Tengahari tadi aku sempat ke USJ Taipan.
Kali ni aku tumpang kereta Abg Nasir je.
Kebetulan memang dia pun nak ke sana.
Alhamdulillah.
2 unit Bio Zone Food Purifier.
Boleh fight SMD Bonus.
Bulan ni kena kaut semua.
Takkan asyik main Bonus Prestasi je.
Kalau dapat SMD Bonus pun best jugak.
15% tu siapa nak bagi.
Tapi yang paling best tadi masa borak2 dengan Angie.
Nampak macam borak kosong tapi banyak ilmu baru yang aku dapat sebenarnya.
Jarang2 la dia nak share pengalaman dia berniaga.
Mungkin sebab takde orang tadi.
Dia bagi tips macam mana nak kembangkan bisnes dengan mudah.
Macam mana nak bisnes tahan lama.
Dan macam2 lagi.
TQ Angie.
Selesai urusan kami terus pergi solat Jumaat kat Masjid Al-Falah USJ9.
Penuh masjid hari ni.
Nak parking pun bukan main susah.
Terpaksa parking jauh.
Lepas solat kami duk melantak pulak kat Restoran Ubi Kayu.
Layan jugak lunch kat situ.
Abg Nasir pekena Sup Tulang.
Aku pekena Terubuk Asam Pedas.
Tersandar jugak la lepas makan tadi.
Sampai opis ngam2 pukul 2.45 petang.
Bermulalah episod kerja seperti biasa. Hehe.
Petang tadi sepatutnya ada appoinment dengan 2 orang rakan lama.
Tapi masa aku dalam perjalanan ke sana mereka sms kata tak jadi pulak.
Ada rezeki nanti kena set lain la.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment