Tuesday 7 February 2012

Sumpahan Kum Kum

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Semalam wife aku ajak tengok movie cerita Sumpahan Kum Kum.
Kakak aku yang duk promote kat dia last week kata best.
Patutya pukul 12 tengahari dah gerak tapi disebabkan urusan bisnes aku habis agak lewat,
so lepas zohor jugak la baru kami gerak.
Plan asal nak layan kat KLCC tapi baru masuk Sg Besi dah jem,
aku terus melencong ke The Mines la.
Maybe jem sebab ramai nak celebrate Thaipusam kot.

Show yang available kali ni pukul 5.10 petang.
Just nice la tu show lepas asar.
Sempat makan2 dan layan Aidil dulu kasi dia mengantuk.
Kalau tak nanti dalam wayang dan tentu dia yang buat show.

Kali ni wife aku teringin nak makan Yong Tau Foo goreng.
Aku layan je sebab aku baru lepas makan dengan bakal bisnes partner aku sebelum tu.
Bukan main pedas lagi sauce dia tapi sedap jugak. Hehehe.

Aidil tetap dengan makanan kegemaran dia.
Roti Gardenia Jagung.
Roti terbaik yang dapat pengiktirafan Superbrand. Hehehe.

Lepas dah kenyang perut, jalan2 dulu.
Window shopping kata wife aku.
Tapi biasa la dah nama pun perempuan.
Mana ada istilah window shopping dalam kamus hidup mereka.
Ni Aidil sempat posing kat pameran bunga2.

Sedang mencari2 port aktiviti kegemaran dia.

Finally jumpa.
Inilah yang dia nanti2.
Bukan main enjoy lagi dia.
Main tak ingat dunia.


Kuda.
Ini yang dia paling suka.
Ke mana pergi diheretnya kuda ni.
Orang lain usik pun dia tak bagi.
Macam la kat rumah dia takde kuda.

Wah ada gaya ni.
Macam pro.

Amboi dengan mama dia pun naik sekali.

Alamak mak budak pun ada.
Tengok Aidil pun pandai buat muka perli. Hehehe.

Rancak borak nampak??

Happy je aku tengok anak aku semalam.
Kalau selalu dapat spend masa macam ni kan best.
Bila anak happy, abah dan mama dia pun happy.
Sebenarnya aku boleh je nak spend masa 24/7 dengan dia.
Sure memang dia akan happy punya lah.
Cuma aku takut kemudian hari nanti dia yang akan menderita.
Dia yang akan pressure.
Sebab akan datang life akan lebih mencabar.
Sekarang pun dah boleh rasa.
Takkan nak biarkan dia pun rasa apa yang aku rasa sekarang ni.
Sebab tu harini aku kena buat something biar masa depan anak aku lebih terjamin.
Aku tak nak dia susah akan datang.
Aku bukan dari keturunan orang kaya2.
So kena la usaha lebih sikit.
Tak kisah la demi masa depan anak, aku kena sacrifice la sikit masa dengan dia sekarang.
Mudah2an dipermudahkan.

Back to Sumpahan Kum Kum.
Pada aku not bad la cerita dia.
Takde la seram pun just banyak terkejut2 je.
Dah setengah cerita baru anak aku nak tidur.
Tu pun sebab kekenyangan melantak pop corn agaknya.
Yang tak tahan siap menyanyi lagi zikir lailahaillallah.
Macam dia nak tidur kat rumah pulak.
1 wayang boleh dengar suara dia agaknya.
Berpeluh la abah dan mama dia nak suruh dia diam. Hehehe.

Overall, Enjoy. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...