Monday 3 September 2012

Raya Tetap Raya

Bisnes tu bisnes jugak.
Raya tetap raya.
Walaupun sibuk yang amat semalam aku sempat jugak pergi beraya.
Balik dari Summit USJ semalam aku terus ambil family aku bawa beraya ke Putrajaya.
 
Rumah bisnes partner aku merangkap bestfriend aku, Syed.
Tauke besar minyak enjin JTX 1000 atau dalam group aku panggil dia Orang Minyak Taipan.
 
Suka Aidil disorongkan mainan.
Terus khusyuk tak bangun2 sampai la dijemput makan.
 
Susah2 je tuan rumah siap masak2 segala.
Padahal kami nak datang ziarah je.
Nasi impit ada.
Mee gorang ada.
Nugget ada.
Aidil makan bukan main lagi.
Bertambah2 padahal pedas tu.
Orang lain dah berhenti dia tak berhenti2 lagi.
TQ Fiza makanan memang sedap.
Sebenarnya nak minta tapau semalam tapi segan nak cakap. Hahaha.
Nanti jangan lupa datang la rumah kami pulak.
Yang penting call dulu.
 
Balik tu wife aku nak singgah Giant kejap.
Ada benda nak cari katanya.
Sekejappppp je.
Aku terpaksa tunggu dalam kereta sebab Aidil dan Alya tidur.
Daripada dua2 tidur sampai dua2 dah bangun tapi mama dia tak nampak bayang lagi.
Punya la sakan "cari barang" sampai lupa aku parking kereta kat mana. Hehehe.
 
Malam pulak akak aku datang beraya kat rumah.
Nak kata beraya bukan beraya sangat la.
Actually akak aku datang nak hantar hadiah Aidil dan Alya.
Sempena apa aku tak pasti.
Suka2 katanya.
Yang pasti aku tak pernah putus2 doakan kebaikan untuk dia.
 
Borak punya borak terasa lapar pulak.
Apa lagi aku hello2 je la Dominos Pizza.
 
Chicken Lasagne untuk Aidil.
Favourite dia.
Kami belasah pizza Classified Chicken dan Aloha Chicken.
New York Crust.
Superb.
Alhamdulillah rezeki Allah.
Sangat kenyang.
Again kakandaku Azlindawati Hassan jugak yang belanja.
Bertambah murah la rezeki hendaknya.
Amin.
 
Azhar
010-2207181


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...