Tuesday 26 June 2012

Overlap

Assalamualaikum.
Salam sahabat.

Jam sekarang dekat2 pukul 5 pagi.
Aku tak boleh nak lelap mata balik.
Dari pukul 3.30 tadi bangun buat apa2 yang patut dulu,
lepas tu sampai sekarang tak boleh nak tidur balik.
Nak layan euro takde live pagi ni.

Aku nak cerita sikit pasal bisnes appointment aku malam tadi.
Maaf cakap berlagaknya mamat yang aku jumpa tu.
Nama tak payah la aku sebut kat sini.
Aku kenal dia pun kawan atas kawan.
Dia kerja kerajaan.

Pada dia kerja kerajaan tu dah habis bagus.
Dah habis terjamin masa depan.
Kemudahan banyak.
Aku bukan la nak kondem dia.
Aku sendiri pun kerja kerajaan.
Aku tanya jugak apa kemudahan yang dia maksudkan.
Macam2 la yang dia cakap.
Dan yang paling utama nak buat pinjaman bank senang. Hehehe.

Biar aku cerita sikit bab2 pinjaman bank ni.
Dulu mungkin dia kata kerja kerajaan ni untung.
Senang nak buat loan.
Atau istilah yang lebih tepat lagi overlap.
Overlap bila desperate.
Overlap bila nak pergi bercuti.
Overlap bila nak start musim sekolah anak2.
Overlap untuk tambah "savings" anak2.
Dan macam2 lagi.
Tapi hakikatnya sekarang dah tak sama macam dulu.
Orang kerja kerajaan pun bukan senang nak sesuka hati overlap.
Member2 bank aku sendiri yang inform.
Dalam masa sebulan ni pun dah lebih 5 kes yang aku jumpa.
Nak overlap tak lepas.
Time tu baru nak menyesal.
Menyesal sebab tak ambil peluang dari dulu.
Masa dulu dia duk rasa selesa je dengan "kemudahan" yang dia ada sebagai penjawat awam. 

Overlapping circles.
Yang dapat dalam tangan sikit je macam yang tengah kat dalam gambar ni.
Tapi terasa macam dunia ni "aku yang punya". Hehehe.

Pengajaran yang aku dapat dari appointment malam tadi ialah :
Jangan mudah rasa selesa dengan apa yang kita ada harini.
Kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Kita tak tahu apa yang akan jadi esok hari.
Sekurang2nya kita telah bersedia.

Azhar
010-2207181

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...