Sunday 2 September 2012

Cuaca Panas

Sedar tak sedar harini dah ahad.
Esok dah start kerja macam biasa.
 
Tak terasa weekend kali ni.
Penuh dengan aktiviti especially open house la.
Sampai ada yang tak boleh nak pergi sebab clash.
 
Semalam yang aku sempat pergi 3 rumah je kat area Seri Kembangan.
Salak Tinggi, Cheras dan 2 tempat kat Negeri 9 tak sempat pergi.
Malam pulak ada aktiviti dengan family.
 
Ini gambar masa kat klinik petang semalam.
Klinik Fadzlyana.
Aidil berat hati nak melepaskan adiknya untuk jumpa doktor. Hahaha.
Semalam just check baby punya ruam makin teruk.
Especially kat muka.
Doktor kata mungkin sebab panas.
Masalahnya kat rumah aircond tak pernah off pun.
Siang malam duk on.
Dalam bilik on kat ruang tamu pun on.
Apa pulak yang panasnya.
Tapi tak apa la try krim yang doktor bagi semalam.
Mudah2an ok la.
 
Ok la nak out dulu.
Nak pergi Hulu Langat ziarah pusara arwah mak kejap.
Ikutkan jadual penuh jugak harini tapi tengok la macam mana nanti.
 
Azhar
010-2207181
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...