Tuesday 18 September 2012

Hari Burger Sedunia

Semalam masih lagi mood beraya.
Masih terima jemputan rumah terbuka di sana sini.
Jadual full.
Sampai nak jumpa member aku pun terpaksa tunda harini.
Harini pun full tapi full dengan aktiviti ATM pulak.
 
Jam 2 petang semalam aku beraya di Cheras Utama.
Rumah abg aku.
Family aku semua berkumpul kat sana.
Sambil beraya sambil sembang2.
Sembang pasal nak pergi bercuti.
Mudah2an tak ada aral melintang.
 
Lebih kurang pukul 4 aku beransur untuk ke Sungai Tangkas pulak kat Kajang.
Open house kat sana.
Rumah makcik aku.
Berkumpul saudara mara.
Ada orang tu makan tak ingat dunia. Hehehe.
 
Malam ke Serdang pulak.
Isteri aku ada hal kat sana.
Aku pulak duk sembang bisnes dengan abg ipar aku.
 
Sebut pasal bisnes teringat pasal cerita malam tadi.
On the way balik rumah isteri aku teringin nak makan burger.
1st stall burger yang aku biasa pergi full.
Aku tak sanggup nak queue.
Ada lebih 10 orang menunggu.
Pergi cari stall lain.
Stall yang kedua.
Pun sama.
Ramai tak hengat.
At last aku pergi stall yang ketiga.
Pun sama jugak ceritanya.
Tapi nak tak nak tetap kena tunggu jugak.
Dah tak ada pilihan lain.
Mungkin semalam adalah hari burger sedunia sebab tu ramai pelanggan. Hehehe.

Azhar
019-6696181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...