Thursday 21 June 2012

Mana Menghilang??

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menulis di sini.
Harini ada 3 orang yang duk tanya aku mana menghilang??
Dah berapa hari tak dengar cerita??
Blog pun tak update??

Stress ada.
Terharu pun ada bila ada orang tanya macam tu.
Apapun terima kasih la kerana sudi bertanya.

Aku masih di sini.
Aku masih macam biasa.
Melalui hari2 seperti biasa.
Siang kerja opis.
Malam pun kadang2 kerja dengan akademi
Cuma bezanya siang kat opis aku penat berfikir.
Kepala otak aku ni dipaksa untuk lebih berfikir.
Kadang2 sampai dah tak mampu nak fikir.
Itu yang malam kepala terus jammed.
Tak larat nak mengadap netbook dah.
Tambah2 pulak kalau balik dari demo.
Paling kuat pun aku duk layan euro je dengan wife aku.
Netbook memang tak usik.
Berapa hari ni buka fb semua pun pakai fon je.

Apa je yang difikir kat opis tu??
Macam2 la.
Cerita panjang pun tak guna.
Mudah2an Allah buka la pintu hati mereka2 untuk cepat2 bertaubat.
Cukup2 la hidup dengan menyusahkan orang lain.
Cukup2 la mengganggu periuk nasi orang lain.
Cukup2 la memporak-perandakan orang lain.
Cukup2 la menipu dan membohong sana sini sepanjang masa.
Cukup2 la memfitnah orang lain.
Cukup2 la menuding jari ke orang lain untuk selamatkan diri sendiri.
Cukup2 la main politik kotor untuk jatuhkan orang lain.
Cukup2 la buat orang lain sengsara dan menderita untuk bekerja.
Cukup2 la buat orang lain menangis.


Kita ni semua hidup sementara je.
Biar orang menangis di saat meratapi pemergian kita.
Jangan sampai orang bertepuk tangan bersorak gembira mengiringi pemergian kita.
Ya Allah, mohon dijauhkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...