Sunday 1 January 2012

Lembaran Baru

Assalamualaikum,
Salam Ukhwah.
Salam Persahabatan.
Terima kasih kepada semua yang masih sudi membaca.

Syukur ke hadrat Allah kerana masih dipanjangkan umur
sehingga tahun baru 2012 ni.
Harini tanggal 1 Januari 2012.
Hari baru dalam tahun baru.
Hari yang penuh dengan semangat.
Hari yang penuh dengan azam.
Hari yang penuh dengan impian dan cita2.
Aku harap apa yang aku lakukan harini akan lebih baik dari semalam.
Dan apa yang aku akan lakukan esok lebih baik dari harini.

Untuk harini aku dah cuba buat yang terbaik.
Awal pagi aku dah ke Rsetoran Al-Azwath Seri Kembangan.
50-50.
Nak bincang dengan bakal tunang dulu katanya.
Kemudian ke USJ Taipan untuk Bisnes Preview Akademi Taipan 181.
Trainer2 yang tengah sakit tangan ramai kat sana.
Sakit tangan sebab main boling 4 round semalam.
Malangnya aku tak boleh lama kat sana
sebab appointment seterusnya pukul 11.30 pagi di Summit USJ.
Jumpa manager Poh Kong kat Level LG tu.

Selesai tu aku terus ke P16 Putrajaya pulak.
Jumpa member 1 opis.
Tunggu punya tunggu tak sampai2.
Sampai dah habis makan pun tak sampai jugak.
Rupanya2 salah info.
Dia tunggu aku kat gerai sebelah Satay Willy, Kg Sg Ramal.
Aku pun bergegas shoot ke sana.
Dalam perjalanan tu ada rasa sakit hati sikit jugak.
Tipu la kalau aku cakap tak rasa apa2.
Maklumlah penat menunggu.
Dah la malam tadi tidur 1 jam je.
Tapi syukur la ada hikmah di sebalik dugaan awal tu.
Member aku ni betul2 teruja dengan peluang yang aku bentangkan.
Mudah2an akan tetap pendirian.

Dan sebelum aku balik rumah tadi sempat menyimpang ke Serdang pulak.
Jumpa buyer Penapis Air Bio Aura aku dulu.
Dia minta tolong service Bio Aura dia.
Tukar filter A, B dan C terus.
Sementara duit bonus haritu masih ada tu yang dia minta datang segera.
Kalau tunggu lama2 takut duit tu hilang ke mana pulak nanti katanya.

Syukur la banyak perkara yang dah selesai tadi.
Cuma nak pergi opis je tak sempat.
Mungkin esok kot InsyaAllah.
Aku nak tidur jap.
Dapat setengah jam pun jadi la.
Malam ni so far takde apa2 plan lagi.
Mungkin orang baru balik dari Cameron Highlands nak datang rumah jap.
Nak hantar Strawberry Coklat yang isteri aku duk idam2kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...