Wednesday 30 May 2012

Special For Your Birthday

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

30 Mei 2012.
Harini merupakan ulangtahun hari lahir isteri aku yang ke 26.
Semoga dinaugi kasih dalam kebahagiaan.
Ditingkatkan darjat dalam kemuliaan.
Ditambahkan ilmu dalam keimanan.
Dan dimurahkan rezeki dalam keberkatan.
(Copy paste ayat mentor aku, CDM Faridah)

Petang tadi aku sempat spend masa dengan isteri dan anak aku.
Kami pergi makan2 ala2 romantik la konon. Hahaha.

Garden Lifestyle Store & Food, Alamanda

1st time sampai sini.
Selalu dengar member2 opis je bercerita.
Ada yang kata best.
Ada yang kata mahal.
Ada yang kata makanan tak sedap.
Tapi majority kata tempat memang class.
Itu kata orang.
Nak kasi puas hati kena try sendiri.

Birthday girl.
Orang yang diraikan.
Dia yang teringin sangat nak makan kat sini.
Memang tempat class la.
Penuh dengan bunga2an dan kehijauan.

Anak kepada birthday girl.
Duduk atas buaian lagi.
Bukan main happy lagi dia.

Aku la yang jadi tukang hayun buaian.
Mama dia kaki bengkak. Hehehe.

Bersama tetamu VVIP.
Ibu kepada birthday girl.
Cukup korum.
Katanya..
"Semua insan terpenting dah ada depan mata.."
Dan apa yang paling penting bagi aku, dia happy.

Orange, Mango and Watermelon Juice.
Very nice.

Salted Egg Fried Rice.
Menu untuk anak aku.
Sedap memang sedap.
Cuma kurang pedas je. Hehehe.
Tapi tetap habis 1 pinggan.

Hot Sizzling Chicken Chop.
Aku punya menu.
No comment.
Superb.

Crispy Chicken Chop with Black Pepper.
Menu untuk birthday girl.
Licin walaupun katanya black pepper agak manis sikit.

Fish & Squid.
Menu untuk tetamu VVIP.
Main order je sebab tak tahu nak makan apa.
Nice.
No comment.

Selesai makan jalan2 cuci mata.
Aidil tiba2 terpaku dek kerana terlihat tempat kegemarannya.
Lantas tanganku ditarik masuk ke dalam untuk menemaninya. Hehehe.

MPH Bookstore.
Apa lagi kalau bukan ke section cartoon dia.
Bukan main khayal lagi dia duk belek buku2 yang dia suka.
Yang kat tangan dia tu memang tak dapat la nak letak balik.

Siap duduk lagi duk tengok buku2 lain yang paling dia berkenan.
Cashier nak scan pun dia tak bagi.
Pening kepala aku melayan karenah dia kat dalam MPH tu.

Mama dia pulak ada agenda lain.
Duk tengok2 perfume.
Mana tahu kot boleh dijadikan hadiah harijadi katanya.

Akhirnya benar2 terjadi. Huhuhu.

Euphoria Calvin Klein yang jadi pilihan hati dia.

Aku pun dapat jugak.
Free gift miniature.
Carolina Herrera and Eternity.
Dua2 ni memang favourite aku.
Jadi la kan free tu siapa nak bagi walupun kecil.

Dapat baucar diskaun kalau nak beli apa2 barang lepas ni.
RM30 + RM30.
Tak sempat guna pun tadi.
Member2 yang nak rojer2 la.

Happy Birthday Sayang.
Love u forever.

Azhar
010-2207181
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...