu ada Ayam yang dibeli kat Ayamas.
Ada makanan2 ringan macam kacang, keropok, gula2, coklat dan macam2 lagi.
Dan tak ketinggalan Limau Manderin.

Last year menu utama dia Sushi.
Tekak kami pulak yang tak boleh nak telan. Hehehe.
Maklumlah orang kampung.
Tapi rasanya orang kampung sekarang pun dah advance.
Setakat sushi, steambot semua tu dah biasa sangat.

Anak aku ni mula2 malu2 kucing.
Bila dia dah dapat mood dia habis tak ingat dunia.

Dia dah mula geng dengan anak2 Ah Mei ni.
Ke sana ke sini dengan diorang.
Mentang2 la amoi2 belaka.

Makan coklat.

Dan makan lagi.
Bukan main khusyuk lagi Aidil duk makan coklat yang amoi tu bagi.
Sampai habis comot sana sini.
Bila mama dia amik dia mengamuk pulak.
Bagi makanan lain pun dia tak nak.
Sebenarnya aku kenal sangat anak aku ni.
Dia bukan suka sangat coklat2 semua ni.
Dia cuma suka sebab ada bekas macam tu yang dia boleh pegang dan buat main.
Ish ish perangai siapa la dia ikut ni.
Mesti perangai mama dia masa kecik2 dulu. Hehehe.

Actually banyak lagi gambar2 yang aku snap.
Tapi maaf la tak boleh upload atas sebab2 privacy.
Apapun TQ to Ah Mei dan suami.
Next year panjang umur jemput lagi ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...