Friday, 2 December 2011

Pelik Tapi Benar

Tengahari tadi aku solat Jumaat kat Seri Kembangan je.
Asalnya aku nak ke USJ Taipan solat kat sana.
Kebetulan memang dah set dengan Angie
minta tolong dia fitting Premium Beautiful untuk sorang buyer ni.
Tapi kali ni aku pulak yang tak boleh nak pergi
atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Tunda sementara waktu.

Waktu solat jumaat tadi surau agak lengang.
Biasanya musim2 cuti sekolah macam ni mesti penuh.
Sampai kena bawa sejadah sendiri solat kat atas jalanraya.
Tapi harini memang tak seperti biasa.
Mungkin jugak disebabkan hujan lebat yang turun sejak pukul 1 tengahari lagi.
Kebanyakan yang masuk surau tadi pun basah kuyup.
Khutbah kali ni cerita pasal rasuah.
Pada aku 1 tajuk yang agak menarik.
Cara penyampaian pun agak menarik.
So tak ramai la yang layu di tasik madu.

Tapi aku bukan nak tulis pasal tajuk khutbah tadi.
Cuma aku nak cerita sikit apa yang berlaku lepas solat tadi.
Hujan masih turun tak henti2.
Aku terpaksa keluar jugak sebab nak balik awal.
Ada urusan penting kat rumah.
Sebelum tu tapau nasi ayam dulu.
Lepas dah bayar
dalam keadaan aku nak cepat sebab hujan masih turun
tiba2 ada sorang lelaki tua tarik baju aku.
Orang Kelainan Upaya (OKU).
Kaki dia bawah lutut dua2 belah dah takde.
Kiranya dia jalan pun pakai lutut je.
Dia minta duit nak beli nasi katanya.
Cakap pun slow je sampai aku terpaksa tanya 2 kali.
Aku pun tanpa fikir panjang bagi je la berapa yang ada
untuk dia beli nasi dan air.
Tapi lepas aku dah balik tu
aku asyik terfikir je pasal pakcik tu.
Kenapa baju dia langsung tak basah.
Nampak bersih je.
Padahal hujan pun tengah turun tak henti2.
Orang lain yang berlari2 anak ni pun basah.
Inikan pulak pakcik tu yang tak boleh nak berlari.
Wallahualam.
Allah Maha Mengetahui.   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...