Wednesday 2 May 2012

Pelabur Syarikat Pelancongan

Assalamualaikum.
 Salam Sahabat.

Lagi cerita pasal sindiket penipuan.
Skim pelaburan dalam syarikat pelancongan.
Sejujurnya aku sendiri pernah duduk semeja dengan wakil syarikat ni.
Kalau dengar cara dia cerita memang sangat meyakinkan.
Memang boleh cepat kaya.
Tapi kalau dikaji2 memang tak masuk akal sebenarnya.

Laporan akhbar semalam.
Gara2 terlalu percaya seorang kenalan untuk menjadi pelabur dalam sebuah syarikat pelancongan,
seorang pesara kerajaan kerugian RM15,000.
Mangsa berkata,
“Pada mulanya saya dijanjikan untung ribuan ringgit setiap bulan.
Tetapi apabila saya minta sediakan dokumen perjanjian pelaburan itu, pelbagai alasan diberikan.
Saya mula sangsi dengan perjanjian itu dan meminta wang pelaburan dikembalikan.
Tetapi sehingga kini masih tiada jawapan."

Buat masa ni ramai sebenarnya yang telah berjaya ditipu syarikat pelancongan tu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid
mengesahkan menerima laporan kejadian dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Moral of the story.
Berhati2 sebelum nak masuk apa2 pelaburan mahupun perniagaan.
Jangan mudah terpedaya dengan janji manis semata2.
Pastikan ada bukti atau fakta yang sahih sebelum keluarkan modal walaupun RM1.

Wallahualam.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...