Saturday 7 July 2012

AT 181 - Taiping

Tengahari semalam aku sempat ke stokis dengan Syed kat USJ9.
Punching & closing.
Tahniah Syed semakin menjadi2 sekarang.
Tiap2 hari ada je sms dia masuk tanya itu ini.
Dia dah makin excited sebab income tak pernah putus sekarang.
Siap ingatkan aku lagi selasa depan bonus masuk. Hehehe.

Macam biasa la dah sampai USJ tu kena la lunch kat Restoran Ubi Kayu dulu.
Penuh.
Nak duduk pun kena queue.
Makanan boleh tahan la.
Banyak pilihan dan rasa pun not bad.
Cuma aku rasa harga tu agak mahal yang melampau kebelakangan ni.
Macam tak logik pun ye.
Tapi dah takde pilihan lain tak boleh nak buat apa la.
Lagipun dah dekat dengan masjid.
Senang nak solat jumaat lepas tu.

Solat semalam habis agak awal.
Dan awal jugak la kami bertolak balik opis.
Sebelum 2.30 petang dah sampai opis.
Itu pun sempat menyimpang tempat lain dulu. Hahaha.

Sekarang Syed tengah dalam proses nak melebarkan sayap perniagaan ke Taiping pulak.
Ada la bincang2 dengan aku semalam.
Member2 dia kat sana dah standby.
Minggu depan dia turun sana dulu.
Then aku akan menyusul kemudian.
Terbaaeekkk bro.

Road to London & Paris.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...