Wednesday 22 February 2012

Ada Hantu??

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Baru2 ni aku ada jumpa sorang member ni.
Namanya tak perlu la aku sebutkan.
Aku just nak share antara benda yang kami borakkan.
Mudah2an boleh dijadikan iktibar pada rakan2 sedang membaca entry ni.

Member aku ni dah kahwin.
Anak pun dah ada 3 orang.
Kalau nak cerita bab tanggungjawab semua tu memang dia ni champion la.
Sanggup buat apa je untuk family dia.
Cuma dia ni ada 1 je perangai yang tak berapa nak elok.
Berjudi.
Suka berjudi.
Tapi nak kata kaki judi sangat tak jugak.
Dia ni pantang la ada duit sikit mula la nak pergi berjudi.
Kalau takde duit takde pulak sibuk nak berjudi.
Katanya judi ni berhantu.
Harini rugi besar, esok repeat lagi nak cover yang rugi tu.
Kalau rugi lagi, repeat lagi sampai untung.
Bila dah untung atau menang, tetap repeat jugak sebab nak menang lebih besar.
Kesudahannya sampai bila2 takkan berhenti.

Berjudi ni dah sah2 haram di sisi Islam.
Yang duk berjudi jugak tu nak buat apa.
Aku ni takdela pandai sangat bab2 agama ni.
Tapi kalau dah Islam kata haram tu ada la sebabnya.
Jauhkan je lah.
Habis cerita.

Cuba fikir betul2.
Boleh kaya ke berjudi ni.
Kalau kaya pun, tauke judi tu lagi kaya sebenarnya.
Sekarang ni semua pun pakai program atau sistem termasuk la mesin judi tu.
Dah tentu la tauke tu dah setup awal2 program tu ikut sukahati dia.
Yang kita ni bukan main syok duk layan mesin tu berjam2 sampai lupa benda2 lain.
Kalau tauke tu nak kasi kita menang sekali pun, silap2 dia dah menang dulu 1000 kali.
Takkan tauke tu nak rugi beb.
Fikir2kanlah.
Jangan la buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah tu.
Kalau menang pun duit tu sah2 tak berkat.

Aku just share je.
Takde niat nak cakap siapa2 pun.
Sekadar nak jadikan pengajaran buat rakan2 pembaca.
Kalau betul nak buat duit meh sini call/sms aku.
Tapi aku bukan la nak bagi duit sebab aku pun bukan ada duit sangat.
Just boleh share peluang macam mana nak buat duit je.
InsyaAllah lebih berkat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...