Saturday 30 June 2012

Dr Azizan Osman

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah harini aku bersama beberapa orang rakan niaga berkesempatan untuk tuntut ilmu dari pakar pemasaran, Dr Azizan Osman.
Dah lama sebenarnya teringin nak jumpa beliau.
Nak dengar sendiri perkongsian ilmu beliau.
Selalu dengar orang lain je bercerita.

Alhamdulillah harini diperkenankan.
Mungkin juga secara tak sengaja.
Aku sangat teruja.
Ilmu yang beliau bagi memang sangat berguna terutamanya bagi aku yang berniaga ni.
InsyaAllah ada rezeki aku pasti jumpa beliau lagi.


Hampir 5 jam sesi bersama beliau siang tadi betul2 dah buka mata aku.
Banyak benda mudah yang selama ni aku selalu terlepas pandang.
InsyaAllah kesilapan yang lepas akan dijadikan pengajaran dan sempadan.
Semoga aku akan lebih kaya dan berjaya bukan saje di dunia malah di akhirat kelak.

Azhar
010-2207181

Separuh Masa Kedua 2012

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur ahamdulillah kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke saat ini.
Biarpun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan cabaran kebelakangan ni,
aku tetap bersyukur dengan ketentuan ni.

Sedar tak sedar esok dah masuk separuh masa kedua 2012.
Cepat betul masa berlalu.
Rasa macam baru semalam je pasang azam tahun baru.
Tahu2 dah 6 bulan berlalu.

Kini dah tiba masa untuk berubah.
Masa untuk bertindak.
Masa untuk pecut sampai ke garisan penamat.

Pelari Terpantas di Dunia, Usain Bolt

Pecutan separuh masa kedua.
Sudahkan anda bersedia??

Azhar
010-2207181

Tuesday 26 June 2012

Overlap

Assalamualaikum.
Salam sahabat.

Jam sekarang dekat2 pukul 5 pagi.
Aku tak boleh nak lelap mata balik.
Dari pukul 3.30 tadi bangun buat apa2 yang patut dulu,
lepas tu sampai sekarang tak boleh nak tidur balik.
Nak layan euro takde live pagi ni.

Aku nak cerita sikit pasal bisnes appointment aku malam tadi.
Maaf cakap berlagaknya mamat yang aku jumpa tu.
Nama tak payah la aku sebut kat sini.
Aku kenal dia pun kawan atas kawan.
Dia kerja kerajaan.

Pada dia kerja kerajaan tu dah habis bagus.
Dah habis terjamin masa depan.
Kemudahan banyak.
Aku bukan la nak kondem dia.
Aku sendiri pun kerja kerajaan.
Aku tanya jugak apa kemudahan yang dia maksudkan.
Macam2 la yang dia cakap.
Dan yang paling utama nak buat pinjaman bank senang. Hehehe.

Biar aku cerita sikit bab2 pinjaman bank ni.
Dulu mungkin dia kata kerja kerajaan ni untung.
Senang nak buat loan.
Atau istilah yang lebih tepat lagi overlap.
Overlap bila desperate.
Overlap bila nak pergi bercuti.
Overlap bila nak start musim sekolah anak2.
Overlap untuk tambah "savings" anak2.
Dan macam2 lagi.
Tapi hakikatnya sekarang dah tak sama macam dulu.
Orang kerja kerajaan pun bukan senang nak sesuka hati overlap.
Member2 bank aku sendiri yang inform.
Dalam masa sebulan ni pun dah lebih 5 kes yang aku jumpa.
Nak overlap tak lepas.
Time tu baru nak menyesal.
Menyesal sebab tak ambil peluang dari dulu.
Masa dulu dia duk rasa selesa je dengan "kemudahan" yang dia ada sebagai penjawat awam. 

Overlapping circles.
Yang dapat dalam tangan sikit je macam yang tengah kat dalam gambar ni.
Tapi terasa macam dunia ni "aku yang punya". Hehehe.

Pengajaran yang aku dapat dari appointment malam tadi ialah :
Jangan mudah rasa selesa dengan apa yang kita ada harini.
Kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Kita tak tahu apa yang akan jadi esok hari.
Sekurang2nya kita telah bersedia.

Azhar
010-2207181

Sunday 24 June 2012

Pusara Mak

Assalamualaikum.
Salam Hujung Minggu.


Alhamdulillah pagi tadi aku dan kakak aku berkesempatan ziarah pusara mak.
Ini memang aktiviti pagi minggu kami kalau takde apa2 urusan lain sejak 12 tahun yang lalu.

Pukul 8 pagi kami sampai sini.
Kawasan perkuburan ni dah banyak perubahan sekarang.
Kalau dulu kena parking kereta kat atas.
Sebelah jalan besar.
Sekarang ni dah boleh turun bawah.
Dah ada jalan dari atas turun ke bawah.
Boleh parking betul2 sebelah kubur. 
Syukur la atas perubahan ni.
Semoga akan lebih memudahkan sesiapa yang datang menziarahi pusara saudara mereka.
InsyaAllah.

 

Susah Nak Percaya

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Susah nak percaya.
Minyak enjin JTX 1000 boleh ubah kehidupan kita??
Nak cakap banyak pun tak guna.
Jom layan cerita pasal member aku ni.

JTX 1000.
Mula2 dulu aku syorkan kat member aku ni try pakai minyak enjin ni tapi dia tolak mentah2.
Macam2 la hujah dan pandangan dia.
Sampai aku ni pun dia cakap macam2.
Padahal aku suruh dia try je.
Dia siap debate lagi dengan sifu aku yang pakar pasal minyak enjin ni.
Entah macam mana 1 hari tu Allah buka pintu hati dia untuk try jugak.

Percubaan pertama.
Dan terus menerus menggunakannya sampai hari ni.
Jom tengok apa hasilnya.

Inilah hasilnya.
Sekarang dah jadi tauke besar JTX 1000.

Beberapa bulan yang lepas aku set 1 appointment dengan dia.
Kami lepak kat kedai makan area Dengkil.
Aku tanya dia.
"Kau percaya tak dengan JTX 1000 ni pun kau boleh buat duit lebih??
Bukan setakat pakai dan jual je.
Kau boleh dapat fixed income tiap2 bulan.."

Mulanya dia tak percaya.
Bila aku dah tunjuk cara, dia pun yakin dan dia cuba.
Alhamdulillah dalam masa beberapa bulan dah nampak hasilnya.
Setiap 10 haribulan dia dapat bonus masuk dalam akaun Maybank dia.
Nak tahu berapa??
Jumpa dan tanya la dia sendiri.
Secara peribadi aku memang tumpang bangga dengan kejayaan dia.

Sekarang ni pun dia tengah bercuti panjang dengan isteri dia.
Cuti2 Malaysia.
Habis dia tawaf negeri Kedah dan Penang.
Dari 1 tempat ke 1 tempat dia pergi.
Dari 1 hotel ke 1 hotel dia menginap.
Berbulu pulak mata aku ni tengok dia duk post kat FB. Hahaha.
Entah bila dia nak balik sini aku pun tak pasti.

Ni gambar dia yang aku curi dari wall dia.
Tengok la tu sekarang ni pergi bercuti pun pakai cap JTX 1000. Hehehe.

Terbaeekkk bro.
Kita buat, InsyaAllah kita dapat.
Kita percaya, InsyaAllah kita akan berjaya.

Syukur la.
Daripada pengguna, kini dah jadi usahawan berjaya.
Tahniah.

Anda bila lagi??
(Aku pinjam tagline dia)
Azhar
010-2207181

Jom ke LOPA

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Kelmarin aku ke USJ.
Semalam aku ke Nilai.
Semuanya atas urusan akademi.
Sedang berusaha untuk bina group kat sana.
Sedang berusaha untuk bantu mereka yang ingin mencipta sejarah dalam kehidupan.

Kalau ikutkan aku plan nak turun sana dengan CDM Kartini dan CDM Kamarudin.
Dah discuss pun dengan diorang haritu.
Cuma takde rezeki kali ni sebab mereka berdua ada kat Sabah.
Mereka sedang gempur kat sana.

 Ini gambar sebahagian dari group aku kat Nilai.
Mereka sedang mengorak langkah untuk sama2 fight ke LOPA (London & Paris).
Umrah pun InsyaAllah boleh dapat.

All the best.
Bertemu anda di Puncak Kejayaan.

Azhar
010-2207181

Saturday 23 June 2012

36 Weeks

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tadi aku bawa wife pergi check up kat Klinik Jameaton.
Antara klinik pakar puan yang wife aku selalu refer sejak mengandung pertama dulu.
Tadi pergi tu takde appointment pun.
Cuma wife aku tiba2 terasa nak tengok condition baby dalam perut dia.

36 weeks??
Terkejut jugak aku bila doktor kata dah 36 weeks.
Bila2 masa boleh bersalin.
Setahu aku due wife aku pertengahan Julai nanti.

Wife aku takde lain soalan dia.
Sibuk duk tanya doktor lagi baby girl ke baby boy.
Rasanya setiap kali jumpa doktor ni mesti dia tanya. Hehehe.
Suka la tu sebab jawapan doktor menggembirakan hati dia.

Alhamdulillah doktor kata condition baby semuanya ok.
Berat pun ok.
Cuma yang risau sikit baby masih songsang.
Selasa ni ada appointment.
Maybe appointment yang terakhir.
Hopefully dalam masa terdekat ni baby pusing la.

Apapun aku sentiasa berdoa semoga semuanya dipermudahkan Allah.
Amin.
 
Ni gambar Aidil masa mama dia duk tunggu giliran tadi.
Dah main basketball pulak.
Demam euro pun tak habis lagi dia dah tukar angin.

P/S : Macam mana la si Aidil ni bila dia dah ada adik nanti. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Warung Bukit

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Pagi tadi breakfast luar.
Isteri aku dari malam tadi duk menyebut nak makan roti canai kat Warung Bukit.
Kebetulan aku free then aku on je la.

Warung Bukit.
Sebenarnya aku tak tahu pun nama sebenar warung ni.
Geng2 aku je yang panggil macam tu.
Warung dia memang tersorok la.
Kat tepi jalan besar menghala ke Bdr Baru Bangi.
Walaupu tersorok tapi ramai betul orang yang makan kat situ.
Penuh.
Nak parking pun 1 hal.
Jom layan gambar sikit.
Ni belum gambar kat tepi jalan besar lagi.

Bersusun kereta sana sini.
Kadang2 ada yang main suka2 je block kereta orang.
Ini gambar kereta parking.
Jom layan gambar orang yang datang pulak.

Beratur nak tunggu tempat duduk.
Tapi orang tak kisah yang penting dapat makan.

Suasana dalam warung.
Full house.

Segala ruang penuh dengan pelanggan.
Pelanggan yang datang pun silih berganti.
Kita bangun je orang lain dah datang duduk.

Kali ni aku dapat port corner lot. Hehehe.
View ala2 kehijauan kampung gitu.
Tapi memang suasana kampung pun warung ni.

Aidil baca doa makan.
Biarpun pelat tapi aku faham la sikit2 butir doa dia tu.
Yang pelik doa makan dengan doa tidur sama je bunyinya. Hehehe.
Takpe la kecik lagi.
Belum 3 tahun lagi.
Nanti dah besar sikit lagi abah ajar Aidil baca doa betul2.

Sori gambar makan aku tak ambil atas sebab2 peribadi.
Apa makanan istimewa kat sini??
Kebanyakan yang datang nak pekena kari kambing.
Roti canai dengan kari kambing la.
Roti dia pun sedap lembut je.
Selain tu ramai yang serbu soto dan mee jawa.
Tip top.

Tadi isteri dan anak aku pekena 3 keping roti canai.
Aku roti telur.
Dan aku tapau soto dan mi jawa untuk mertua aku yang tengah tak berapa sihat.
Semoga cepat sembuh.

Syukur alhamdulillah rezeki untuk harini.
Masa nak bayar tadi tauke tu kata tak payah bayar.
Ada dato' belanja.
Dato' tu belanja semua orang yang makan kat situ harini.
Mudah2an bertambah murah rezeki dato' tu hendaknya. 
 Amin.

Moral of the story.
Jangan berkira untuk bersedekah.
InsyaAllah Allah akan lipat gandakan rezeki kita di kemudian hari.
Atau setidak2nya itulah kebaikan yang akan kita bawa ke akhirat kelak.
Dengan syarat kita betul2 ikhlas.
Wallahualam.
(Peringatan buat diri sendiri) 

Azhar
010-2207181

Friday 22 June 2012

Duit Raya

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Sedar tak sedar dah masuk bulan Syaaban.
Lepas tu Ramadhan dan seterusnya Syawal.
Rasa cepat betul masa berlalu.

Ramai orang dah mula pun buat persiapan untuk raya ni.
Padahal puasa ramadhan pun belum lagi ni.
Puasa ganti tahun lepas pun silap2 tak habis ganti lagi. Hehehe.
Kat opis aku member2 dah start jual baju raya.
Kuih raya pun dah ada yang start bercerita.
Amboi semangat gila.

Aku terus terang la memang aku takde jual baju raya.
Kuih raya pun sama.
Cuma aku nak cuba bantu kalau ada siapa2 yang nak cari duit raya.
Kami di akademi ada cara.
Yang penting mesti kena usaha.

Kalau tak salah aku raya tahun ni dalam pertengahan bulan ogos.
So memang cun sangat la tu.
Buat tindakan segera.
Yang paling penting mesti kena percaya.
InsyaAllah 10 Julai ni boleh dapat RM6,500.
10 Ogos pulak dapat RM3,500.
Dan bulan2 seterusnya.
Akademi akan bantu.
Dalam masa 2 bulan ni pun dah boleh dapat lebih kurang RM10,000.
Dah tentu raya tahun ni akan sedikit berbeza dari tahun2 sebelumnya.
Bukan untuk kita.
Tapi untuk anak isteri kita.
Untuk kedua orang tua kita.

Jangan tunggu lagi.
Call/sms segera jangan segan2.

Azhar
010-2207181

Thursday 21 June 2012

Juara

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Wow medal ape ni??
Dapat Johan tu.
Bukan Johan Raja Lawak.
Tapi Johan aKa Juara aKa Champion.

Ni medal yang aku dapat untuk Sukan Program, KKM 2011.
Main kat Bangsar masa tu.
Sukan tahun lepas tapi hadiah baru dapat tahun ni. Hehehe.
Seperti biasa aku wakil untuk sukan Ping-Pong.
Alhamdulillah dapat Johan.
Padahal dah bertahun tak main sebenarnya.
Turun training apatah lagi.
Memang ke laut la main.
Menang ni pun maybe sebab team aku yang kuat.

Sebut pasal juara.
Pada aku jadi juara tu tak penting.
Yang lebih penting nak kekalkan kejuaraan.
Jadi juara tu siapa2 pun boleh.
Tapi nak kekal juara tu tak semua orang boleh buat.
Kalau nak kekal juara mesti la kena jadi juara dulu.
Dah jadi juara baru la ada peluang nak kekalkan kejuaraan tu.
Faham ke??
Berpusing2 ayat aku. Hehehe.

Dipendekkan cerita.
Nak kekal juara kena la selalu turun padang.
Nak kekal juara kena la selalu training.
Nak kekal juara kena la sentiasa asah skill.
Nak kekal juara kena la berfikiran positif.
Nak kekal juara kena la ada mentor dan trainer.
Nak kekal juara kena la ada support team.
Nak kekal juara kena sentiasa bersemangat.
Nak kekal juara kena la bergaul dengan juara2.

Semua ni ada dalam Akademi Taipan 181.
Sebab tu la harini ramai Juara sedang beraksi di gelanggang.
Ramai yang masih terus berjuang untuk mengekalkan kejuaraan.

Azhar
010-2207181

Mana Menghilang??

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menulis di sini.
Harini ada 3 orang yang duk tanya aku mana menghilang??
Dah berapa hari tak dengar cerita??
Blog pun tak update??

Stress ada.
Terharu pun ada bila ada orang tanya macam tu.
Apapun terima kasih la kerana sudi bertanya.

Aku masih di sini.
Aku masih macam biasa.
Melalui hari2 seperti biasa.
Siang kerja opis.
Malam pun kadang2 kerja dengan akademi
Cuma bezanya siang kat opis aku penat berfikir.
Kepala otak aku ni dipaksa untuk lebih berfikir.
Kadang2 sampai dah tak mampu nak fikir.
Itu yang malam kepala terus jammed.
Tak larat nak mengadap netbook dah.
Tambah2 pulak kalau balik dari demo.
Paling kuat pun aku duk layan euro je dengan wife aku.
Netbook memang tak usik.
Berapa hari ni buka fb semua pun pakai fon je.

Apa je yang difikir kat opis tu??
Macam2 la.
Cerita panjang pun tak guna.
Mudah2an Allah buka la pintu hati mereka2 untuk cepat2 bertaubat.
Cukup2 la hidup dengan menyusahkan orang lain.
Cukup2 la mengganggu periuk nasi orang lain.
Cukup2 la memporak-perandakan orang lain.
Cukup2 la menipu dan membohong sana sini sepanjang masa.
Cukup2 la memfitnah orang lain.
Cukup2 la menuding jari ke orang lain untuk selamatkan diri sendiri.
Cukup2 la main politik kotor untuk jatuhkan orang lain.
Cukup2 la buat orang lain sengsara dan menderita untuk bekerja.
Cukup2 la buat orang lain menangis.


Kita ni semua hidup sementara je.
Biar orang menangis di saat meratapi pemergian kita.
Jangan sampai orang bertepuk tangan bersorak gembira mengiringi pemergian kita.
Ya Allah, mohon dijauhkan.

Sunday 17 June 2012

Semakin Sihat

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah Aidil dah semakin sihat.
Minggu lepas dia tak berapa sihat.
Demam panas on off.
Tengah musim agaknya.
Penutup haritu dia kena diarrhea pulak.
Jenuh la mama dia kena kerja overtime. Hehehe.

Hari khamis tu aku ke sana ke sini duk cari susu baru untuk dia.
Biasa kalau dia diarrhea aku bagi susu Nan LF je.
InsyaAllah okay.
Tapi dugaan haritu cari punya cari tak jumpa2.
Syukur ramai kawan2 yang bagi suggestion kat FB.
Esoknya dah kembali sihat seperti sediakala.

Semalam Aidil dah turun padang.
Main bola kat taman permainan Bdr Baru Bangi.
Peluh dia mengalahkan main kat Euro.
Tapi tak kisah la yang penting dia enjoy.
Selesai tu kami pergi basahkan tekak kat padang, Sri Serdang.

Apapun aku berdoa mudah2an Aidil akan sentiasa sihat.
Senang sikit hati abah dia nak keluar kerja dan berniaga. Hehehe.

Azhar
010-2207181



Dengkil & Alamanda

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.
Salam Hujung Minggu.

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini.

Pagi tadi sepatutnya aku ada appointment dengan CC Azmi.
Tapi last minute cancel atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Rezeki Allah sangat luas bagi kita yang tak pernah putus asa.
Aku dapat set appointment lain kat Dengkil.
Mudah2an semuanya akan berjalan dengan lancar.
InsyaAllah.

Lepas zohor aku ke Alamanda.
Wife aku nak belanja makan sempena hari bapa.
Garden Lifestyle Store & Cafe, Alamanda.
Wife aku dah jatuh cinta dengan tempat ni.

 Kid set untuk Aidil.
Ada Pizza, Fries & Ribena.

As usual, Hot Sizzling Chicken Chop.

Wife aku pun menu yang sama.
Sehati sejiwa katanya.
Alhamdulillah kenyang.
TQ sebab sudi belanja.

Kemudian kami plan nak jalan2 tapi wife aku tak larat pulak.
Katanya perut rasa lain macam.
Doktor dah kata standby so kami standby je la.

Dah alang2 sampai Alamanda, tak sah kalau tak singgah MPH.
Aku memang dah plan nak shopping buku2 yang aku berkenan.
Disebabkan aku nak pilih buku dengan suasana yang tenang,
terpaksa la wife aku layan Aidil kat tempat permainan kanak2 depan Old Town tu.
Kalau tak jenuh aku nak melayan Aidil kat dalam MPH.
Asyik beli buku dia je. Hehehe.

Tapi tak sampai 5 minit kat dalam MPH, wife aku dah call.
Dah rasa lain macam dan tak larat sangat katanya.
 So aku pu bergegas la tak boleh tunggu lama.

Sempat jugak beli.
TQ cashier sebab buka lane emergency untuk aku.

Ini je 2 buah buku yang sempat aku beli tadi.
Damn Good Advice.
Tajuk macam ganas tapi isinya tak ganas pun.
1 lagi buku pasal Riba.
Isu penting yang semakin dipandang remeh oleh kebanyakan orang.
InsyaAllah aku akan kongsikan kemudian bila dah habis baca nanti.

Azhar
010-2207181

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

17 Jun 2012.
Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh dunia.


Sempena hari bapa ni, aku nak tanya sesuatu.
Apa yang kita tak tahu tentang seorang bapa atau ayah???

Mungkin ada yang pernah terbaca teks2 kat bawah ni.
Tapi yang penting ia sangat bererti bagi kita yang masih punya insan bergelar bapa.
Jom sama2 kita renungkan.

Mungkin ibu lebih kerap menelefon kita dan menanyakan keadaan kita setiap hari.
Tapi tahukah kita sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita??

Semasa kecil, ibulah yg lebih sering mendukung kita.
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu jangan minum ais!!".
Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.
Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!".
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita.
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.
Maka kita telah melanggar kepercayaannya.
Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan penuh kerisauan.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah dan kolej untuk belajar.
Di saat kita memerlukan itu dan ini untuk keperluan kuliah,
ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak dan beliau memenuhinya.
Saat kita berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita.
Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang, a
yah sangat berhati2 merestuinya.
Dan akhirnya saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangannya,
ayah pun tersenyum bahagia.
Mungkin juga kita tak tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis.
Ayah menangis kerana sangat gembira dan bahagia.

Setelah itu ayah hanya menanti kedatangan kita bersama cucu2nya yang sesekali datang.
Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak kuat, ayah tetap berdoa.
"Ya Allah. Kau selamatkanlah anak menantuku, cucu2ku dan seluruh keturunanku.
Kau berikanlah aku kesempatan untuk bertemu dan menatap wajah mereka yang sangat aku rindui."

Selamat Hari Bapa.
Semoga ini bukan kali terakhir aku dapat mengucapkannya buat abah aku.

Kami sayang abah.

Saturday 16 June 2012

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

17 Jun 2012 bersamaan 27 Rejab 1433H.
Peristiwa Israk dan Mikraj.
Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
dan kemudian mikraj ke Sidratul Muntaha.
Peristiwa agung yang diabadikan di dalam Al-Quran untuk dihayati oleh umat baginda.


Peristiwa ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah.
 Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang berbaring2 bersama Saidina Hamzah dan Saidina Jaa'far di Masjidil Haram,
tiba2 datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Baginda ke telaga zamzam.
Baginda ditelentangkan dan berlakulah pembedahan
di mana dada Baginda dibedah dan dikeluarkan hatinya.
Hati Baginda dicuci dengan air zamzam kemudian dimasukkan semula dengan unsur ruhani iman dan hikmat.
Setelah itu dada Baginda dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah.
(Peristiwa ini menunjukkan perkara pertama yang harus dilakukan untuk menuju ke jalan Allah ialah pembersihan diri dari segi rohani dan jasmani)

Seterusnya Baginda dipersilakan Jibril untuk menunggang Buraq.
Buraq adalah seekor binatang yang boleh bergerak dengan sangat laju.
Menurut riwayat, Buraq yang dipilih Jibril adalah sangat istimewa.
Buraq merupakan binatang yang agak liar.
Namun apabila diberitahu Jibril bahawa Nabi Muhammad s.a.w akan naik dibelakangnya,
badannya berpeluh.
Ia ternanti2 saat untuk bertemu Baginda sehingga tidak lalu makan dan minum.
(Peristiwa ini menggambarkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang begitu tinggi terhadap Nabi Muhammad s.a.w, bagaimana pula dengan kita manusia yang mengaku umat Muhammad)

Buraq membawa Baginda sambil diiringi Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri.
Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.

Selang beberapa ketika perjalanan, Baginda tiba di suatu tempat bernama Thaibah.
Jibril menyuruh Nabi Muhammad s.a.w berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat
dan memberitahu di sinilah kelak Baginda akan melakukan hijrah.

Thaibah atau nama lain Yastrib dan harini dikenali sebagai Madinah

Kemudian Baginda meneruskan perjalanan sehingga sampai ke suatu tempat bernama Bukit Tursina.
Tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu.
Sekali lagi Baginda berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat.

Bukit Tursina

Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke suatu tempat bernama Baitul Laham.
Tempat Nabi Isa dilahirkan dan sekali lagi Baginda melakukan solat 2 rakaat.
(Perkara ini menggambarkan tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila kita singgah di masjid dan tempat2 mulia)

Perjalanan ke Baitul Maqdis diteruskan lagi.
Sepanjang perjalanan Baginda diperlihatkan dengan kejadian2 aneh.
Setiap kali melihatnya, Jibril akan menerangkan hakikat disebalik kejadian2 tersebut.
Ayuh sama2 kita ambil iktibar akan kejadian2 ini.

1) Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Baginda dari belakang.
Jibril mengajar doa menangkis serangan jin.
Apabila membacanya jin tersungkur.

2) Sekumpulan manusia memcahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.
Balasan bagi orang yang tidak menunaikan solat.

3) Sekumpulan manusia yang memakai cawat dihalau untuk memakan buah berduri yang amat pahit.
Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

4) Sekumpulan manusia yang dihidangkan 2 mangkuk daging iaitu daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memakan daging mentah yang busuk.
Balasan kepada mereka yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.

5) Beberapa orang yang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambah lagi bebanan.
Balasan kepada mereka yang diamanahkan sesuatu tugas.
Walaupun tidak mampu melakukannya tetapi masih menerima amanah dan tugas lain.

6) Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi tanpa henti.
Balasan kepada mereka yang menyuruh orang lain berbuat baik tetapi dia sendiri tidak melakukannya.

7) Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.
Balasan kepada mereka yang mengumpat dan membuka rahsia orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.

8) Seekor lembu yang keluar dari lubang yang sempit dan cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.
Balasan kepada lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tetapi tidak mampu menarik perkataannya.

9) Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu lalang.
Gambaran orang yang suka berpeleseran dn melepak.

10) Sekumpulan orang yang berenang di dalam sungai darah. Mereka dicampakkan dengan batu. Batu2 itu diambil dan dimakan.
Balasan kepada mereka yang makan riba.

Setelah melalui perjalanan yang penuh dengan pelbagai kejadian,
akhirnya Baginda sampai ke Baitul Maqdis.
Baginda telah dinanti oleh jemaah nabi terdahulu.
Baginda melakukan solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Baginda mengimami solat bersama nabi terdahulu.
Kemudian Baginda dihidangkan 3 minuman berisi susu, arak dan madu.
Baginda memilih susu.

Selesai peristiwa Israk, tiba masa untuk Baginda dimikrajkan.
Bermulalah perjalanan Baginda ke Sidratul Muntaha.
Perjalanan melalui langit pertama hingga ketujuh dan seterusnya ke Sidratul Muntaha.
Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril akan memberi salam.
Dan setiap malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad s.a.w akan diperkenalkan kepada nabi yang menunggu di situ.
Kesemua nabi mendoakan akan kesejahteraan nabi Muhammad s.a.w.
Langit pertama Baginda bertemu Nabi Adam.
Bapa kepada segala manusia.
Langit kedua bertemu Nabi Isa dan Nabi Yahya.
Langit seterusnya bertemu Nabi Yusof, Nabi Idris, Nabi Harun, Nabi Musa,
sehingga langit ketujuh bertemu Nabi Ibrahim.

Begitulah serba sedikit cerita yang aku nak share.
Sebahagian besar cerita ni aku dapat dalam 1 artikel yang aku baca.
Aku mohon maaf andai ada percanggahan fakta berkaitan peristiwa ini.
Biarpun banyak perbezaan pendapat mengenai peristiwa Israk Mikraj ni,
yang paling penting kita dapat memahami nilai2 Islam yang boleh dijadikan tauladan.
Contohnya tanda2 kebesaran Allah.
Penciptaan alam semesta.
Perintah menunaikan solat.
Dan macam2 lagi.

Wallahualam.

Thursday 14 June 2012

Kembali Beraksi

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah harini rasa dah semakin sihat.
Badan pun dah rasa selesa sikit.
Baru la boleh fokus sikit.

Pagi tadi wife aku ada appointment doktor.
Minggu ni je dah 3 kali check up.
Alhamdulillah doktor kata dah boleh discharge.
Semuanya nampak dah semakin ok.
Appointment harini punya la lama sebab ada event apa entah.
Aku dan wife aku malas nak tunggu then kami pergi la cari makan dulu.
Again kami lepak kat gerai dalam kawasan surau yang aku share kelmarin tu.
Rezeki la tiba2 ada pulak ikan bakar tadi.
Try pekena 1 round memang terangkat jugak.
Murah pun murah.
Lupa pulak nak ambil gambar.

Petang tadi pulak ada appointment kat Gerai Teh O Beng 70 sen.
Aku kembali bergabung dengan trainer aku, Abg Hamizul.

Alhamdulillah nampak gaya macam berhasil.
Umrah, London & Paris punya penangan.
Kalau tak fight memang rugi.

Jomm.
Siapa nak follow, call la ye.

Azhar
010-2207181
 

Solat Menolak Perbuatan Mungkar

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.


Sekadar perkongsian.
Copy paste dari wall FB member aku.
Saje share kat sini sebab senang sikit nak search kemudian hari nanti.

Jangan sekadar baca je.
Jangan sekadar share je.
(Pesanan untuk diri sendiri)
Yang paling penting jom sama2 kita amalkan.
Mudah2an beroleh kebaikan di dunia juga di akhirat.
InsyaAllah.

Wednesday 13 June 2012

Ujian & Cabaran

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini.

Sebenarnya start dari malam semalam macam2 ujian dan dugaan yang datang.
Lepas selesai 1, yang lain datang.
Selesai lagi 1, yang lain lagi datang.
Bertimpa2 pulak.
Macam diatur2 je.
Tapi memang diatur pun.
Allah yang atur semuanya untuk menguji kekuatan aku.
Untuk menguji keimanan aku.
Untuk menguji sejauh mana kesungguhan aku.

Harini aku takde apa sangat nak share.
Aku pun tak berapa sihat sebenarnya.
Dah lama tak rasa macam ni.
Harap2 akan cepat2 sembuh seperti sediakala.

Aku selalu berdoa agar Allah beri aku kesihatan yang terbaik buat masa ni.
Sebab tanggungjawab aku terlalu besar sekarang.
Terlalu banyak benda yang aku kena selesaikan.
Biarlah aku terpaksa bersusah payah sekarang, mudah2an akan menyenangkan di masa hadapan.
InsyaAllah. 

Tuesday 12 June 2012

Bonus Night

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur alhamdulillah banyak urusan yang dapat diselesaikan harini.
Yang patut submit dah submit.
Yang patut call dah call.
Yang patut follow up dah follow up.
Yang patut jumpa dah jumpa.
Yang patut cakap pun dah cakap. Hehehe.

Lunch time tadi aku lepak Anjung dengan bisnes partner aku, Danny.
Ada plan menarik yang kami bincangkan.
Harap2 kali ni betul2 jadi la.
Apa yang menarik??
Cerita bisnes la apa lagi.
Kalau cerita pasal opis rasa macam nak muntah.
Muak hari2 mengadap benda yang sama.
Bosan hari2 cakap benda yang sama tapi macam tu jugak.
Serupa cakap dengan tunggul.

Lepas kerja petang tadi aku terus ke Dengkil.
Ada appointment pukul 6 petang.
Start on time settle pun awal.
Alhamdulillah sempat balik rehat2 dulu.
Malam ni nak ke USJ Taipan pulak.

Siap free malam ni jom join ke USJ Taipan.
Bonus Night Akademi Taipan 181.
Start jam 8.45 malam.
Sama2 kita saksikan wajah2 baru dalam akademi.
Masing2 akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang bersama akademi.
Masing2 akan ceritakan berapa bonus yang mereka miliki.
Khabarnya ada orang baru dapat bonus RM11,700.
Jom kita dengar pengalaman dia.
Call ya.

Azhar
010-2207181

Tak Banyak Beza

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Pagi semalam aku bawa isteri aku appointment doktor.
Sebelum tu sempat pergi breakfast kat warung dalam kawasan surau area Mardi.
Warung kecik je.
Tumpang kawasan surau.
Nama aku tak ingat pulak.
Tapi makan boleh tahan.
1st time makan situ.
Member opis aku introduce.
Ramai jugak staf Mardi dan staf UPM minum situ.
Tapi aku agak rushing tak sempat nak bertegur sape.

Lunch time aku ke BR Presint 14 Putrajaya.
1st time jugak cuba berurusan kat situ.
Mana tahu kot lebih efficient dari yang sedia ada.
Boleh la tukar angin.

Petang pulak aku duk layan radio je dalam kereta.
Jem tak hengat.
Perjalanan patut 10 minit je jadi lebih 1 jam.
Jumaat lepas pun sama.
Betul2 menguji kesabaran.
Semalam aku decide tukar jalan lain bila 15 minit jem tak gerak2.
Sudahnya 2 km punya jalan aku hadap sampai 20 km.
Tak kisah la yang penting sempat sampai sebelum maghrib.
Sempat singgah Drive Through KFC.
Tapau Whipped Potato untuk Aidil & Zinger untuk isteri aku.

Malam pulak ke Kajang.
Patutnya ke Satay Willy tapi dapat call last minute jumpa kat rumah je.
Close tak close belakang kira.
Yang penting dah share peluang yang ada.

Entry kali ni semuanya cerita kat luar opis.
Kat opis apa cerita??

Kat opis tak payah cerita sebab hari2 sama je.
Kalau ada beza pun sikit2 je.
Jumpa orang yang sama.
Karenah orang yang sama.
Tengok muka orang yang sama.
Pendek cerita memang tak banyak beza la.
So lebih baik tak payah cerita apa2.

Wallahualam.

Azhar
010-2207181

Monday 11 June 2012

Bersama Mentor AT 181

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Pukul 6 petang tadi aku jumpa CDM Kamaruddin dan CDM Kartini kat Sg Ramal.
Saje jumpa nak sembang2 bisnes sambil pekena Sate Willy.
Sedar tak sedar 1 jam lebih jugak la kami bertiga bersembang.
Macam2 tips yang aku dapat.
Macam2 ilmu yang aku belajar.
Sampai pukul 7.30 malam tadi baru balik.

Dah lama jugak tak lepak sini.
Orang tetap beratur panjang nak order Sate Willy.

CDM Kamaruddin.
Terima kasih kerana sudi luang masa.
Terima kasih kerana sudi kongsi ilmu.
Terima kasih kerana sudi bagi tips.
InsyaAllah akan dipraktikkan.

Pengetua Akademi Taipan 181, CDM Kartini.
Orang yang paling banyak bantu aku sepanjang aku bersama Akademi Taipan.
Terima kasih Kak Tini.
Berkat doa dan bimbingannya, aku masih bertahan hingga ke hari ini.

Aku betul2 bersyukur kerana dipertemukan dengan Akademi Taipan.
Siapa2 yang tertanya2 apa itu Akademi Taipan???
Meh call/sms aku.
Akan aku kongsikan.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Sunday 10 June 2012

Hari Ahad

Assalamualaikum.
Salam Hujung Minggu.

Esok dah start kerja.
Budak2 sekolah pun dah start naik sekolah balik selepas cuti 2 minggu.
Mak ayah yang hantar anak sekolah tu akan bermula balik la rutin biasa mereka.
Itu esok punya cerita.

Harini apa cerita??
Labih baik dari semalam??
Atau lebih teruk dari semalam?? Hehehe.
Apapun tetap kena bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup sehingga saat ini.

Harini jadual aku boleh tahan la.
Tapi tak la se"busy" selalu.

Awal pagi aku dah keluar ke Putrajaya.
Mata memang ngantuk tahap gaban la sebab layan bola.
Dah la frust sebab dua2 team favourite aku kecundang.
Netherlands kalah 0-1.
Portugal pun kecundang 0-1.
Buat penat je aku bersengkang mata.
Lupakan cerita bola seketika.
Dari Putrajaya aku terus ke USJ9 untuk BOP Akademi Taipan.

Aku dan bisnes partner aku, Danny sempat pekena Ubi Kayu dulu.
Abg Nasir dan isteri pun ada.

Danny ambil stok Bio Aura.
Permintaan semakin menjadi2.
Siapa yang tak ambil peluang memang rugi.
Yang dah ambil peluang tapi buat setengah jalan pun sama rugi.
Yang tak rugi adalah orang yang buat dan terus buat tanpa henti.
Yang tak putus asa sampai bila2.

Lewat tengahari sikit aku segera balik rumah.
Ada tetamu datang.
Lepas borak2 dengan tetamu, aku masuk bilik untuk solat zohor.
Then layan Aidil main kejap kat atas katil.
Entah macam mana aku boleh tertidur pulak.
Ngantuk sangat agaknya.
Elok pulak Aidil tak kejut aku.

Petang lepas asar aku terus keluar.
Hantar isteri aku pergi tempah baju kurung dia.
Kain meter yang orang bagi dah bertahun2 tak tempah.
So dapat la tempah 2 pasang tadi.

Aku dan Aidil pun terkena tempiasnya.
Tempah jugak baju melayu untuk hari raya pertama.
Isteri aku yang beria2.
Padahal aku dah cakap tahun ni kita semua beraya kat hospital je.
Aidil nak dapat adik masa2 tu jugak rasanya.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Macam-Macam Aidil

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Seperti yang dijanjikan aku nak sambung entry sebelum ni. Hehehe.
Masih semalam punya cerita.

Tengahari semalam aku ke PPR Batu Muda.
Isteri aku punya sepupu kahwin.
Tahniah pada Kak Seha dan pasangan.
Semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa.

Kami konvoi 4 kereta.
Entah macam mana boleh terpisah pulak kat dalam terowong smart. Hahaha.
Tak kisah la.
Yang penting sampai ke destinasi dengan selamat.

Aidil kekenyangan.
Amboi siap pakai tai lagi.
Ingatkan nak pergi opis rupanya pergi kenduri kahwin je.

Dah kenyang perut terus tidur dalam kereta.
Ish ish ish entah perangai siapa la yang dia ikut ni.
Bukan main nyenyak dia tidur.

Dari Batu Muda ke Taman Batu Caves.
Dari Batu Caves aku ke Shell Taman Melawati.
Singgah solat zohor kejap.
Dari Shell ke KLCC pulak.
Aidil masih tidur tak bangun2.
Sudahnya mama dia kejut jugak sebab dah sampai KLCC.
Sepupu sepapat Aidil ajak mandi2 kat air terjun luar tu.

Tengok la tu.
Jumpa air terus hilang ngantuk dia.
Tambah pulak ada kawan2.
Bukan main happy lagi dia.

Aidil bersama sepupunya, Nana.
Nana ni la yang duk layan karenah anak aku ni.
Aidil kalau dah besar nanti jangan lupa.
Kakak Nana ni la yang banyak bersabar dengan perangai dia.

Selesai tu kami pergi makan2 kat area Kg Dato' Keramat.
Nama aku tak ingat.
Makanan Thai yang banyak dijual kat situ.
Finally isteri aku dapat jugak makan Somtam.
Pulut dengan Mangga tu.
Hilang kempunan dia.

Sementara tunggu makanan, sempat solat maghrib kat sini dulu.
1st time aku sampai masjid ni.
Masjid Kg Dato' Keramat.
Aku jatuh cinta pandang pertama dengan design dalam masjid ni.
Sangat menenangkan.

Itulah serba sikit cerita pasal semalam.
Masa untuk bisnes ada.
Masa untuk family ada.
Masa untuk saudara mara ada.
Masa untuk kawan2 pun ada.
Alhamdulillah.

Azhar
010-2207181

Hujan Dengkil

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Baru habis layan Netherlands vs Denmark.
Agak frust la Netherlands kalah 0-1.
Padahal dia control game.
Takpe la adat pertandingan ada menang ada kalah.

Cerita pasal semalam.
Pagi semalam aku ke Dengkil.
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik aku dilimpahi hujan rahmat.
Bagai membawa rezeki. Hehehe.
Aku jumpa member yang aku kenal kat tol Plus.
Dia kerja kat Plaza Tol.
Dia dapat contact aku dari bisnes kad yang aku bagi masa lalu kat tol Nilai.
Aku pun ingat2 lupa dah sebenarnya.
Tapi aku memang selalu la turun Nilai sebab group agak besar kat sana.

For sure la dia call aku sebab berminat nak tahu peluang yang akademi tawarkan.
Katanya gaji sekarang tak berapa nak cukup.
Nak kena cari extra income.
Tapi takut kena tipu sebab sekarang ni macam2 cerita yang dia dengar.

Alhamdulillah dia nampak peluang yang terhidang kat depan mata.
InsyaAllah Isnin ni akan buat full submission.
Lucky company dia kerja tu panel BR.
So mudah sikit untuk urusan dana.

Selesai tu aku balik rumah untuk bersiap2 ke kenduri kahwin pulak.
Isteri aku punya sepupu.
Majlis kat PPR Batu Muda, Selayang.
Nanti aku update kemudian.
Sorry ya.
Terpaksa berundur.
Ada kerja yang terpaksa aku selesaikan sekarang jugak.
Thanks pada yang sudi baca.

Azhar
010-2207181

Saturday 9 June 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.

Aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru
kepada kakak ipar aku punya adik, Mariam.
Malam tadi dah akad nikah kalau tak salah aku.
Tengahari bersanding.

Maaf kami sekeluarga tak dapat hadir.
Ada kenduri kahwin jugak kat Sentul.
Tak boleh nak skip.

Ni gambar pelamin kat rumah pengantin perempuan.
Kelmarin sebelum balik KL aku sempat singgah kejap jumpa pengantin kat rumah dia, Parit Jawa.
Semua persiapan nampak sempurna.
Mudah2an majlis akan berjalan dengan lancar.
InsyaAllah.

Kepada Mariam dan pasangan.
Tahniah.
Selamat Pengantin Baru.
Moga redha Allah bersinar selalu.
Moga kebahagiaaan kekal selamanya.
Moga dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

Ikhlas dari Azhar & Iya

Friday 8 June 2012

Seketika di Johor

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Saje nak kongsi cerita.
Seperti yang aku dah tulis sebelum ni, kelmarin aku ke JB dengan abah aku.
Ziarah saudara yang baru kehilangan ahli keluarga.
Takziah aku ucapkan.
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Kita yang masih hidup perlu banyak bersabar.
Kita juga akan mengiringinya kelak.

Selesai semua urusan kat sana, aku terus gerak balik KL.
Singgah Batu Pahat dulu hantar Paklong aku dan Baim kat sana.
Tak pasal2 pekena Sup Gearbox kat warung depan rumah tu.
RM6.50 satu.
Mana nak dapat kat KL.
Aku pun belasah je la dengan abah aku.
Lepas tu terus mata macam kena gam pulak tak boleh nak buka.
Akhirnya kami decide tidur situ je la.
Keesokannya baru balik KL.

Tengah malam tu sepupu aku si Baim tu kejut ajak pergi Tongkang Pecah.
Sambut birthday Aril yang ke 26 tahun kalau tak salah.
Pekena Nasi Gorang Pedas Melampau2.
Nama ni aku yang bagi. Hehehe.
Memang dah lama aku nak merasa.
Malam kelmarin baru dapat rasa.
Maaf gambar sampai terlupa nak ambil.
Lepas tu diorang semua plan nak pekena Roti Terbang pulak.
Tapi aku ni yang dah terbang ke awang2an.
Tak larat nak pergi.
So balik je la.

Tapi malam tu tidur tak berapa nyenyak.
Duk teringat anak aku kat rumah.
Isteri aku kata Aidil asyik termenung je takde mood nak main.
Kawan2 datang rumah pun dia tak layan sangat.

Esoknya pagi2 tu lepas Subuh kami ziarah kubur arwah Maklong.
Aku, Baim dan Aril je yang pergi.
Buat tahlil ringkas.
Lepas tu terus ke cari breakfast kat Yong Peng.
Singgah Shell isi minyak full tank before balik KL.
Alhamdulillah dapat kenalan baru kat situ.
Kerja part time kat situ untuk tambah2 duit poket.

Kedai makan banyak tutup pulak pagi tu.
Akhirnya kami breakfast kat Parit Yaani je pekena Roti Canai.
Then shoot ke Parit Sulong.
Shopping kerepek yang isteri aku kirim.

Pergi kilang terus.
Macam2 jenis kerepek ada.
Yang macam ni jenis 5 kg punya.
Harga memang murah yang teramat sangat.
Masa aku kahwin dulu beli kerepek kat sini la buat makan2 orang rewang.

Tapi kali ni aku beli yang macam ni je.
Jenis 1 kg punya.
Tu pun dah banyak.
Sampai raya pun tak habis makan agaknya.Hehehe.

Sebelum balik KL, kami sempat pekena durian dulu.
Durian kampung beb memang mantap.
Kuningnya cukup mengiurkan. Hehehe.

Itulah antara aktiviti2 aku kat sana.
Tak boleh stay lama sebab hati ni meronta2 nak jumpa Aidil. Hehehe.
InsyaAllah ada rezeki nanti boleh turun lagi bawa anak isteri sekali.

Azhar
010-2207181

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...