Sunday 29 January 2012

Pantai Remis

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Harini merupakan hari yang menyeronokkan.
Dapat luangkan masa pergi makan2 dengan family aku kat Pantai Remis.
Dah lama tak lepak2 macam ni.
Ini kali ke-2 aku makan kat situ.
Makanan sedap.
Fresh.
Dan harga berpatutan.
Bajet makan untuk 4 family biasanya tak lebih la dari RM250.
Makanan melambak2.
Makan sampai lebam.
Kadang2 siap boleh tapau lagi.
Environment pun menarik.

Apapun terima kasih kepada penaja makanan untuk harini
Tak lain tak bukan trainer Akademi merangkap kakak aku, Azlindawati.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan aku cepat2 dapat abg ipar. Hehehe.

Seperti biasa konvoi 2 kereta kembar Akademi Taipan 181.
Kakak aku bawa abg aku sekeluarga.
Aku bawa anak isteri dan kedua parents aku.

Sampai2 tadi terus order makanan dulu.
Macam2 ada pilih je.
Semuanya fresh2 belaka.

Boring pulak duduk je sementara tunggu makanan.
Aidil pun dah tak senang duduk bila nampak pantai.
Malangnya tak boleh nak mandi sebab air tengah surut.
So buat aktiviti lain la.
Aktiviti yang boleh mengurangkan duit. Hehehe.

Isteri aku sempat pekena Aiskrim Goreng lagi.

Si kecik aku ni bukan main eksyen lagi dia.
Nak jalan sorang2.
Tak kasi orang pegang tangan dia.
Mata liar je duk tengok kiri kanan apa benda yang dia berkenan.
Dia main tunjuk je.
Tukang bayar abah dan mama dia la.

Dalam banyak2 Upin Ipin yang dia pilih.
Cik Inda dia jugak yang belanja.
TQ Cik Inda.

Pada aku tempat ni memang okay la.
Semua benda ada.
Nak mandi pantai boleh.
Tempat permainan kanak2 ada.
Tandas dan surau pun ada.

Finally makan time.
Jom layan gambar2 makanan yang aku sempat snap.
Ikan Siakap Stim

Ikan Gegerut 3 Rasa

Udang Sambal

Udang Goreng Kunyit

Mentarang

My favourite, Kupang

Inilah antara yang kami sekeluarga makan tadi.
Sayur je terlupa nak order.

Syukur la rezeki harini.
Alhamdulillah kenyang sangat2.
Anak aku pun bukan main lazat lagi dia makan.
Sampai licin pinggan dia.
Sebutir nasi pun tinggal.
Nak kata lapar tak jugak.
Sebelum datang tadi dia dah makan McDonald dulu.
Licin semuanya.

Overall aku memang happy la tadi.
Lebih2 lagi bila tengok anak aku pun happy je.
Bukan main riang ria lagi dia ke sana ke sini.

Kalau panjang umur dan ada rezeki nanti boleh datang lagi.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...