Wednesday 29 February 2012

29 Februari 2012

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

29 Februari.
Once in every 4 years.
Pagi2 td ada opismate tanya ada apa2 yang menarik tak En Azhar 29 Feb ni??
Topik Hot FM pagi tadi kalau tak salah.

Pada aku takde apa yang menarik pun.
Biasa2 je.
Yang aku tahu 29 Feb ni closing date bisnes aku untuk bulan ni.
Ramai bisnes partners aku duk kelam kabut ke USJ harini.
Syukur la aku dah settle malam tadi.

Kat opis pulak macam biasa la.
Nak kata busy sangat tu tak la tapi ada la kerja yang nak dikerjakan.
Kebetulan pulak ada audit lagi cuma kali ni Audit Sirim la untuk Recertification ISO.
Bos2 besar yang banyak involve.
Aku jadi tukang dengar je la. Hehehe.

Petang tadi pergi klinik.
Alang2 tu bawa wife suka2 check sekali.
Tiba2 jadi lain pulak.
Doktor buat surat suruh refer pakar dengan segera.
Siap nak panggilkan ambulans lagi.
Wife aku tu dah la fobia dengar siren ambulans. Hehehe.
Lepas maghrib nanti InsyaAllah aku akan hantar dia ke hospital.
Aku sentiasa berdoa mudah2an semuanya akan selamat.
Nampak macam dia dah sihat je tapi tak sangka pulak bila check lain jadinya.

For those yang aku dah janji nak jumpa kat Bangi malam ni,
aku minta maaf eh??
Nanti kita re-schedule balik.

Tuesday 28 February 2012

Journey To Taipan

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Perjalanan harini penuh cabaran.
Dari rumah aku ke Serdang dulu hantar anak dan wife kat rumah mak dia.
Then aku shoot ke USJ Taipan.

Sampai USJ jalan jem teruk.
Dekat setengah jam jugak la sangkut.
Rupanya ada roadblock.
Dugaan betul la.

Sampai je tadi event dah start.
Selesai semua aku ke stokis kejap.
Uruskan apa2 yang patut then ke port biasa Restoran Cina Muslim.
Wife minta tolong tapau makanan.

Sambil2 tu borak2 dengan bisnes partners aku.
Misi ke Guangzhou.
Tambah pulak orang baru tengah excited nak dapat hadiah cash RM5000 dari CDM Kartini.

Lets do it.
Nothing Impossible because Impossible itself said I'm Possible.
Jumpa di Guangzhou.



Exorian - JTX 1000

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Entry kali ni aku nak share sikit pasal komen member aku kat fb.
Dia ni jenis jaga kereta kaw2 punya.
Siapa yang kenal dia memang masak sangat la dengan perangai dia.
Kalau tak percaya cuba tanya wife dia, Fiza.
Kalau dia dah start bercerita pasal kereta jangan mimpi la nak dapat mencelah.
Pick up itulah.
Bunyi inilah.
Enjin senyap lah.
Korek hidung kereta lah.
Ron 97 macam tu lah.
Ron 95 macam ni lah.
Macam2 lagi la yang aku pun tak reti nak explain.
Dipendekkan cerita kalau bab kereta memang dia ni cerewet tahap gaban lah.

Baru2 ni aku memberanikan diri suruh dia try pakai minyak enjin JTX 1000.
Wahh macam2 la dia tanya aku.
Dia ingat aku ni kerja Pusat Servis Proton Edar agaknya.
Aku promote pun bukan apa sebab aku dah lama guna minyak tu memang ok.
Dari segi performance, jimat petrol kira tip top la.
Akhirnya dia try la jugak.
Itulah lepas habis 1 Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak dia buat survey dulu. Hehehe.
Jumaat lepas dia nak balik Pahang.
So dia nak try servis pakai JTX 1000 ni dulu.

Jom layan apa kata dia bila aku tanya kereta dia ok ke tak.


Sangat memeranjatkan.
Orang kuat Exorian Club puas hati beb.
Katanya lepas ni mesti ramai ahli2 Exorian Club akan guna JTX 1000 ni.



Sesiapa berminat boleh hubungi aku.
010-2207181
Nak call Syed terus pun lagi bagus.
012-9446970
Tanya pengalaman dia.

Cuba dulu baru tahu.
Kalau bagus bagitahu kawan2.
Kalau tak bagus bagitahu aku. Hehehe.


Monday 27 February 2012

Back To Normal

Assalamualaikum.
Salam Sahabat..

Aku baru balik dari klinik.
Klinik pakar sakit puan dan kanak2.
Check anak and wife aku sekali.

Wife aku dari petang tadi tak berapa sihat.
Nak bangun pun susah duk kena papah.
Lepas kerja tadi aku terus balik rumah.
Singgah McD kejap jumpa member bank.
Hantar dokumen our new bisnes partner.

Asalnya plan pas maghrib nak bawa wife je jumpa doktor.
Tahu2 tadi masa tengah siap2 nak solat asar dengar suara anak aku menangis menjerit2.
Lain macam dia menjerit kali ni.
Berderau darah aku dibuatnya.
Rupa2nya dia duk main minyak yuyi sampai tumpah kat mata dia.
Merah bengkak terus mata dia.
Tu yang lepas maghrib tadi terus gerak jumpa doktor.
Syukur Alhamdulillah semuanya okay.

Mama Aidil yang sedang menahan kesakitan.
Tangan sejuk kaki sejuk macam ais batu.
Muka pun pucat je.

Aidil bila dapat mainan dia lupa la sakit mata dia tu. Hehehe.

.
Siap main gelongsor segala la sementara nak tunggu giliran.
Semua mainan yag ada dalam klinik tu semua dia nak main.

Yang penting semuanya selamat.
Lega sikit hati aku.
Kalau tak, nak buat apapun tak fokus.

Back to normal.
Go Go Go Guangzhou. Hahaha.

Cawangan Baru

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Isnin sudah mari.
Hari yang ramai orang merungut sebab nak mula kerja.
Aku ni salah seorang la dari orang2 tu. Hehehe.
Tapi harini lain sikit.
Aku semangat je.
Semangat yang luar biasa.
Pertama, sebab urusan bisnes.
Rezeki datang di saat2 akhir.
Dan kedua sebab urusan peribadi.
Doa dan permintaan aku setelah sekian lama telah dimakbulkan akhirnya.
Syukur Alhamdulillah.

Fullstop.
Semalam punya cerita pulak. Hehehe.
Aku tak sempat nak update semalam.
Maklumlah sampai rumah pun dah tengah malam.
Seperti yang dirancang pagi semalam aku jumpa CC Hamid kat Warung Bunian.
Hampir setengah jam aku tunggu ingatkan tak jadi.
Baru nak gerak, tahu2 CC Hamid pun sampai.
Siap bawa sorang kawan dia.
Aku ingat dia datang sorang je.
Secara tak sengaja ter"sharing" la peluang buat side income.

Alhamdulillah urusan dipermudahkan.
Semalam jugak isi semua form.
Dan baru tadi ni dah bagi semua dokumen yang diperlukan.
Petang ni tinggal submit je.
Welcome to Akademi Taipan 181.
Again, congrats to CC Hamid.

Dipendekkan cerita tengahari semalam masa aku on the way ke Bagan Lalang,
Abg Nasir pulak call nak jumpa kejap.
Dia datang dengan bakal bisnes partner dia.
Nama aku tak ingat pulak.
Jumpa semalam pun sebab nak uruskan dana.
Congrats to Abg Nasir.
Siapa kata dah tepu??
Sana sini ada je orang minta dibantu.
Zaman sekarang tak boleh nak bergantung pada 1 sumber je.
Mesti kena ada sumber pendapatan lain.

Masa kat Bagan Lalang pulak, trainer aku Abg Hamizul call.
Nak jumpa kat Serdang katanya.
Aku pun terus shoot ke sana.
Dalam masa setengah jam dah sampai.
Kami lepak kat Maulana Sri Serdang je.
Takde topik lain selain isu bisnes.
Kami akan kembali bergabung untuk bantu kawan2 di luar sana.
InsyaAllah.

Sambil borak2 tu sempat jugak pekena Satay Willy kat situ.
Salah 1 branch selain kat Sg Ramal tu.
 
Salah 1 teknik dalam perniagaan.
Buka branch lain untuk lebarkan sayap perniagaan.
Teknik ini jugaklah yang kami gunakan dalam Akademi Taipan bagi memastikan
"Setiap Jengkal Tanah Ada Taipan 181"
 
010-2207181
 

Bill Gates High School Speech

Jom layan video ni.
Terbaeekkk.


Happy Monday.

Sunday 26 February 2012

Nikmat

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Semalam aku tak sempat nak update blog.
Busy dengan urusan menjayakan rakan2 bisnes.
Mula2 aku ke Bdr Baru Bangi.
Kemudian ke Serdang.
Selesai urusan tu aku terus ke Bandar Tun Razak.
Malamya pulak aku ke Seri Kembangan.
Bateri hp pun sampai kong la.
Patutnya pukul 10 malam macam tu aku nak jumpa member aku dari Kedah, Siti.
Member 1 sekolah dulu.
Dia ada kat KL sekarang ni.
Plannya nak jumpa kat Taman Len Seng.
Ikutkan hati lepas settle Seri Kembangan tu aku nak terjah je.
Tapi takut Siti dah balik pulak.
Lagipun macam dah lewat.

Syukur la aku tak jadi pergi Taman Len Seng.
Memang betul pun dia tukar lokasi.
Dalam pukul 12 macam tu dia kata dia pergi Balakong je.
Aku pun baru sampai rumah masa tu.
Sorry beb pagi ni kita jumpa ya.
InsyaAllah.

Harini pun schedule agak padat.
Baru tadi ni CC Hamid sms nak ajak jumpa pukul 8 pagi ni kat Warung Bunian.
Nak setting income besar untuk next month katanya.
Siapa free jom lepak sekali.
Lepas tu mungkin aku nak ke Seksyen 2 Bangi jumpa Siti tu.
Selesai tu nak ke USJ Taipan pulak jumpa geng2 Akademi.
Then dari situ aku akan shoot terus ke Bagan Lalang.
Ada bisnes appointment kat sana.
Mudah2an segala yang dirancang akan dipermudahkan olehNya.

Kalau ada siapa2 yang nak tahu pasal peluang dalam Akademi, boleh la call aku.
010-2207181
Bukan setakat peluang menjana side income,
tapi dapat peluang kerjaya dalam kehidupan.

Secara peribadi aku enjoy buat bisnes ni.
Aku tengah berusaha untuk rasakan nikmat yang selalu Abg Din cakap kat aku tu.
Katanya.
Waktu bisnes kita bisnes betul2.
Waktu dengan family kita betul2 dengan family.
Tak perlu fikir bisnes dah.
Baru la nikmat.
Ramai yang badan dengan family tapi fikiran melayang fikir macam2.
Itu yang jadi tak nikmat.

Wallahualam.

Saturday 25 February 2012

I Follow

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Terima kasih kepada yang masih setia membaca.
Mudah2an ia akan beri aku kekuatan untuk terus menulis di sini.

Sedar tak sedar dah hampir 5 bulan aku meluangkan masa lapang dengan menulis di sini.
Kalau time busy tu memang tak dapat nak buat apa la.
Kadang2 busy kerja.
Kadang2 busy bisnes.
Kadang2 busy dengan family.
Dan macam2 busy lagi.
Tapi kalau ada masa lapang, InsyaAllah aku akan share something kat sini.
Buat tatapan anak aku di kemudian hari nanti.
Mana la tahu kot aku tak panjang umur.
Atleast anak aku tahu la serba sedikit pasal kehidupan orang tua dia.

Lumrah dalam kehidupan.
Makin banyak aku tulis makin banyak aku lakukan kesilapan.
So aku nak minta maaf kalau selama ni ada yang terkecil hati
dengan ayat dan kata2 aku kat sini.
Aku takde niat apapun.
Sekadar nak luahkan apa yang aku rasa.
Nak lontarkan sedikit pandangan yang tak seberapa.
Nak kongsi kisah dan perjalanan hidup aku dan rakan2 sekeliling.
Mana la tahu kot2 ada yang boleh dijadikan tauladan pada rakan2 pembaca.

Apapun.
Terima kasih pada yang setia membaca.
Terima kasih atas sokongan kalian.
Terima kasih atas komen kalian.
Terima kasih atas pandangan dan nasihat kalian.
Dan tak lupa terima kasih pada yang sudi jadi follower.


Baru2 ni ada member tanya macam mana nak jadi follower??
Ingatkan blog ni untuk baca je. Hehehe.
Mudah je.
Klik je kat sign macam gambar kat bawah ni.
Then follow the instruction.

Kalau suka klik la.
Kalau tak nak klik pun takpe.
Aku bukan dapat apapun.
Cuma mungkin dapat semangat je nak menulis kalau ramai follower. Hehehe.

Friday 24 February 2012

RM10,000 Sebulan???

RM10,000 sebulan???
Wow 5 figure, banyak tu!!!
Bestnya kalau aku yang dapat.

Kalau bekerja makan gaji pun tak mustahil boleh dapat banyak ni.
Tapi tak ramai la yang boleh dapat.
Mungkin bos2 besar la kalau dapat pun.
Tu pun berapa tahun pulak dia kena tunggu.
Belajar tinggi2 dulu.
Lepas tu naik pangkat
Naik pangkat.
Dan naik pangkat.
InsyaAllah akan dapat.

Resit ni aku pernah tunjuk dalam entry yang bertajuk Tak Percaya sebelum ni.
Siapa punya resit ni??
Dia kerja apa??
Nak tahu siapa orangnya???
Jom layan.
Pendedahan eksklusif ni. Hehehe.

Inilah orangnya.
Abg Rahman.
Bekerja sebagai pemandu kat opis aku sekarang.
Berapa gaji dia sebagai pemandu??
Agak2 berapa lama dia kena kerja sebagai pemandu kalau nak dapat gaji macam kat atas ni??
Wallahualam.

Syukur la diperkenalkan dengan Akademi.
Syukur la Allah buka pintu hati dia untuk bersama Akademi.
Asalnya dulu dia tak percaya dengan bisnes macam ni.
Harini pun dia masih lagi tak percaya.
Tak percaya dengan apa yang dia dah perolehi sehingga kini.

Dah berapa lama Abg Rahman bersama Akademi??
Kali pertama aku jumpa dan share peluang bisnes ni kat dia dulu pun aku ada tulis dalam blog ni.
Entry bertajuk Peluang bertarikh 20 September 2011.
Maknanya baru 4 bulan dia bersama Akademi.

Ini bonus pertamanya setelah 3 minggu bersama Akademi Taipan.
Dalam masa 4 bulan dia dah berjaya mengubah nasib keluarganya walaupun mugkin tak seberapa.

Mudah ke nak dapat apa yang Abg Rahman dah dapat ni??
012-3098936
Ni no Abg Rahman.
Call la dia.
Tanya sendiri kat dia mudah atau susah nak dapat RM13,000 lebih ni.
Tanya dia berapa kali dia pernah kena tipu dengan kawan2.
Tanya dia berapa ramai kawan2 yang menjauhkan diri dari dia.
Tanya dia berapa ramai orang yang dah reject dia.
Tanya dia berapa kali seminggu lepas kerja dia boleh terus balik ke rumah main dengan anak2.
Tanya dia apa orang keliling dia kata pasal dia.
Itulah harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan.

Kesimpulannya.
Yang dah mula melangkah jangan pandang belakang lagi.
Yang baru nak mula melangkah, teruskan melangkah.
Bukan senang nak jadi senang.
Akademi sentiasa ada untuk membantu dan membimbing anda.
Siapa tahu hidup anda juga mungkin akan berubah.
InsyaAllah.

010-2207181

Rezeki Datang Lagi

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Untuk entry kali ni aku nak ucapkan tahniah pada CC Hamid.
Rezeki datang pada orang yang tak pernah putus asa.

Dalam sibuk2 aku uruskan urusan family,
CC Hamid call ajak jumpa salah sorang dari kawan rapat dia pukul 12 tadi.
Orang kuat audit katanya.
Sementara tunggu urusan anak dan wife aku selesai aku lari la kejap.

Aku tak tahu pun ke mana arah tuju.
Just follow je kereta CC Hamid ni yang akan bertukar wajah sikit masa lagi.
InsyaAllah.

CC Hamid bersama rakannya.
Disebabkan kesuntukan masa aku demo cara yang aku baru belajar dari mentor aku , Abg Din.
Katanya content mesti tepat dan yang lebih penting fokus pada closing.
Alhamdulillah percubaan pertama berjaya.
Dah deal semuanya.
Petang ni contact biasa aku akan ke opis brader ni collect dokumen.
Dia minta tolong settle bulan ni jugak.
Tak sabar nak ke Guangzhou katanya.
Teruja tengok CC Hamid dapat free trip ke Vietnam.

Mudah2an segalanya dipermudahkan.
Seronoknya bisnes dengan Akademi Taipan.
Bantu rakan2 yang inginkan perubahan.

Kepada mereka yang masih tercari2 peluang,
boleh call CC Hamid untuk temujanji.
012-2572946



Motivasi Untuk Diri Sendiri

Assalamulaikum.
Salam Sahabat.

Syukur masih dipanjangkan umur sehingga ke saat ini.
Harini aku cuti.
Awal2 lagi dah inform bos.
Ada beberapa urusan yang family yang nak diselesaikan.

Harini dah masuk 24 Februari 2012.
Sedar tak sedar dah nak habis 2 bulan dalam 2012 ni.
Rasa cepat betul masa berlalu.
Nanti tahu2 dah hujung tahun.
Masuk pulak 2013.

Apa cerita dengan azam tahun baru haritu.
Dah tercapai ke??
Mungkin belum la sebab tak sampai lagi 2 bulan.
Tapi mudah2an dah mula melangkah dan berusaha ke arah tu la.
Kalau belum mula buat apa2 lagi tu parah la.
Dah hampir 60 hari dah ni.
Nampak memang macam banyak masa lagi.
Tapi hakikatnya kita yang lebih tahu.
Jadikan pengalaman tahun2 lepas sebagai pengajaran.
Jangan tunggu last minute.

Masa sentiasa bergerak tak sesaat tunggu kita.
Dia terus bergerak walau kita tak bergerak.
Terus bergerak walau kita sedang termenung dan mengelamun.
Terus bergerak walau kita sedang tidur.
Terus bergerak walau kita sedang asyik menonton kejayaan orang.
Terus bergerak walau kita sedang kreatif mencipta alasan.
Sentiasa bergerak walau kita sedang seronok memfitnah orang.
Ruginya gunakan masa yang berlalu macam tu je.
Pepatah ada mengatakan Masa Itu Emas.
Bererti masa tu sangat bernilai.
Beruntunglah kalau kita manfaatkan masa tu untuk kebaikan dunia akhirat.
Rugilah kalau kita sia2kan masa dengan benda2 yang sia2.
Kita harus sedar.
Sesaat masa berlalu bererti sesaat kita ke depan menghampiri kematian.
Manfaatkan masa yang dianugerahkan.

Aku kena berubah.
Yang kurang baik kepada yang baik.
Yang baik kepada yang lebih baik.
InsyaAllah.
  

Thursday 23 February 2012

Say No To Credit Card

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tajuk entry aku kali ni boleh bikin kontroversi.
Boleh bikin sesetengah orang panas hati.

Actually yang aku nak cerita ni pun pasal diri aku je.
Takde kena mengena dengan siapa2.
Hari ni genap lah 3 tahun aku hidup tanpa credit card.
Hahaha tahniah untuk diri sendiri.

Pada aku tak salah pun ada credit card ni.
Ada pro and cons tersendiri.
Tapi kalau untuk diri aku memang aku tak boleh pakai.
Tangan aku ni gatal je nak guna.
Cash takde pun takpe yang penting credit card ada.
Dulu aku memang ada pakai 2 credit card dari bank2 yang tak perlu la aku tulis kat sini.
Aku guna dulu pun sekadar nak isi petrol je.
Time isi memang sedap la.
Cash takde pun boleh isi.
Tapi bila part nak bayar tu mula la fikir banyak kali.
Kalau boleh nak bayar ikut minimum payment je.
Macam tu sampai bila nak habis.
Patutnya kalau aku guna RM500,
kena la bayar RM500 terus masa dapat gaji.
Tapi kalau dah RM500 bayar credit card habistu aku nak makan apa pulak.
Sebab tu la aku tak nak pakai.
Ada rezeki lebih cepat2 aku tutup.
Sekarang ni pun macam2 bank call offer credit card.
Tak dapat la nak tolong.
Aku memang tak berani.


Kadang2 tu aku rasa zaman sekarang ni memang perlu ada credit card.
Atleast 1 card.
Lagi2 yang kerja jenis travel sana sini.
Nak harap cash belum tentu kita ada cash sepanjang masa.
Nak tak nak kena la swap jugak.
Nanti balik opis claim balik and bayar la credit card tu.
Tapi entah la aku ni memang tak berani.
Mungkin jugak aku ni bukan jenis yang berdisiplin tinggi.
Tak boleh kawal nafsu berbelanja. Hehehe.
Nanti pantang desperate sikit, swap.
Kereta tiba2 accident atau rosak, swap.
Family tiba2 sakit, swap.
Itu yang payah tu.
Better aku pakai debit card je.
Swap bila ada duit kat dalam je.
Kalau swap tak lepas tu jawabnya takde duit la. Hahaha.

Ingat lagi 1st time aku guna debit card dulu masa honeymoon kat Paris.
Visa Debit kan boleh la pakai kat sana.
Kad aku dah aktifkan kat bank seminggu sebelum bertolak.
Yang bestnya masa last shopping kat Euro Disney tu,
aku dan wife bukan main lagi la duk sakan pilih barang.
Sekali bila nak bayar tak lepas pulak.
Dekat 5 kali try swap tak boleh2 jugak.
Padahal duit memang aku standby dalam tu.
Ada sorang kakak ni pun try swap debit card dia dari bank yang sama.
Tak boleh jugak.
Sengal betul.
Aku rasa nak saman malu je kat bank tu. Hehehe.
Orang dah queue panjang kat belakang ni.
Tapi nasib baik la aku ada cash RM tukar dengan member yang ada Euro masa tu.
Kalau tak dah tentu 2 kali malu.

Moral of the story.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Lebih baik di negeri sendiri.
Hehehe.

Wednesday 22 February 2012

Ada Hantu??

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Baru2 ni aku ada jumpa sorang member ni.
Namanya tak perlu la aku sebutkan.
Aku just nak share antara benda yang kami borakkan.
Mudah2an boleh dijadikan iktibar pada rakan2 sedang membaca entry ni.

Member aku ni dah kahwin.
Anak pun dah ada 3 orang.
Kalau nak cerita bab tanggungjawab semua tu memang dia ni champion la.
Sanggup buat apa je untuk family dia.
Cuma dia ni ada 1 je perangai yang tak berapa nak elok.
Berjudi.
Suka berjudi.
Tapi nak kata kaki judi sangat tak jugak.
Dia ni pantang la ada duit sikit mula la nak pergi berjudi.
Kalau takde duit takde pulak sibuk nak berjudi.
Katanya judi ni berhantu.
Harini rugi besar, esok repeat lagi nak cover yang rugi tu.
Kalau rugi lagi, repeat lagi sampai untung.
Bila dah untung atau menang, tetap repeat jugak sebab nak menang lebih besar.
Kesudahannya sampai bila2 takkan berhenti.

Berjudi ni dah sah2 haram di sisi Islam.
Yang duk berjudi jugak tu nak buat apa.
Aku ni takdela pandai sangat bab2 agama ni.
Tapi kalau dah Islam kata haram tu ada la sebabnya.
Jauhkan je lah.
Habis cerita.

Cuba fikir betul2.
Boleh kaya ke berjudi ni.
Kalau kaya pun, tauke judi tu lagi kaya sebenarnya.
Sekarang ni semua pun pakai program atau sistem termasuk la mesin judi tu.
Dah tentu la tauke tu dah setup awal2 program tu ikut sukahati dia.
Yang kita ni bukan main syok duk layan mesin tu berjam2 sampai lupa benda2 lain.
Kalau tauke tu nak kasi kita menang sekali pun, silap2 dia dah menang dulu 1000 kali.
Takkan tauke tu nak rugi beb.
Fikir2kanlah.
Jangan la buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah tu.
Kalau menang pun duit tu sah2 tak berkat.

Aku just share je.
Takde niat nak cakap siapa2 pun.
Sekadar nak jadikan pengajaran buat rakan2 pembaca.
Kalau betul nak buat duit meh sini call/sms aku.
Tapi aku bukan la nak bagi duit sebab aku pun bukan ada duit sangat.
Just boleh share peluang macam mana nak buat duit je.
InsyaAllah lebih berkat.

Mentor

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah aku dah sampai rumah.
Baru balik dari USJ Taipan.
Penat memang penat tapi semangat punya pasal perjuangan tetap diteruskan.

Kat opis harini duk berbalas pantun dengan audit negara.
Esok ada 1 hari lagi.
Mudah2an semuanya okay.
Kesian jugak tengok rakan2 seunit.
Tak menang tangan sama2 bantu aku sediakan pantun yang berkerat2.
TQ guys.
Allah je yang dapat balas jasa baik kalian.

Lepas kerja aku terus ke Serdang atas urusan peribadi.
Malam pulak aku ke USJ Taipan dengan Danny dan CC Hamid atas urusan bisnes.

Sampai2 je tadi seperti biasa kami lepak kat Restoran Cina Muslim dulu.
Kebetulan mentor aku pun ada so apa lagi gali ilmu la dari dia.
Wahh macam2 ilmu dan tips yang dia bagi tadi.
TQ sifu sebab tak pernah lokek ilmu.

Nama cina ni aku tak tahu.
Abg Din yang sengaja panggil dia duduk sekali konon2 nak beli dvd yang dia jual.
Sebenarnya Abg Din minta kami belajar cara cina ni berkomunikasi dengan pelanggan.
Secara peribadi aku memang bagi 5 star la.
Terbaeekk.
Skill macam ni memang susah nak jumpa.
TQ Abg Din.

Danny kau jangan sengih2 bha.
Walaupun aku terlambat sikit on camera tadi,
tapi gambar ni pun dah cukup untuk membuktikan segalanya. Hahaha.
Baru lepas fitting.
Bakal Raja PB ni.
Tungguuuu..

Buka bil jangan tak buka.
Rezeki jangan ditolak.

Terhangat di pasaran.
Ramai sangat yang nak beli.

Danny, CC Hamid dan Abg Din.
Sambung berguru lagi.
Dapat peluang duduk dengan orang hebat macam Abg Din ni kita kena manfaat betul2.
Kalau pergi cari ilmu macam ni kat luar silap2 kena bayar RM200 ke RM300 satu sesi.

Seronoknya.
Release stress dapat jumpa kawan2 yang positif kat USJ tadi.
Betul kata trainer2 Akademi.
Dalam Akademi kebanyakannya adalah indah2 belaka.

Jom bersama kami.
Rasakan sendiri keindahannya.
010-2207181

Monday 20 February 2012

Naik Lagi 25%???

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Naik lagi 25%.
Apa yang naik??
Gaji ke??
Tak mungkin. Hehehe.

Bukan gaji yang naik.
Tapi insurans yang naik 25%.
Mungkin ramai yang dah tahu.
Aku je yang agak ketinggalan sikit.
Tapi aku yakin masih ramai lagi yang belum tahu.
Lepas ni siapa nak renew roadtax standby je la.
Kalau tak salah aku start naik 25% ni 16 Januari 2012.
Aku tahu pun sebab tengah nak renew roadtax kereta aku ni.
Birthday dia dah dekat.
Siapa yang dah renew sebelum ni selamat la.
Beza banyak ke sikit kalau naik 25% ni??
Depends la.
Kata la dulu insurans RM2000, sekarang dah jadi RM2500.
Kalau dulu RM1000, sekarang RM1250.
Kalau dulu RM800, sekarang RM1,000 la.
Ini baru insurans.
Tak termasuk roadtax lagi
Apa boleh buat terima je la.
Kan gaji yang sepatutnya dah naik, akan naik tak lama lagi.
Kira ok la tu boleh la cover buat bayar insurans sikit2.
Memang tu pun agaknya tujuan gaji dinaikkan 7% ke 15% tu.

By the way,
kepada member2 insurans yang terbaca ni, calling2 la aku.
Especially yang boleh bagi special offer la.
Kalau dapat discount 25% lagi cantik.
Agen punya komisen yang 10% tu pun kalau boleh tak payah la. Hehehe.

010-2207181

Layan Mata

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Jam sekarang lebih kurang pukul 4 pagi.
Aku tak boleh nak lelap mata.
Bangun pukul 3 tadi buat apa2 yang patut dulu,
then ingat nak la tidur balik sebab pagi nanti nak kerja.
Tapi mata ni tak leh nak tutup pulak.

Mungkin penat semalam kot terbawak sampai harini.
Ye la dari Kem Sg Besi ke USJ Taipan.
Patah balik ke Sg Chua then ke opis baru Putrajaya.
Settle tu terus ke Summit USJ balik.
Malam pulak ke Jusco Tmn Equine.
Full la schedule semalam.
Tapi sangat puas dan berbaloi2.

Atau mungkin jugak tak boleh lelap mata sebab nak masuk opis baru harini.
Wahh sampai tak boleh lelap mata apa kes??
Sebab excited ke atau sebaliknya.
Apa2 je lah.
Kena belajar selesa2 kan diri di tempat baru.
Fullstop.
Tak boleh nak cerita panjang nanti lain pulak jadinya.

Gotta go.
Ada benda nak settle sikit.
TQ pada yang sudi baca. 
See ya.


Sunday 19 February 2012

Kekayaan Atau Kesihatan

Assalamulaikum.
Salam Sahabat.

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke USJ Taipan,
aku dapat call dari bisnes partner aku, Abg Rahman.

"En Azhar ada kat mana??
En Azhar kena tolong saya.
Ada kawan saya ajak jumpa ni dia nak tahu pasal bisnes kita.
En Azhar boleh tolong amik saya tak kita pergi sekali.
Saya tak boleh jalan sangat ni lepas accident kelmarin.."

Aku pun terpaksa la ubah program.
Patah balik ambil Abg Rahman kat rumah dan pergi jumpa kawan dia.
Kami lepak kat kedai mamak je tadi.

Aku rasa tertarik nak share sesuatu masa aku tanya dia 1 soalan tadi.
Aku saje tanya antara kekayaan atau kesihatan mana yang dia nak?? Hehehe.
Jawabnya kalau kaya tapi tak sihat tak guna jugak.
Kalau sihat pulak tapi poket kosong pun parah jugak.
Saya rasa dua2 la saya nak. Hahaha.

Terbaeekkk.
Aku pun demo la plan "Menjana Pendapatan Melalui Kesihatan".
Duit dapat kesihatan pun dapat.
Demo serentak 2 orang terus.
Alhamdulillah mereka berdua sangat positif.

Terus bagi ic untuk isi member form.
Boleh dikatakan close la walaupun belum confirm lagi.

Sign member form tanpa sebarang paksaan.
Katanya dah tak larat nak makan gaji semata2.
Peluang mungkin datang hanya sekali.
Kalau lepaskan kali ni belum tentu akan datang lagi peluang macam ni.

Syukur alhamdulillah ini yang paling best.
Confirm close la yang ni.
Cash lagi harini.
Duk kira duit kat atas meja macam tu je.
Meja sebelah2 pun jeling2 je.
Aku pulak yang cuak.
Kalau kena rompak sia2 je.

Apapun tahniah pada mereka.
Tahniah jugak pada Abg Rahman.
Jom semua yang dah bersama Akademi, kita gempur habis2an.
Fight 2 tiket ke Guangzhou.
InsyaAllah.

Yang belum bersama Akademi dan berminat untuk menyertai kami,
jangan segan2 call/sms aku.
010-2207181
Kami share peluang, anda yang buat keputusan.

Anugerah Di Menara PGRM

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tengahari semalam aku ke Menara PGRM.
Sampai pun agak lewat so parking luar je.
Lagipun aku fobia nak parking dalam bangunan tu.
Cukup la sekali dulu kena.

Majlis Anugerah SM dan SSM.
Tahniah pada 6 orang bisnes partner aku yang diraikan bagi zon tengah ni semalam.
Ada beberapa orang last minute yang tak dapat datang.
Tu yang aku pun terjebak naik pentas sekali untuk gantikan yang tak dapat datang tu.

SSM CC Hamid, DSM Nasir dan SSM Danny
Trio dari Putrajaya.
Pendek kata group ku yang naik stage kali ni semua dari Putrajaya.
Yang dari Selayang dan Kota Damansara nak naik next round punya.

SSM Hadi, SSM Danny dan SSM CC Hamid.
Sikit hari lagi naik pangkat la tiga2 orang ni.
Khabarnya tak banyak pakej pun lagi.
Tahniah.

SSM Leney dan SM Ermiza.
Juga dari Putrajaya.

Wahh ada gaya la CC Hamid.
Gaya seorang leader.
Gaya seorang usahawan yang sedang gigih berusaha.
Pakai hensem2 macam ni orang rumah tak risau ke CC Hamid?? Hehehe.

Apapun tahniah buat semua yang diraikan semalam.
Teruskan perjalanan menuju ke puncak kejayaan.

Saturday 18 February 2012

Aidil Ohh Aidil

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tengahari ni aku akan ke Menara PGRM untuk meraikan bisnes partners aku yang naik stage.
Selesai majlis tu aku ada appointment kat Ampang pulak.
Ngam2 la tu 1 jalan.
Mudah2an semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar.
Maybe sampai malam la kot.

Tu yang pagi tadi saje bawa anak dengan wife aku pergi breakfast luar.
Kat kedai makan Teh O Beng.
Tak sangka pulak boleh jumpa geng Akademi kat situ.
Aku tak tahu nama betul dia.
Yang aku tahu orang panggil dia Pok Wan Chik. Hehehe.
Sori la kalau salah.

Amboi sedapnya Aidil makan.
Roti Canai Garing.

1 keping dia sorang je yang makan.

Wahh siap cicah dal sambal lagi.
Tak pedas ke Aidil.
Anak jantan kena la tahan pedas kan. Hahaha.

Muka dah kenyang.

Sori la gambar tak berapa clear.
Snap gambar pakai hp murah je.
Camera cap ayam aku punya memori kad ada problem plak.
Gambar yang jumpa member bank malam tadi pun tak dapat nak upload or save dalam laptop.

Selesai makan2 tadi aku bawa Aidil pergi gunting rambut.
Mula2 bukan main riang lagi dia.
Bila dah masuk kedai gunting rambut tu terus diam seribu bahasa.
Langsung tak berbunyi.
Senang kerja aku.
Tapi bila dah siap semua tiba2 dia menangis pulak.
Maybe dia sedih sebab banyak rambut dia yang terkorban. Hehehe.

Hahaha muka sedih je minta simpati agaknya.
Takpe nanti kat rumah kita kasi pacak2 ye.

Next pergi basuh kereta pulak.
Kereta dah rupa apa aku pun tak tahu.
Tapi baik pulak anak aku kali ni duduk diam je tak macam selalu.
Maybe masih dalam mood sedih kot.
Tengok la muka dia.
Siap menjeling manja lagi. Hehehe.

Tak kisah la dia nak buat muka macam mana pun.
Yang pasti inilah muka yang sentiasa bagi aku kekuatan untuk terus berusaha dan berjuang.
Kadang2 aku rasa bersalah pada dia kalau aku hanya duduk rumah sepanjang masa layan dia.
Sedangkan aku tahu dengan duduk rumah je aku tak mampu nak menyara keperluan dia.
Apa lagi nak mewariskan sekurang2nya sedikit kekayaan pada dia.
Aku bukannya tahu apa yang jadi akan datang.
Mungkin Allah bagi aku kesihatan yang baik harini untuk aku berusaha
demi masa depan keluarga.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...