Friday 3 February 2012

Strategi Lawan

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Baru2 ni aku ada dapat call dari kawan aku punya adik.
Azrul nama adik dia ni.
Dia nak jumpa aku ada hal katanya.

So aku jumpa dia kat kedai mamak Al-Ritzwath malam tadi.
Azrul ni umur dia baru 18 tahun.
Dan baru 3 bulan kerja kat salah sebuah supermarket terkemuka di Malaysia ni.
Sebelum ni dia tak pernah kerja kat mana2.
Kira ni 1st job dia la.

Dia tanya aku ok ke kalau dia nak buat pinjaman RHB RM20,000 untuk simpan dalam ASB.
Kira Pinjaman ASB la tu.
Untung ke rugi.
Sebab orang bank kata dividend ASB jauh lebih tinggi berbanding interest RHB yang dia kena bayar.
Rasanya dah ramai jugak yang tanya aku soalan ni.
Aku sendiri pun dulu banyak tanya member2 bank pasal benda ni.
Pada aku ada pro & cons tersendiri.
Terpulang pada individu untuk menilainya.

Tapi harini aku bukan nak cerita pasal ASB.
Aku bukan nak cerita pasal RHB.
Aku just nak cerita macam mana bank2 ni boleh call Azrul offer loan segala.
ASB loan ada.
Car loan ada.
Personal loan pun ada.
Ngam2 pulak tu genap kerja 3 bulan terus diburu orang2 bank.
Efficient betul kerja mereka.
Apa tidaknya mereka terpaksa bersaing dengan bank2 yang lain.
Yang lambat memang jadi makanan la bagi yang laju.


Masing2 ada strategi tersendiri.
Mereka bukan setakat kena master strategi mereka je,
strategi pihak lawan pun kena la ambil tahu.
Kalau tak macam mana nak bersaing.
Mereka dah pasang kabel awal2 lagi dengan orang dalam supermarket tu.
Senang2 je mereka boleh dapat contact budak2 yang baru kerja ni.
Maklumlah payslip budak baru ni masih bersih.
Belum ada apa2 komitmen luar.
Umur pun muda lagi.
So memang senang la nak buat loan.

Moral of the story.
Nak berjaya kena la ada strategi.
Kena la ada formula.
Kena la ada ilmu.
Yang penting kena cepat.
Jangan tangguh2.
Jangan lengah2.
Dan yang paling penting sekali kena ikhlas.
Kena jujur.
Jangan aniaya orang.
Jangan tindas orang.
Jangan fitnah orang untuk kepentingan peribadi.

Aikk macam dah terkeluar topik je??
Aku punya blog, aku punya suka la nak tulis apa. Hehehe.

Apa2pun.
Renung2kan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...