Saturday 4 May 2013

Cerita Pasal Buku

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.

Harini 4 Mei 2013.
Esok hari Pilihanraya Umum ke-13.
Dah ramai yg balik kg halaman utk jalankan tanggungjawab masing2.
Dgr khabar jem sana sini.
Apa boleh buat sabar je la.
Layan la radio Ikim ke, ceramah agama ke, lagu nasyid yg berunsur ketuhanan ke.
Insya Allah tenang. Hehehe.
 
Entry kali ni just nak share sikit pasal buku.
Actually dalam sebulan dua kebelakangan ni aku suka sgt beli & baca buku.
Mungkin terkesan dgn mentor aku CDM Kamarudin.
Mmg kategori ulat buku la.
Tak pernah la kat tgn dia tak ada buku.
Sepanjang masa dgn buku.
Kat fb pun dia ada buat page.
Namanya Rumah Buku.
Boleh search kat fb & klik like utk follow.
Aku tak dapat la nak ikut cara dia.
Time management aku masih fail lagi. Hehehe.
Tak apa la.
Slowly.
 
Biografi Muhammad Bin Abdullah.
Antara koleksi terbaru aku.
Sangat menarik.
Penuh dgn kisah baginda nabi bersama para sahabat.
Daripada baginda lahir hingga wafat.
Jujur cakap aku ni dulu kalau bab2 sejarah ni memang tak la.
Result subject sejarah aku dulu pun ke laut.
Sebelum ni jenis buku yg aku minat pun yg berunsur motivasi.
Lain2 tu biasa2 je.
Tapi lately lain pulak.
Aku minat gila baca cerita2 sejarah.
Dalam buku ni mmg detail termasuk la kisah peperangan pada zaman baginda.
 
As-Syamail Al-Muhammadiyah.
1 lagi buku antara koleksi terbaru aku.
Yang ni mmg aku dah lama cari.
Selalu dgr ceramah Ustaz Don banyak kali sebut pasal buku ni.
Alhamdulillah rezeki dapat jumpa.
Buku ni banyak cerita mengenai baginda nabi berdasarkan hadis2 sahih.
Pun sgt best & bermanfaat.
Atleast apa je yg kita buat ikut cara baginda nabi dah dapat pahala.
Kalau tak baca tak tahu.
 
Ni 1 lagi.
Israk Mikraj.
Perjalanan baginda nabi menuju ke Sidratul Muntaha.
Kalau baca kat internet banyak kontroversi.
Buku ni lengkap dgn tinjauan dari sudut saintifik di sebalik kontroversi2.
Aku belum sempat baca lagi.
Maklumlah time management fail. Hehehe.
Kalau dah baca nanti aku akan share sikit2 kat sini.
Insya Allah.
 
Azhar
019-6696181

Thursday 2 May 2013

Video Istimewa

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
 
Straight to the point.
Entry kali ni aku nak post 1 video yg sgt istimewa.
Aku tgk live dgn mata kepala aku sendiri masa video ni dirakamkan.
Hampir menitis air mata.
Terus terbuka pintu hati.
Terus jatuh cinta.
Terus mencuba.
Subhanallah.
Tak terungkap dgn kata2.
 
 Jom sama2 luangkan sedikit masa.
Layan video ni.
 
 
Sejak guna BV ni dah banyak perubahan yg berlaku dalam family aku.
Ada yg boleh cerita.
Ada yg tak boleh cerita.
Especially bab kesihatan la.
Syukur sgt2 kat Allah.
 
Bio Velocity Sleep Mate.
Teknologi Cahaya Matahari dari Ilahi.
 
Sesiapa yg berminat nak dapatkannya,
call / sms / wechat / whatsapp / dll
 
Azhar
019-6696181

Wednesday 1 May 2013

Hormati Ilmu & Orang Yang Memberi Ilmu

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
 
Just to share.
Baru2 ni aku ada attend 1 kursus di sekitar Bangi.
Kursus 2 hari.
Free of charge.
1 sen pun tak kuar duit poket sbb opis yg bayar.
 
Kursus Menterjemah Motivasi Diri.
Penceramah, Tuan Haji Abdul Wahid aKa Eagles (nama samaran).
 
Antara peserta yg hadir.
Lebih kurang 20 orang semuanya.
 
Frankly speaking penceramah ni biasa2 je.
Low profile.
Penyampaian pun biasa2.
Tp pengalaman sgt luas bukan setakat kat Malaysia malah di luar negara.
Cuma maaf cakap la.
Yg aku nak tulis ni bukan pasal penceramah kursus ni.
Tp pasal sebahagian peserta kursus ni.
Sardis (sedih).
 
Langsung tak hormat penceramah.
Orang tu tgh bagi ilmu dalam majlis ilmu.
Bersungguh2 dia cuba bantu & bagi ilmu sebaik mungkin.
Tp kita sebahagiannya buat endah tak endah je.
Datang ikut suka.
Keluar masuk pun ikut suka.
Orang tgh bagi ilmu kat dalam, dia seronok sakan sembang kuat2 kat luar.
Ketawa berdekah2 kat luar dewan sampai kat dalam pun dengar.
Kalau tak suka sekalipun pun atleast respect la sikit.
Kalau niat attend kursus semata2 nak cukupkan 7 hari kursus pun agak2 la.
Majlis ilmu ni.
Penuh dgn para malaikat yg mendoakan kita.
Kursus ni pun more to pembangunan peribadi & sahsiah diri.
Banyak benda kot yg boleh dipraktikkan.
Bukan sekadar dalam opis malah lebih besar lg dalam kehidupan.
Banyak faedah yg kita boleh dapat.
Jgn la bajet diri tu bagus sgt sampai langsung tak hormat ilmu.
Agak2 kalau anak2 kita dapat tengok perangai kita yg macam tu apa dia kata????
Cuba fikir sekejap.
 
Personally aku mmg jarang dapat peluang attend kursus yg macam ni.
Tahun 2010 ada sekali kat Putrajaya.
2011 pun sekali kat KL.
2012 langsung tak ada.
So bila sekali2 dapat peluang macam ni mmg aku akan manfaatkan betul2.
Lagi2 ilmu utk dunia & akhirat macam ni.
Rugi besar kalau sia2kan macam tu je.
 
Petikan dari kata2 Prof Dr Muhaya.
Kalau diberi peluang kita sepatutnya hadir kursus/seminar yg menyumbang kepada pembangunan sahsiah diri berbanding pembangunan kerjaya.
 
Wallahu'alam.
 
Aku minta maaf kalau ada rakan2 yg terkecil hati dgn ayat2 di atas.
Sekadar luahan hati utk kebaikan kita bersama di masa hadapan.
 
Azhar
019-6696181

Kembali & Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
 
Lamanye tak menulis kat sini.
Kalau ikutkan ramai jugak kawan2 yg tanya.
Kelmarin masa kursus pun ada member tanya.
Malam tadi masa kat USJ Taipan pun ada jugak yg tanya.
Mulut aku ni spontan je menjawab "terlalu busy kebelakangan ni".
Dalam masa yg sama hati kecil berbisik itu cuma alasan.
Betul kata org mulut boleh menipu tp hati takkan boleh menipu.
Cuma hakikatnya kalau hati betul2 bersih mulut pun takkan boleh menipu.
Wallahu'alam.
 
Actually aku dah lama tak menulis kat sini mmg bersebab.
Jujur cakap mmg sengaja tak nak tulis.
Bukan tak ada idea.
Bukan tak ada masa.
Bukan tak ada aktiviti yg nak dikongsi.
Ikutkan banyak je benda yg boleh ditulis tp mmg aku yg pilih utk tak tulis.
 
Macam mana nak cakap eh.
Susah nak cerita.
Kalau nak cerita pun sampai esok pun tak abis.
Later la.
Cuma yg pasti lepas ni aku akan start menulis balik.
Content & pendekatan je la yg sedikit berlainan.
Sahabat2 semua doa2kanlah.
 
Harini.
Tanggal 1 Mei 2013.
Selamat bercuti buat semua warga Malaysia.
Selamat Hari Pekerja.
 
 
Tak kira la sama ada kita bekerja dgn orang atau bekerja sendiri, semoga kita menjadi pekerja yg cemerlang.
Semoga apa kerja yg kita lakukan di dunia ini menjadi ladang pahala buat kita di akhirat kelak.
 Insya Allah.
 
 Azhar
019-6696181
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...