Friday 8 June 2012

Seketika di Johor

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Saje nak kongsi cerita.
Seperti yang aku dah tulis sebelum ni, kelmarin aku ke JB dengan abah aku.
Ziarah saudara yang baru kehilangan ahli keluarga.
Takziah aku ucapkan.
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Kita yang masih hidup perlu banyak bersabar.
Kita juga akan mengiringinya kelak.

Selesai semua urusan kat sana, aku terus gerak balik KL.
Singgah Batu Pahat dulu hantar Paklong aku dan Baim kat sana.
Tak pasal2 pekena Sup Gearbox kat warung depan rumah tu.
RM6.50 satu.
Mana nak dapat kat KL.
Aku pun belasah je la dengan abah aku.
Lepas tu terus mata macam kena gam pulak tak boleh nak buka.
Akhirnya kami decide tidur situ je la.
Keesokannya baru balik KL.

Tengah malam tu sepupu aku si Baim tu kejut ajak pergi Tongkang Pecah.
Sambut birthday Aril yang ke 26 tahun kalau tak salah.
Pekena Nasi Gorang Pedas Melampau2.
Nama ni aku yang bagi. Hehehe.
Memang dah lama aku nak merasa.
Malam kelmarin baru dapat rasa.
Maaf gambar sampai terlupa nak ambil.
Lepas tu diorang semua plan nak pekena Roti Terbang pulak.
Tapi aku ni yang dah terbang ke awang2an.
Tak larat nak pergi.
So balik je la.

Tapi malam tu tidur tak berapa nyenyak.
Duk teringat anak aku kat rumah.
Isteri aku kata Aidil asyik termenung je takde mood nak main.
Kawan2 datang rumah pun dia tak layan sangat.

Esoknya pagi2 tu lepas Subuh kami ziarah kubur arwah Maklong.
Aku, Baim dan Aril je yang pergi.
Buat tahlil ringkas.
Lepas tu terus ke cari breakfast kat Yong Peng.
Singgah Shell isi minyak full tank before balik KL.
Alhamdulillah dapat kenalan baru kat situ.
Kerja part time kat situ untuk tambah2 duit poket.

Kedai makan banyak tutup pulak pagi tu.
Akhirnya kami breakfast kat Parit Yaani je pekena Roti Canai.
Then shoot ke Parit Sulong.
Shopping kerepek yang isteri aku kirim.

Pergi kilang terus.
Macam2 jenis kerepek ada.
Yang macam ni jenis 5 kg punya.
Harga memang murah yang teramat sangat.
Masa aku kahwin dulu beli kerepek kat sini la buat makan2 orang rewang.

Tapi kali ni aku beli yang macam ni je.
Jenis 1 kg punya.
Tu pun dah banyak.
Sampai raya pun tak habis makan agaknya.Hehehe.

Sebelum balik KL, kami sempat pekena durian dulu.
Durian kampung beb memang mantap.
Kuningnya cukup mengiurkan. Hehehe.

Itulah antara aktiviti2 aku kat sana.
Tak boleh stay lama sebab hati ni meronta2 nak jumpa Aidil. Hehehe.
InsyaAllah ada rezeki nanti boleh turun lagi bawa anak isteri sekali.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...