Wednesday 11 January 2012

2 Bulan Menunggu

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur masih berkesempatan menulis di sini.
Aku cuma nak tulis tentang mood aku sekarang ni.
Mood suka.
Mood gembira.
Dan mood bahagia.

Kalau ikutkan 2 ke 3 hari ni macam2 masalah kat opis.
Masalah yang jarang2 berlaku.
Tapi takpela.
Banyak jugak benda baru aku dapat belajar.
Yang paling penting dapat belajar cara berdepan dengan pelbagai kerenah manusia.
Cukup "menghiburkan".

Malam semalam aku plan nak ke USJ Taipan jumpa kawan2 bisnes.
Ada Bonus Night Akademi Taipan 181.
Dah janji pun nak jumpa kawan2 bisnes kat sana.
Tapi masa dalam perjalanan ambil rakan niaga kat Putrajaya,
aku dapat call dari isteri.
Ada emergency pulak.
Terpaksa patah balik.
Padahal dah sampai Putrajaya pun masa tu.
Mungkin itu dugaan.
Syukur la semuanya selamat.
Apapun sorry ye kawan2 yang tunggu aku semalam.
Kita jumpa malam esok kat sana ok??

Hari ni memang betul2 gembira.
Bonus dah masuk.
Awal2 pagi lagi rakan niaga aku dah ajak keluar breakfast.
Nak belanja katanya sebab dah dapat bonus.
TQ ye Abg Rahman.
Nak belanja hari2 pun takpe aku terima je. Hehehe.

Petang tadi pulak aku ke McD Tmn Equine jumpa member bank
untuk submit dokumen sorang rakan opis aku.
InsyaAllah kalau takde aral awal minggu depan settle la.
Dan yang paling best sekali
tadi aku dapat sms dari bakal rakan niaga yang aku jumpa 2 bulan lepas kat rumah dia.
Setelah melalui macam2 dugaan akhirnya approved jugak.
Bukan main gembira lagi dia.
Dia tak tahu yang aku ni hampir kena tekanan perasaan dengan dia. Haha.
Selama 2 bulan tu hari2 dia duk tanya aku status dana dia.
Jenuh la aku nak menjawab.
Apapun tahniah Abg Azmi.
Rakan niaga baru Abg Rahman.

Berjumpa kita di Vietnam.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...