Wednesday 26 June 2013

Jerebu Ahad

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
 
Ahad.
23 Jun 2013.
Sana sini duk bercerita pasal jerebu yg semakin menjadi2.
Aku pun tak terkecuali.
Pagi tu aku ada bisnes appointment dengan Abg Shah kat Dengkil.
Restoran Hamid Maju.
Layan beberapa gambar yg aku sempat snap.
 
Selesai appointment aku singgah opis kejap.
Try settlekan kerja sikit walaupun tak settle2.
Lately kalau free weekend memang aku terpaksa datang opis.
Weekdays masa kerja memang biasanya tak dan nak usik kerja atas meja.
 
Petang aku ada 1 lagi bisnes appointment kat Presint 18 pulak.
Restoran Ali Maju.
Jumpa Abg Nasir.
Geng JTX 1000. Hahaha.
Tengok stiker dah tau.
Macam2 hal yg dibincangkan.
Macam2 isu yg diketengahkan.
 
Layan 3 layer sambil sembang2. Hehehe.
 
Malam tak ke mana2.
Spend masa dengan family.
Tapi bila anak dah start dengan cartoon,
aku pun terpaksa la layan fb & group whatsapp. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Sunday 23 June 2013

Diamond Night

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
 
Semalam full dgn aktiviti.
Pagi ke McD Tmn Equine.
Jumpa member bank sembang2 pasal dana.
Tengahari ke Putrajaya.
Lunch kat Presint 15 then singgah opis kejap settlekan apa2 yg patut.
Petang pulak shoot ke MIECC, Seri Kembangan.
Diamond Night.

Tiket & cabutan bertuah.
Majlis Makan Malam, Penganugerahan Diamond & Pemenang Tabung Kereta.
Dapat doorgift.
Dapat makan malam.
Dapat raikan usahawan2 berjaya dari seluruh Malaysia.
Dapat tengok show.
Dapat bergambar.
Dapat macam2 lagi la.
Dan yg paling penting dapat semangatttt.

Cari no meja.
Nasib sampai awal.
Sempat solat dulu before cari meja.

Keadaan luar dewan sebelum ketibaan VVIP.
 
Main entrance menuju ke red carpet.
 
Penuh sesak dengan orang2 positif.

Ketibaan VVIP dan diiringi ratusan usahawan jutawan bumiputera.
Menteri KPDNKK tak dapat hadir saat akhir.
Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK ganti untuk perasmian.

Antara menu yg dihidangkan.
 
 
 Sebahagian dari rakan2 seperjuangan.
 
CDM Kartini Mat Yaakob.
Kalau tak tulis nama pun semua orang mesti kenal la.
 
Memang terbaekkk la dinner semalam.
Cuma yg tak bestnye bateri fon boleh kong pulak.
Power bank pun tak ada.
So ini la antara gambar yg sempat di snap.
Yg lain semua kat fon kawan2.
Harap2 diorang shoot la gambar2 yg diorang ada kat whatsapp aku ni. Hehehe.
 
Best part.
Company announced our next trip.
Free of charge.
 
GOLD COAST, Here We Come.
Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Nisfu Syaaban

 
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata,
Ya Muhammad,
pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka,
maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
 
Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab:
"Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat,
maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan,
maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
 
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca :
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha."
Kitab Zubdatul Wa'idzin.
 
Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."
 
- Petikan MAINS -

Saturday 22 June 2013

Macam-Macam Demam

Assalamualaikum.
Salam Syaaban.
Rasa sekejap je masa berjalan.
18 hari lagi Ramadhan.
Ramai yg dah mula buat persiapan.
 
Wahh dah macam pantun la pulak. Hahaha.
 
Ramai yg dah tempah baju raya.
Tempah kuih raya.
Shopping baju raya, kasut raya & segala2 yg ada perkataan raya.
Tapi tu semua bukan persiapan Ramadhan la.
Persiapan Syawal namanye. Hehehe.
Apapun selamat menyambut Ramadhan & Syawal yg bakal tiba.
Insya Allah.
 
 
Actually dah lama tak update kat sini.
Walaupun tahu betapa pentingnya update hari2.
Lately memang tersangatlah busy.
Kat opis dengan kerja la, demam audit.
Asyik2 audit sebab wabak penyakit berjangkit.
Kena panggil "doktor" baru ok rasanye.
Itu kat opis.
Kat luar demam BV plak.
Tak menang tangan layan permintaan BV.
Yg nak generate income dgn BV pun tak kurang hebatnye.
TQ ATM 181 sebab sentiasa membantu.
Kat rumah demam family la. Hehehe.
 
Apapun hidup perlu diteruskan.
Perjuangan tak mungkin akan berakhir.
TQ pada semua yg sentiasa beri sokongan.
Tahniah pada semua yg kekal atas landasan.
Bertemu kalian di Puncak Kejayaan.
 
Azhar
019-6696181
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...