Saturday 23 June 2012

36 Weeks

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tadi aku bawa wife pergi check up kat Klinik Jameaton.
Antara klinik pakar puan yang wife aku selalu refer sejak mengandung pertama dulu.
Tadi pergi tu takde appointment pun.
Cuma wife aku tiba2 terasa nak tengok condition baby dalam perut dia.

36 weeks??
Terkejut jugak aku bila doktor kata dah 36 weeks.
Bila2 masa boleh bersalin.
Setahu aku due wife aku pertengahan Julai nanti.

Wife aku takde lain soalan dia.
Sibuk duk tanya doktor lagi baby girl ke baby boy.
Rasanya setiap kali jumpa doktor ni mesti dia tanya. Hehehe.
Suka la tu sebab jawapan doktor menggembirakan hati dia.

Alhamdulillah doktor kata condition baby semuanya ok.
Berat pun ok.
Cuma yang risau sikit baby masih songsang.
Selasa ni ada appointment.
Maybe appointment yang terakhir.
Hopefully dalam masa terdekat ni baby pusing la.

Apapun aku sentiasa berdoa semoga semuanya dipermudahkan Allah.
Amin.
 
Ni gambar Aidil masa mama dia duk tunggu giliran tadi.
Dah main basketball pulak.
Demam euro pun tak habis lagi dia dah tukar angin.

P/S : Macam mana la si Aidil ni bila dia dah ada adik nanti. Hehehe.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...