Saturday 29 September 2012

Legoland

Pagi ni aku plan nak pergi breakfast dulu kat Sg Besi.
Lepas tu terus shoot ke Johor dengan isteri & anak2 aku.
Ahad baru balik sini.
Ada kenduri kahwin.
1st kat Batu Pahat.
Adik kepada mak andam masa aku kahwin dulu.
2nd sepupu aku kat Kelab Golf apa entah tak ingat plak nama.
Somewhere in JB.
 
Dah alang2 sampai sana tu ada la aktiviti2 lain yg sudah dirancang.
Kalau berkesempatan rasa macam nak singgah Legoland.
Tiket untuk Aidil dah ada. Hehehe.
InsyaAllah.
 
 
Mudah2an perjalanan kami sepanjang 2 hari ni dipermudahkan.
Amin.
 
Azhar
019-6696181

Tak Sampai Hati

Tiba2 teringat nak share appointment malam jumaat baru ni.
Kat Taman Sri Serdang.
Aku gerak sana dengan kakak & isteri aku.
Jumpa Kak Sharifah kat rumah dia je.
 
Kak Sharifah ni orang banyak pengalaman.
Apa je bisnes semua dia buat.
Demi membesarkan anak2 katanya.
Tengok rumah dia pun aku dah tahu.
Penuh bersusun produk2.
Macam2 produk ada dari macam2 syarikat.
Yg dia buat & packing sendiri pun ada.
Pendek kata memang dia sangat rajin la.
Aku selalu terfikir hebatnya kakak ni.
Macam mana dia boleh fokus dengan macam2 bisnes yg dia buat.
Kalau aku memang tak mampu la.
Jawabnya yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran. Hehehe.
 
Diperkenalkan peluang perniagaan bersama ATM.
Mudah2an dapat membantu dia sekeluarga.
Keluar dari corak hidup biasa.
InsyaAllah.
 
Selesai appointment tu kami lepak kat Restoran Anjung.
Isteri aku dah berbulan2 menyebut nak makan Chicken Chop kat situ.
Aku memang dah blacklist restoran tu.
Owner dia la yg langgar kereta aku tu pastu buat laporan palsu kat Balai Polis.
Tapi kesian tengok isteri aku dah lama mengidam, pergi jugak la.
Tak sampai hati nak tolak.
Lepas la hajat dia hendaknya.
 
Azhar
019-6696181

Anugerah Anak

Semalam aku terpaksa EL.
Aku tak masuk opis.
Kesian member2 opis aku yg terpaksa cover kerja aku.
Especially yg kena ganti aku masuk meeting.
Apa nak buat dah nama pun EL.
Terpaksa la aku belanja dia kt Warung Bunian nanti. Hehehe.
 
Pagi semalam aku ke klinik.
Appointment Alya pulak.
Cucuk 2 bln.
Alhamdulillah berat dah 5.8 kg kalau tak salah.
 
Sekejap je dah 2 bulan.
Cepat betul masa berjalan.
Macam tak sedar.
 
Aidil yg kebosanan.
Tak tahu nak buat apa dah.
Posing dulu. Hahaha.
 
Bila kebosanan dah tahap gaban, bendera pun boleh jadi mainan.
Dia tengah layan mata ni sebenarnya.
Tidur lambat tapi bangun awal.
Macam ni la jadinya.
 
Ini hari Rabu punya gambar.
Saje upload dalam entry ni.
Masa Aidil ada appointment hospital.
Sempat makan dulu.
 
Perut dah kenyang, mata pulak kena aircond.
Terus tidur.
Tak payah fkir apa2.
Serooknya kalau dapat hidup macam ni. Hahaha.
 
Inilah gelagat anak2.
Seronok tengok.
Memang betul inilah anugerah Allah yg sangat istimewa.
Nak pergi kerja atau bisnes tengok muka anak2 jadi semangat.
Balik kerja atau bisnes tengok muka anak2 terus hilang penat.
Allah punya kuasa.
 
Azhar
019-6696181

Friday 28 September 2012

Dr Cermin

Dr Cermin.
Petang semalam aku ke sini.
Di Seksyen 7 Bandar baru Bangi.
 
Dia banyak branch sebenarnya.
Aku pergi yg dekat sini je.
Dekat dengan rumah.
 
Cermin depan kereta aku crack sikit.
Kena hentam batu yg jatuh dari lori masa aku tengah drive dengan kelajuan 150km/jam. Hehehe.
Seronok pulak aku tengok dia buat kerja semalam.
Memang betul Dr Pakar la.
 
Berapa kos??
Hahaha memang rezeki aku la.
Dapat diskaun kaw2 punya.
Kesilapan teknikal dari pihak dia.
Dia ingat aku yg call big boss dia kawtim harga before datang.
Terus dia bagi diskaun.
Padahal no fon boss dia pun aku tak tahu.
Itulah orang kata rezeki agaknya. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Fatwa Kesihatan 2012

Seminar Kebangsaan Pendidikan Fatwa Kesihatan 2012.
Alhamdulillah pagi semalam aku berpeluang hadir ke sini.
Di Auditorium JAKIM Parcel D, Putrajaya.
Seminar dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg Dato'Hj Othman b. Mustapha.
 
Topik atau kertas kerja yg dibentangkan sangat menarik.
 
1) Haramkah Rokok?
Oleh YBhg Dr Zulkifli b. Mohd Al-Bakri.
Panel Kajian Aqidah & Kajian Syariah JAKIM.
 
2) Rokok Racun Masyarakat
Oleh YBhg Dr Hj Salehuddin b. Abu Bakar.
Mantan Pengarah Jabatan Kesihata DBKL.
 
3) Pelalian.. Perlindungan Ummah
Oleh YBhg Dato' Dr Musa Nordin.
 
4) Pengguguran.. Bila Dibolehkan?
Oleh YBhg Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
5) Pengguguran Dari Perspektif Islam
Oleh YBhg Dato' Hj Noh b. Gadot.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor.
 
Semuanya hebat2 belaka.
Menyandang pelbagai jawatan2 tertinggi di Malaysia.
Mempunyai pengalaman yg luas dalam bidang masing2.
Pada aku seminar macam ni buat selalu pun bagus.
Dapat beri kesedaran kepada semua khususnya umat Islam di Malaysia.
 
Azhar
019-6696181

Thursday 27 September 2012

Diskusi Bisnes

Alhamdulillah semalam sempat clearkan semua stok g kawan2 kirim semalam.
Daripada bonet kereta penuh sampai dah clear la.
Filter2.
JTX 1000.
BB Plus Collagen.
Semuanya dah settle.
 
Lepas kerja petang tadi aku terus shoot ke USJ Taipan.
Jumpa member ATM aku, Hadi.
Dah lama dia set appointment nak jumpa.
Baru harini dapat peluang bertentang 4 mata.
Sembang2 pasal bisnes.
Agak heavy jugak topik.
Tapi 1 per 1 diringankan.
Alhamdulillah.
 
 
Kami bertukar2 pandangan & pendapat.
Masing2 berkongsi ilmu.
Mudah2an segala kekusutan akan terlerai.
Inilah keseronokan bersama ATM.
 
We work as a team.
We help each other.
 
Azhar
019-6696181

Wednesday 26 September 2012

BA Kini di Facebook

Alhamdulillah.
Rezeki dari Allah sejak aku bersama ATM.
Bulan ni macam2 rezeki yg aku dapat.
Rezeki demo.
Rezeki pakej.
Rezeki G3.
Rezeki G6.
Rezeki G10 yg cash pun ada.
Yg paling tak disangka2 rezeki dari page.
Aku just praktikkan ilmu yg Mr Bryan Gan ajar last Saturday.
Hasilnya sangat menakjubkan.
 
Dalam masa kurang dari 48 jam aku dapat 2 BA cash.
Set filter lagi banyak.
A to C ada.
A to F pun ikutkan dah 3 set.
Baru seminggu operasi page tu. 
Tu yg duk ulang alik ke USJ hari2.
 
Alhamdulillah dah ramai yg sedar kepentingan BA.
Kepentingan jaga BA kat rumah tu.
Kepada rakan2 yg nak follow page tu, just klik "Like" pada page seperti link kat bawah ni.
Anda boleh dapat segala maklumat & latest info di sana.
InsyaAllah team admin akan update setiap hari.
 
 
 
Azhar
019-6696181

USJ Taipan Lagi

Malam tadi aku ke USJ Taipan dengan bisnes partner aku, Syed.
Sampai2 tu kami ke Restoran Cina Muslim dulu.
Buat alas2 perut apa yg patut.
 
Ini dah kategori mencekik bukan alas perut namanya. Hahaha.
 
Selesai tu kami ke stokis.
Banyak sangat barang2 yg kawan2 kirim.
Bulan ni dah kalau ikutkan banyak betul "personal".
Dah tak ingat berapa kali sebenarnya.
Malam tadi je aku beli JTX 1000 2 botol, member opis kirim.
Beli 2 set filter A sampai E, member fb kirim.
Dan yg paling hangat beli BB Plus Collagen.
Jiran2 dan member wife aku kirim.
Kakak aku pun ada kirim jugak.
 
Yg ni macam goreng pisang panas.
Dengar cerita stok pun dah nak habis lagi.
Ramai sangat yg minum especially wanita la.
Untuk kulit kelihatan cantik & gebu. Hehehe.
 
Syed sempat bergambar dengan Abg Din.
Otai dalam ATM.
Salah seorang jutawan dalam ATM.
Sikit hari lagi Syed pun sama la tu.
Sikit2 lama2 jadi bukit.
Sekarang pun dah nampak taring.
Buat dan terus buat je.
InysaAllah akan berjaya.
 
Azhar
019-6696181


Buka Peluang

Malam semalam aku ke Restoran Al-Salam Kajang.
Bantu bisnes partner aku, Abg Rahman untuk share peluang bisnes kat kawan dia, Solihin.
Abg Rahman outstation bawa pegawai ke Perak.
So dia tak dapat turun padang la.
Ini pun merupakan 1 salah kelebihan bersama ATM.
Kita tetap dibantu & dibimbing walau dimana kita berada.
ATM akan berusaha sehabis daya untuk bantu semua ahli2nya berjaya.

Petang semalam sekali lagi jumpa Solihin.
Dia nak submit dokumen.
Dan kali ni siap bawa kawan dia sekali, Hafiz.
Sama2 nak berjaya.
Sama2 nak dijayakan oleh ATM.
Sama2 nak mengubah kehidupan bersama ATM.
 
Tahniah Abg Rahman dan Yusuf kerana buka peluang ni pada mereka.
Mudah2an mereka akan sama2 mengorak langkah demi langkah hingga ke puncak jaya.
Cewahh ayat tak hengat. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Tuesday 25 September 2012

Madu Tualang

Tiba2 teringat nak share 1 cerita masa aku ke Cameron Highland baru2 ni.
Pada aku tak sah kalau naik sana tak beli Madu Tualang.
Cuma isunya macam mana nak tahu madu yg dijual tu madu tualang atau sebaliknya.
Tambah pulak aku yg memang zero bab madu2 ni.
 
Kat atas sana melambak2 penjual madu.
Yg dalam kedai ada.
Orang berniaga tepi jalan ada.
Orang asli yg jual kat dalam pondok tepi2 jalan pun melambak2.
Rambang mata.
Boleh kata lebih dari 100 peniaga madu lebah ada kat sana.
 
Dalam banyak2 tu aku tertarik untuk beli kat sorang peniaga ni.
Maaf gambar aku lupa nak snap.
Dia jual kat tepi jalan je macam biasa.
Kenapa aku pilih dia??
Sebab atas meja dia siap ada letak telur ayam kampung & telur ayam biasa.
Aku dah bayangkan itu madu yg betul2 tulen.
Telur2 tu mungkin dia nak cuba prove pada customer.
Itu 1st impression aku la.
 
Bila pergi kat meja dia, rupanya ada 3 jenis madu kat situ.
Warna pun lain2.
Dia explain kat aku 1 per 1.
Ada madu biasa.
Ada madu dari lebah yg dipelihara.
Ada madu dari lebah hutan.
Siap dia cerita cara proses lagi.
Dan yg buat aku lebih kagum bila dia siap tunjuk keratan akhbar & majalah pasal madu dia.
Siap laminate lagi jadikan macam 1 buku.
Lepas tu ada tips pulak.
Kalau sakit kepala minum macam ni.
Kalau batuk2 minum macam ni.
Memang terbaeekkk la.
Terus aku borong kat dia.
 
Kesimpulannya dalam bisnes memang macam tu.
Kena tahu cara nak tackle hati pelanggan.
1st impression.
Ilmu tentang produk/servis tu so that nampak lebih confident.
Bukti.
Baru la pelanggan yakin untuk terima produk/servis kita.
 
TQ brader.
Kalau turun sana aku pasti cari dia lagi. Hahaha.
 
Azhar
019-6696181

Monday 24 September 2012

Huru-Hara

Rezeki di saat2 akhir ni makin menjadi2.
Macam kena panah petir je.
Tiba2 je mendadak macam ni.
 
Inbox penuh sampai ada yg ter "missed" baca.
Sampai terpaksa print semua pm yg ada kat fb aku.
Email pun ada yg aku tak sempat reply.
Call & sms tak payah cakap la.
Whatsapp pun sama.
Fon pun sentiasa kena charge je.
 
Appointment penuh di luar waktu opis.
Awal pagi tadi kat Dengkil.
Pagi semalam pun sama.
Tengahari ke Restoran Terowong Presint 9.
Petang tadi drop by jumpa member bank submit dokumen.
Malam ni ke Restoran As-Salam Kajang.
 
Esok pun sama.
Lunch hour InsyaAllah ke Presint 16 (masih 50-50).
Petang lepas kerja terus ke Nilai.
Malam pulak ke USJ Taipan.
 
Semuanya gara2 LOPA.
Gempur di saat2 akhir dengan projek G10 & G15 ATM.
Yg penting aku happy.
Dapat bantu rakan2 yg tercari2 peluang mengubah kehidupan.
InsyaAllah.
 
Azhar
019-6696181


USJ Taipan

Pagi semalam aku ke Dengkil.
Ada urusan ATM yg harus diselesaikan.
Dah nak dekat closing ni memang busy sikit.
 
Selesai tu aku terus ke USJ Taipan dengan bisnes partner aku, Abg Shah.
Alhamdulillah berkesempatan sembang dengan otai, CDM Kamarudin.
Nampak macam sembang kosong tp sebenarnya penuh dengan ilmu.
 
Orang lama.
Dah lebih 10 tahun bersama ATM.
Masih bertahan sehingga sekarang.
Pendapatan 6 angka sebulan.
Pemikiran orang berniaga sangat berbeza.
 
Inilah salah 1 keseronokan dalam ATM.
Orang yg dah berjaya tetap akan membantu orang lain untuk sama2 berjaya.
Berbeza dengan suasana di tempat kerja.
 
TQ Abg Din.
Ilmu yg diberikan akan kami praktikkan sebaik mungkin.
InsyaAllah.
 
Azhar
019-6696181

Sunday 23 September 2012

Aidil & Alya di Cameron Highland

Alhamdulillah.
Akhirnya aku berjaya jugak sampai ke Cameron Highland.
Mungkin pada orang lain pergi sana tu biasa2 je.
Tapi pada aku ia merupakan 1 kejayaan besar dalam hidup aku.
Kenapa??
Hanya kenalan2 rapat je yg memahami. Hehehe.
 
2 hari kat sana.
Jumaat dan Sabtu.
Itu pun dah puas jugak la berjalan kat sana.
Layan je la beberapa gambar Aidil & Alya kat bawah ni.
 
Breakfast di R&R Rawang kalau tak salah.
 
Ni dah sampai cameron.
Tapi tak ingat plak nama tempatnya. Hehehe.
 
Aidil sempat shoppig lagi.
 
Next minum2 kat S' Corner Kea Farm.
 
Bukan main lagi Aidil posing.
Habis kereta aku jadi mangsa.
 
Agro Farm.
Kasi Alya kenyang dulu.
Cantik view kat sini.
 
Aidil kalau dapat ni memang lupa dunia la.
 
Alya dah bangun. Hehehe.
Susahnya nak tengok mata dia di kala siang.
 
Rupanya bangun nak minum susu lagi.
 
Jalan2 ke Pasar Brinchang pulak.
Waktu operasi lewat petang je.
Macam2 ada jual.
Jagung dia memang terbaaeekkk.
 
Masa untuk berehat.
Esok sambung lagi.
 
Aidil dah tak sabar2 sambung berjalan.
 
Dah siap. Hahaha.
 
Alya pun sama.
Pagi2 dah bangun.
Nasib mandi air panas.
Kalau tak confirm menjerit.
 
1st place Strawberry Corner.
Alya suka sangat datang sini sampai tertidur2.
 
Borong sayur2an kat Kea Farm.
Aidil pun sibuk duk tolong pilih.
 
Tak sah kalau tak beli bunga.
Rambang mata.
 
Sedapnya air jagung Aidil.
 
 
Al-Mashoor Strawberry.
Pekena puding strawberry yg lazat. 
 
Next Cameron Valley Tea House.
Alya masih tidur lagi.
 
Post kat ladang.
Pemandangan yg sangat cantik.

Azhar
019-6696181

Thursday 20 September 2012

My 1181 With JTX 1000

Finally sempat jugak pergi servis kereta.
Dah lama sangat tertangguh.
Kali ni dah tak boleh nak tangguh sebab esok nak jalan jauh.
 
Minyak Enjin JTX 1000.
Aku berani cakap minyak enjin terbaik di dunia.
Kenapa aku berani cakap macam tu??
Baca la entry2 aku pasal JTX 1000 sebelum2 ni.
 
Tukar minyak power stering sekali.
Ada 2 jenis minyak kena guna.
Siap ada mesin dia lagi.
Syok jugak aku tengok dia buat. Hehehe.
 
Tukar minyak gear.
Pakai 4 liter.
Boleh tahan jugak harga.
30,000 km sekali tukar.
 
Tukar coolant oil.
Kalau tak salah aku tu la namanya .
Start pakai kereta ni tak pernah tukar.
Dekat 3 tahun dah.
 
Selain tu aku minta tukar wiper sekali.
Dah keras.
Dan yang paling tak tahan kena tukar bateri.
Memang dah lebih seminggu dia bagi signal untuk tukar.
Dah sampai masa.
Tak dapat nak diselamatkan lagi.
 
Banyak jugak kena tukar kali ni.
Nasib la aku dah kenal lama tauke dia.
Regular customer.
Banyak jugak dapat diakaun.
Kalau tak masak jugak. Hahaha.
 
Azhar
019-6696181

Buat Yang Tersayang

Lewat petang semalam aku ke Alamanda dengan isteri dan anak2 aku.
Aktiviti yang memang dirancang.
Tapi bagi isteri aku aktiviti tak dirancang la.
Isteri aku ingat nak beli barang dapur. Hehehe.
 
Tujuan utama aku nak ke Habib Jewel, Alamanda.
Kepala ni dah buntu tak tahu nak bagi hadiah apa untuk baby aku.
Finally belikan dia gelang tangan je.
Mama dia yang pilih.
 
Pada mata aku memang cantik la.
Banyak lagi pilihan lain tapi ini yang berkenan di hati.
 
Mama Alya memang la suka.
Harap2 Alya pun sama.
Inilah hadiah dari abah yang tak seberapa khas untuk anak abah.
Nur Alya Darwisyah.
Akan datang kita tak tahuapa jadi.
Atleast ada la kenangan untuk Alya.
 
Azhar
019-6696181

Wednesday 19 September 2012

Rezeki Melekat

Lunch hour tadi sebelum ke klinik,
aku pergi USJ Taipan dulu dengan bisnes partner aku, Abg Rahman.
Buka bil dan shopping barang2 yang orang kirim.
 
Saje nak cerita sikit.
Pasal rezeki melekat.
Biasa orang kata rezeki terpijak.
Aku withdraw duit kat mesin ATM depan stokis tengahari tadi.
Aku withdraw amaun tak banyak pun sebab bukan ada duit sangat. Hehehe.
Yang keluar semua note RM100.
Tiba2 ada pulak note RM50.
Aku kira2 semua rupanya terlebih RM50 la.
Rezeki la tu gamaknya kan?? Hahaha.
Tapi aku tak guna pun duit tu.
 
Berbalik pada cerita asal.
Masa on the way tu ex-boss aku sms.
Tanya pasal Garam Buluh Kapsul pulak.
Aku pun tak sure ada lagi ke tak.
Kalau untuk minum dan masak memang ada la.
Alhamdulillah memang rezeki dia.
Masih ada.
Next week ada appointment doktor katanya.
Nak try amalkan dalam masa terdekat ni.
Mana tahu ada effect.
Aku doakan mudah2a semuanya okay.
Garam Buluh Kapsul.
Ada 120 kapsul.
 
Selamat mencuba.
 
Azhar
019-6696181

Hujan Rahmat

Pagi tadi aku saje keluar awal dari rumah awal.
Dah janji nak jumpa bisnes partner aku, Abg Shah.
Kami port warung bawah jejantas kat Dengkil.
 
  
Dia nak bincang pasal bisnes.
Ada customer order JTX 1000 dari Sabah.
Nak post pakai City Link.
Ada customer nak borong JTX 1000 banyak2 dengan harga below cost.
Jenuh buat calculation.
Dan ada saudara2 dari Kedah minat nak bersama ATM.
Set masa untuk ke sana.
Semuanya kami bincangkan.
Tengah2 bincang tu hujan lebat pulak turun.
Makin lebat hujun turun makin banyak idea datang.
Itulah hujan rahmat namanya.
 
Apapun yang berlaku, perjuangan akan tetap diteruskan.

Azhar
019-6696181
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...