Saturday 29 September 2012

Tak Sampai Hati

Tiba2 teringat nak share appointment malam jumaat baru ni.
Kat Taman Sri Serdang.
Aku gerak sana dengan kakak & isteri aku.
Jumpa Kak Sharifah kat rumah dia je.
 
Kak Sharifah ni orang banyak pengalaman.
Apa je bisnes semua dia buat.
Demi membesarkan anak2 katanya.
Tengok rumah dia pun aku dah tahu.
Penuh bersusun produk2.
Macam2 produk ada dari macam2 syarikat.
Yg dia buat & packing sendiri pun ada.
Pendek kata memang dia sangat rajin la.
Aku selalu terfikir hebatnya kakak ni.
Macam mana dia boleh fokus dengan macam2 bisnes yg dia buat.
Kalau aku memang tak mampu la.
Jawabnya yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran. Hehehe.
 
Diperkenalkan peluang perniagaan bersama ATM.
Mudah2an dapat membantu dia sekeluarga.
Keluar dari corak hidup biasa.
InsyaAllah.
 
Selesai appointment tu kami lepak kat Restoran Anjung.
Isteri aku dah berbulan2 menyebut nak makan Chicken Chop kat situ.
Aku memang dah blacklist restoran tu.
Owner dia la yg langgar kereta aku tu pastu buat laporan palsu kat Balai Polis.
Tapi kesian tengok isteri aku dah lama mengidam, pergi jugak la.
Tak sampai hati nak tolak.
Lepas la hajat dia hendaknya.
 
Azhar
019-6696181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...