Thursday, 8 December 2011

Sibuk, Tak Ada Masa

Seperti biasa hari ni pun aku agak sibuk.
Urusan kerja di opis.
Urusan bisnes di luar waktu opis.
Apapun sebelum terlupa aku nak ucap terima kasih yang tak terhingga
pada mentor aku Abg Din dan Kak Tini
yang sudi turun padang bantu aku tengahari tadi.
Aku ke tempat lain.
Mereka ke tempat lain.
Tapi matlamat tetap sama.
Berkongsi peluang kepada sesiapa yang berhasrat untuk mengubah kehidupan.
Ini bukan kali pertama mereka turun bantu aku.
Dah banyak kali dah.
Terbukti Akademi tak pernah mungkir janji.

Kalau ikutkan kebelakangan ni aku memang sibuk kat opis.
Bukan aku je.
Rakan sekerja yang seunit dengan aku pun sama.
Alhamdulillah la masing2 tak berkira.
Boleh bantu membantu antara 1 sama lain.
Aku rasa aku sendiri dah bagi extra commitment dari yang biasa.
Boleh kira la berapa kali aku bangun dari kerusi aku tu.
Awal pagi sampai opis terus pergi minum dulu.
Kalau dah start buat kerja dulu jawabnya tak minum pagi la.
Kalau aku bangun pun sama ada pergi tandas atau pergi surau.
Kadang2 kawan2 sms pun aku lambat reply.
Isteri aku pun sekarang direct call je.
Malas dia nak sms2.
Sms pun lambat balas.
Tak romantik macam Zikir katanya (hero cerita Tentang Dhia).
Berlakon boleh la. Hahaha.
Bukannya nak cakap aku ni rajin.
Aku ni pemalas sebenarnya.
Cuma terpaksa buat2 rajin.
Banyak sangat benda nak kena selesaikan hujung2 tahun ni.
Tak boleh nak tangguh2.
Kalau tak sendiri yang parah.
Sibik sibuk sibuk!!!
Sibuk dengan kerja.
Nak buat macam mana dah memang aku dibayar gaji untuk buat kerja tu.
Suka tak suka kena buat jugak la.
Kadang2 sampai bawa balik kerja buat kat rumah lagi.
Terpaksa korbankan masa dengan anak isteri.
Sekali2 tu terfikir jugak.
Kerja bagai nak gila pun gaji macam tu jugak.
Masa dengan anak isteri aku dah curi buat kerja.
Tapi aku tetap tak boleh nak bagi mereka lebih dari yang biasa.
Bila mereka minta itu minta ini pun aku tak boleh nak bagi.
So apa faedahnya aku buat kerja bagai nak gila??

Haha bila aku tulis macam ni
mesti ramai pengkritik yang dah ringan mulut nak bersuara.
Woi Azhar buat kerja kena la ikhlas.
Kerja kau tu tak semestinya dibayar dengan duit.

Maaf la kalau ada yang tak suka dengan apa yang aku nak tulis ni.
Ini cuma pandangan aku je.
Tak semestinya betul.
Ada ke orang yang nak kerja free je tak dapat gaji pun takpe.
Ada ke orang yang belajar tinggi2 atau sambung belajar sana sini
nak dapat jawatan tinggi atau nak naik pangkat
hanya sekadar untuk kepuasan dan cita2 semata2.
Aku bukan nak cakap apa.
Buat apa2 kerja pun memang la kena ikhlas.
Bukan setakat ikhlas je, kena jujur sekali.
Apa yang sebenarnya aku nak tekankan kat sini bab masa tu.
Kan lebih bagus kalau aku curi masa bersama anak isteri aku tu
dan dalam masa yang sama aku boleh bagi mereka lebih dari yang biasa.
Daripada aku duk curi masa mereka tapi mereka tak dapat apa2.
Pilihan di tangan aku sendiri.
Kalau nak fikir sibuk sampai bila2 pun sibuk.
Tapi biar la sibuk tu bertempat.
Aku ada sorang kawan ni memang tersangat lah sibuk 25 jam sehari.
Nak jumpa dia punya la susah.
Sabtu Ahad pun kat opis buat kerja.
Weekdays pun mesti balik lewat malam.
Dah macam takde life.
Kerja kerja kerja.
Dah 3 tahun hidup macam tu.
Kena kerja kuat nak cari duit lebih katanya.
Last2 baru ni kahwin buat personal loan jugak.
Tak cukup dengan dia
siap mak ayah pun sama2 berganding bahu masing2 buat personal loan jugak
sebab nak kahwinkan anak emas tu.
Mentang2 la semua kerja kerajaan.
Aku takde niat pun nak mengata dia.
Cuma ni la hakikat yang berlaku zaman sekarang.
Kalau la dia gunakan masa 3 tahun tu kerja mati2an untuk diri sendiri mesti berbeza.
Maksud aku bisnes sendiri ke.
Buka syarikat sendiri ke.
Selain dari makan gaji semata2.

Moral of the story.
Gunakanlah masa tu sebaik2nya untuk diri dan keluarga.
Cuba ambil masa 5 minit je dan renung2kan.
Dah berapa tahun kita kerja
dan apa perubahan yang telah berlaku sepanjang tempoh tu??
Kalau ada perubahan, tahniah aku ucapkan.
Kalau masih tak ada perubahan, maka buatlah sesuatu.
Kalau bukan untuk diri sendiri pun sekurang2nya untuk masa depan keluarga.
Wallahulam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...