Sunday 1 July 2012

Cuti 2 Hari

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Saje nak flashback balik.
Rabu dan Khamis baru ni aku cuti.
Cuti yang tak dirancang (EL la tu). Hehehe.
Uruskan isteri ke klinik dan hospital.
Ada complication skit.
Ikutkan appointment klinik je.
Tiba2 doktor suruh segera refer pakar kat hospital.
Mudah2an semuanya akan baik2 belaka.
Dalam masa yang sama aku duk uruskan Aidil jugak sebab mama dia berkampung kat hospital.

Walaupun cuti, tapi dua2 hari tu aku masuk opis jugak sekejap.
Dengan Aidil pun aku pikul sekali.
Rabu tu aku pergi opis sebab urusan peribadi.
Tapi Khamis tu aku pergi sebab panas hati.
Tempat aku kena selongkar lagi.
Kali ni memang ada saksi.

Hello "kawan".
Walaupun mata aku ni takde kat sana, tapi banyak lagi mata lain memerhati.
Kalau pun takde mata lain yang memerhati, ingat2lah sikit Allah sentiasa memerhati.
Ape kes duk selongkar tempat aku berkali2.
Sekejap dokumen itu hilang.
Sekejap dokumen ini hilang.
Ada apa2 agenda ke??
Jujur cakap aku memang dah tak mampu nak fikir apa lagi yang bakal berlaku lepas ni.
Kepala otak aku ni pun dah penat nak fikir benda2 yang tak masuk akal ni.
Tapi tolong la stop buat benda2 yang boleh menyusahkan hidup orang lain.

Aku minat nak share ayat yang aku baca dari wall sepupu aku.
Peringatan juga buat diri aku yang selalu lupa.

Kalau dah tak boleh nak buat baik, janganlah buat jahat.
Sebab tak buat jahat tu pun dah kira baik.

Wallahualam.

Azhar
010-2207181 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...