Sunday 17 June 2012

Dengkil & Alamanda

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.
Salam Hujung Minggu.

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini.

Pagi tadi sepatutnya aku ada appointment dengan CC Azmi.
Tapi last minute cancel atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Rezeki Allah sangat luas bagi kita yang tak pernah putus asa.
Aku dapat set appointment lain kat Dengkil.
Mudah2an semuanya akan berjalan dengan lancar.
InsyaAllah.

Lepas zohor aku ke Alamanda.
Wife aku nak belanja makan sempena hari bapa.
Garden Lifestyle Store & Cafe, Alamanda.
Wife aku dah jatuh cinta dengan tempat ni.

 Kid set untuk Aidil.
Ada Pizza, Fries & Ribena.

As usual, Hot Sizzling Chicken Chop.

Wife aku pun menu yang sama.
Sehati sejiwa katanya.
Alhamdulillah kenyang.
TQ sebab sudi belanja.

Kemudian kami plan nak jalan2 tapi wife aku tak larat pulak.
Katanya perut rasa lain macam.
Doktor dah kata standby so kami standby je la.

Dah alang2 sampai Alamanda, tak sah kalau tak singgah MPH.
Aku memang dah plan nak shopping buku2 yang aku berkenan.
Disebabkan aku nak pilih buku dengan suasana yang tenang,
terpaksa la wife aku layan Aidil kat tempat permainan kanak2 depan Old Town tu.
Kalau tak jenuh aku nak melayan Aidil kat dalam MPH.
Asyik beli buku dia je. Hehehe.

Tapi tak sampai 5 minit kat dalam MPH, wife aku dah call.
Dah rasa lain macam dan tak larat sangat katanya.
 So aku pu bergegas la tak boleh tunggu lama.

Sempat jugak beli.
TQ cashier sebab buka lane emergency untuk aku.

Ini je 2 buah buku yang sempat aku beli tadi.
Damn Good Advice.
Tajuk macam ganas tapi isinya tak ganas pun.
1 lagi buku pasal Riba.
Isu penting yang semakin dipandang remeh oleh kebanyakan orang.
InsyaAllah aku akan kongsikan kemudian bila dah habis baca nanti.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...