Saturday 16 June 2012

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

17 Jun 2012 bersamaan 27 Rejab 1433H.
Peristiwa Israk dan Mikraj.
Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
dan kemudian mikraj ke Sidratul Muntaha.
Peristiwa agung yang diabadikan di dalam Al-Quran untuk dihayati oleh umat baginda.


Peristiwa ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah.
 Ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang berbaring2 bersama Saidina Hamzah dan Saidina Jaa'far di Masjidil Haram,
tiba2 datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Baginda ke telaga zamzam.
Baginda ditelentangkan dan berlakulah pembedahan
di mana dada Baginda dibedah dan dikeluarkan hatinya.
Hati Baginda dicuci dengan air zamzam kemudian dimasukkan semula dengan unsur ruhani iman dan hikmat.
Setelah itu dada Baginda dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah.
(Peristiwa ini menunjukkan perkara pertama yang harus dilakukan untuk menuju ke jalan Allah ialah pembersihan diri dari segi rohani dan jasmani)

Seterusnya Baginda dipersilakan Jibril untuk menunggang Buraq.
Buraq adalah seekor binatang yang boleh bergerak dengan sangat laju.
Menurut riwayat, Buraq yang dipilih Jibril adalah sangat istimewa.
Buraq merupakan binatang yang agak liar.
Namun apabila diberitahu Jibril bahawa Nabi Muhammad s.a.w akan naik dibelakangnya,
badannya berpeluh.
Ia ternanti2 saat untuk bertemu Baginda sehingga tidak lalu makan dan minum.
(Peristiwa ini menggambarkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang begitu tinggi terhadap Nabi Muhammad s.a.w, bagaimana pula dengan kita manusia yang mengaku umat Muhammad)

Buraq membawa Baginda sambil diiringi Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri.
Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.

Selang beberapa ketika perjalanan, Baginda tiba di suatu tempat bernama Thaibah.
Jibril menyuruh Nabi Muhammad s.a.w berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat
dan memberitahu di sinilah kelak Baginda akan melakukan hijrah.

Thaibah atau nama lain Yastrib dan harini dikenali sebagai Madinah

Kemudian Baginda meneruskan perjalanan sehingga sampai ke suatu tempat bernama Bukit Tursina.
Tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu.
Sekali lagi Baginda berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat.

Bukit Tursina

Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke suatu tempat bernama Baitul Laham.
Tempat Nabi Isa dilahirkan dan sekali lagi Baginda melakukan solat 2 rakaat.
(Perkara ini menggambarkan tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila kita singgah di masjid dan tempat2 mulia)

Perjalanan ke Baitul Maqdis diteruskan lagi.
Sepanjang perjalanan Baginda diperlihatkan dengan kejadian2 aneh.
Setiap kali melihatnya, Jibril akan menerangkan hakikat disebalik kejadian2 tersebut.
Ayuh sama2 kita ambil iktibar akan kejadian2 ini.

1) Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Baginda dari belakang.
Jibril mengajar doa menangkis serangan jin.
Apabila membacanya jin tersungkur.

2) Sekumpulan manusia memcahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.
Balasan bagi orang yang tidak menunaikan solat.

3) Sekumpulan manusia yang memakai cawat dihalau untuk memakan buah berduri yang amat pahit.
Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

4) Sekumpulan manusia yang dihidangkan 2 mangkuk daging iaitu daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memakan daging mentah yang busuk.
Balasan kepada mereka yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.

5) Beberapa orang yang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambah lagi bebanan.
Balasan kepada mereka yang diamanahkan sesuatu tugas.
Walaupun tidak mampu melakukannya tetapi masih menerima amanah dan tugas lain.

6) Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi tanpa henti.
Balasan kepada mereka yang menyuruh orang lain berbuat baik tetapi dia sendiri tidak melakukannya.

7) Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.
Balasan kepada mereka yang mengumpat dan membuka rahsia orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.

8) Seekor lembu yang keluar dari lubang yang sempit dan cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.
Balasan kepada lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tetapi tidak mampu menarik perkataannya.

9) Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu lalang.
Gambaran orang yang suka berpeleseran dn melepak.

10) Sekumpulan orang yang berenang di dalam sungai darah. Mereka dicampakkan dengan batu. Batu2 itu diambil dan dimakan.
Balasan kepada mereka yang makan riba.

Setelah melalui perjalanan yang penuh dengan pelbagai kejadian,
akhirnya Baginda sampai ke Baitul Maqdis.
Baginda telah dinanti oleh jemaah nabi terdahulu.
Baginda melakukan solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Baginda mengimami solat bersama nabi terdahulu.
Kemudian Baginda dihidangkan 3 minuman berisi susu, arak dan madu.
Baginda memilih susu.

Selesai peristiwa Israk, tiba masa untuk Baginda dimikrajkan.
Bermulalah perjalanan Baginda ke Sidratul Muntaha.
Perjalanan melalui langit pertama hingga ketujuh dan seterusnya ke Sidratul Muntaha.
Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril akan memberi salam.
Dan setiap malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad s.a.w akan diperkenalkan kepada nabi yang menunggu di situ.
Kesemua nabi mendoakan akan kesejahteraan nabi Muhammad s.a.w.
Langit pertama Baginda bertemu Nabi Adam.
Bapa kepada segala manusia.
Langit kedua bertemu Nabi Isa dan Nabi Yahya.
Langit seterusnya bertemu Nabi Yusof, Nabi Idris, Nabi Harun, Nabi Musa,
sehingga langit ketujuh bertemu Nabi Ibrahim.

Begitulah serba sedikit cerita yang aku nak share.
Sebahagian besar cerita ni aku dapat dalam 1 artikel yang aku baca.
Aku mohon maaf andai ada percanggahan fakta berkaitan peristiwa ini.
Biarpun banyak perbezaan pendapat mengenai peristiwa Israk Mikraj ni,
yang paling penting kita dapat memahami nilai2 Islam yang boleh dijadikan tauladan.
Contohnya tanda2 kebesaran Allah.
Penciptaan alam semesta.
Perintah menunaikan solat.
Dan macam2 lagi.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...