Sunday 17 June 2012

Semakin Sihat

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah Aidil dah semakin sihat.
Minggu lepas dia tak berapa sihat.
Demam panas on off.
Tengah musim agaknya.
Penutup haritu dia kena diarrhea pulak.
Jenuh la mama dia kena kerja overtime. Hehehe.

Hari khamis tu aku ke sana ke sini duk cari susu baru untuk dia.
Biasa kalau dia diarrhea aku bagi susu Nan LF je.
InsyaAllah okay.
Tapi dugaan haritu cari punya cari tak jumpa2.
Syukur ramai kawan2 yang bagi suggestion kat FB.
Esoknya dah kembali sihat seperti sediakala.

Semalam Aidil dah turun padang.
Main bola kat taman permainan Bdr Baru Bangi.
Peluh dia mengalahkan main kat Euro.
Tapi tak kisah la yang penting dia enjoy.
Selesai tu kami pergi basahkan tekak kat padang, Sri Serdang.

Apapun aku berdoa mudah2an Aidil akan sentiasa sihat.
Senang sikit hati abah dia nak keluar kerja dan berniaga. Hehehe.

Azhar
010-2207181



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...