Saturday 7 January 2012

Cerita Makan Pulak

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Seperti yang dijanjikan,
ini antara gambar2 yang aku berjaya upload setelah puas menunggu.
Warung Bunian.
Sentiasa ramai pelanggan.
Tak kira hari bekerja mahupun hari cuti.
Aku sampai sana pun agak lewat.
Lebih kurang pukul 10 pagi jugak.
Sebab sebelum tu aku ke Foodcourt Presint 16 dulu.
Kat warung bunian ni ada 2 je menu utama dia.
Nasi Lemak dan Roti Canai.
Tapi memang terbaeekk la.
Cuma pagi tadi aku layan Roti Canai je sebab on diet (hahaha poyos).
Ni yang makan.
Yang tapau lain. Hehe.
Gula pun ada atas meja.
dah macam style hotel.
Boleh tambah sendiri sesedap rasa.

Memandangkan internet slow.
Aku upload gambar yang berkaitan makanan je la.
Baru nampak colourful sikit blog aku ni.
Gambar orang aku masuk kat FB je la. Hehehe.
Yang ni pulak aku panggil gerai bawah pokok je.
Sebab aku sendiri tak tahu apa nama dia.
Berniaga pun kat atas lori je.
Pun sama sentiasa ramai orang.
Menu utama dia pun tak banyak.
Tapi terbaeekkk jugak la.
Meh layan gambar yang aku sempat snap.
Rojak Mee.
Dari dulu sampai sekarang sama je rasanya.
Sedap.
Cendol Biasa.
Cendol lain2 pun ada.
ABC (Air Batu Campur).
Sanggup berdiri lama sementara tunggu tempat duduk kosong.
Kali kedua aku demo kat sini.
So far ok la.
Cuma kalau hujan je masalah sikit.
Walaupun ada payung tapi tetap tempias kalau hujan lebat.

Ada lagi la beberapa tempat yang aku pergi tadi
tapi malas pulak nak upload gambar.
Lama sangat nak menunggu.
Lagi pun tempat2 tu biasa2 je takde apa yang special.
Kalau setakat nak cerita pasal orang yang aku jumpa pun
habis kuat aku boleh cakap dia minat atau tak je.
Lain la kalau ada something yang menarik yang aku boleh share.
Yang boleh bagi iktibar pada sesiapa yang baca.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...