Sunday 12 February 2012

Kursus di USJ Taipan

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis di sini.
Semalam seharian aku kat luar.
Ada masa untuk aktiviti bisnes.
Ada masa bersama family.

Awal pagi semalam aku ke Putrajaya dulu atas urusan bisnes.
Sebelum pukul 8 pagi dah sampai sana.
Jumpa bisnes partner aku, Danny Eku.

Kemudian aku terus ke USJ Taipan
untuk Kursus Online Business Secara Professional anjuran Akademi Taipan.
Sebelum tu pekena Roti Jala dulu kat Restoran Ubi Kayu dengan Abg Nasir.
Tak lama lepas tu Hadi dan CDM Hamaka pun join sekali.
Sambil makan sambil borak.
Macam2 yang kami borakkan.
Nampak macam borak kosong tapi banyak input baru pasal bisnes yang boleh dipraktikkan.
Hadi sempat pekena Garam Buluh dulu sebelum breakfast.
Minuman untuk kesihatan.
Dah jadi rutin katanya.
Rasanya sangat istimewa.
Siapa nak cuba boleh la call aku.

Selesai makan kami naik ke Taipan Training Centre (TTC) untuk kursus tu.
Ramai jugak yang hadir.
Lebih kurang 50 orang jugak rasanya.
En Alimuddin Shahid.
Pakar dalam bidang Website Development.
Akademi datangkan khas untuk bagi ilmu khususnya untuk mengembangkan bisnes secara online.
Khabarnya beribu jugak la kos Akademi nak panggil dia datang.
Dah memang pakar la so berbaloi la.
Memang rugi la siapa yang tak datang.

Macam2 ilmu baru yang aku dapat.
Ilmu ni sebenarnya terlalu luas untuk diteroka.
Semalam baru kami sedar kesilapan2 yang kami buat secara tak sengaja
dalam mempromosikan bisnes secara online.
Nak tergelak pun ada bila dia cerita 1 per 1 kesilapan yang kebanyakan orang buat.
Siapa makan cili dia terasa la pedasnya.
Aku pun tergolong la dengan orang yang makan cili tu. Hehehe.
InsyaAllah akan aku perbaiki seberapa segera.

Yang paling best sekali bila dia kata user yang ada website atau blog,
kebanyakannya bermatian2 untuk lebih fokus kepada hasil yang 10%.
Yang 90% terabai.
Maksudnya duk kejar 1/10 la dan mengabaikan yang 9/10 lagi.
Itu yang rugi.
Sama macam berniaga.
9/10 rezeki dari berniaga.
Tapi ramai yang kejar 1/10.

Akademi tunjukkan 9/10 rezeki melalui perniagaan.
En Alimuddin tunjukkan 9/10 kejayaan dalam bisnes online.
Memang mantap.
TQ En Alimuddin sebab dah buka mata Akademi.
TQ Akademi sebab dah buka mata aku.

Dalam sibuk2 semalam aku sempat jugak let go 1 Bio Aura cash.
Alhamdulillah.
Inilah rezeki dalam perniagaan.
Datangnya tanpa diduga.
Yang penting kena ada usaha.
InsyaAllah.

Seperti biasa siapa nak beli, nak servis atau nak replace dengan Bio Aura baru,
boleh call aku/sms aku.
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...