Monday 3 September 2012

Bulan Terakhir

Tadi ada bisnes partner aku yang nun jauh di sana tanya kat fb.
Awat dari semalam tak update blog??
Huhuhu terharunya ada jugak yang sudi baca.
Semalam memang busy gila dari pagi sampai malam tu yang tak sempat update.
 
Awal pagi semalam aku ke Hulu Langat.
Aktiviti pagi ahad ziarah pusara mak.
Perjalanan dari rumah aku ke sana lebih kurang setengah jam la.
Sebelum pukul 8 aku dah sampai sana.
Seperti biasa akak aku dah tunggu sana.
Kalau tak ada aral memang kami pasti ke sana.
Ini salah 1 cara aku mengingati mati.
1 hari nanti aku juga akan ke sana.
Aku juga akan mati.
 
Kemudian kami lepak port biasa untuk breakfast.
Kedai mamak apa entah nama dia area Batu 9.
 
Mamak tu pun dah tahu menu aku.
Tak sempat duduk lagi dia dah cakap roti canai garing sama teh tarik. Hahaha.
Hampeh betul.
Nampak sangat aku regular customer.
 
Sambil makan sambil sembang macam2 hal.
Sudah semestinya topik utama hal bisnes la.
Planning untuk gerak kerja 1 bulan ni.
Bulan terakhir untuk fight ke London, Paris dan Umrah.
Semuanya dah di atur dengan rapi.
Tinggal nak action je.
 
Siapa2 nak join melancong free boleh la call/sms aku.
Terbuka kepada semua.
 
Azhar
010-2207181
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...